BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panas!! PAS digesa mohon maaf

anuarcsu

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
2,630
Joined
Feb 3, 2010
Messages
2,630
Reaction score
0
Points
20
PAS DITUNTUT MEMOHON MAAF

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menuntut agar PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap UMNO atas tuduhan bahawa UMNO mendalangi operasi JAIS terhadap DUMC.


Datuk Mohd Zin berkata tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali itu tidak patut berlaku kerana serbuan oleh JAIS itu adalah sebahagian dari tugas penguatkuasaan JAIS dalam menjaga hal ehwal agama Islam. Ianya bukan isu politik dan bukan untuk dipolitikkan.


Tindakan undang-undang mungkin diambil sekiranya PAS dan Mustafa Ali enggan memohon maaf.


Orang PAS ni memang dah jadi satu kebiasaan kepada mereka. Apa jua masalah yang hinggap yang mereka tak mampu nak selesaikan, mereka akan letak kesalahan ke atas UMNO. Nanti agaknya kalau ada pemimpin PAS yang mati sebab dah tuapun mereka kata itu semua sebab UMNO.


Bagaimanapun, orang UMNO patut bersyukur dengan perangai pemimpin PAS ni, sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai setakat mana perjuangan PAS. Pengetahuan pemimpin PAS hanyalah setakat menyalahkan UMNO sahaja, tak lebih dari itu. Itulah sebabnya mereka dengan mudah diper*****kan oleh DAP. Bagaimana mereka memper*****kan orang Islam dengan janji syurga mereka, begitulah juga mereka dengan mudah termakan dengan janji syurga DAP!!!

http://dtenggara.blogspot.com/2011/...:+TenggaraIsSoutheast+(TENGGARA+is+SOUTHEAST)
 
eh orang JAIS tu bukan orang UMNO ker?

so betui la apa yg di perkatakannya..
 
Rabu, 17 Ogos 2011
UMNO YANG SEPATUTNYA MOHON MAAF, BUKAN PAS
Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO Selangor semalam menuntut agar PAS memohon maaf kepada Umno di atas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang percaya bahawa ada `dalang' Umno di sebalik peristiwa serbuan JAIS ke atas Gereja baru-baru ini. Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia mendedahkan apa yang dipercayainya itu apabila PAS bertemu JAIS nanti, tetapi malangnya terdapat `halangan' dari Istana untuk PAS bertemu JAIS. Baca di sini.

Pada saya, yang paling wajar untuk memohon maaf adalah Umno sendiri bukan sahaja memohon maaf kepada PAS, bahkan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Umno yang telah diberi kepercayaan memerintah negara ini lebih dari 50 tahun, sepatutnya Umno bertanggungjawab di atas gejala murtad yang semakin berleluasa sekarang. Di mana undang-undang murtad yang menepati Syarak yang Umno telah laksanakan selaku pemerintah?

Pada ingatan saya, tidak kurang dari tiga kali usul berkenaan perundangan murtad ini telah dibawa oleh PAS di dalam Parlimen agar Umno selaku tunjang kerajaan bersama menyokong usul tersebut demi menjaga kedaulatan dan maruah umat Islam, malangnya Umno tidak memandang usul ini walaupun dengan sebelah mata. Ketika itu Umno masih gagah dan parti sekular tersebut yakin bahawa apa pun akan terjadi pada umat Islam tiada kesan kepada Umno asalkan parti tersebut terus diberi kuasa memerintah.

Apabila Umno telah menjadi seperti sekarang yang begitu lemah dan dhaif, barulah pemimpin mereka cuba untuk berlakun menjadi pejuang Islam. Malangnya, rakyat lebih kenal siapa pejuang Islam dan pejuang rakyat yang sebenarnya. Umno memang tidak boleh diharapkan untuk membela Islam kerana untuk membela nasib bangsanya sendiri pun Umno gagal. Di P.Pinang umpamanya, nasib Melayu dan umat Islam kini dibela oleh DAP, Umno cuma menjadi tukang pecah belah masyarakat Melayu dan Islam dengan fitnah yang nampak jelas ke*****annya.

Dari isu wang bantuan kepada warga emas hinggalah kepada isu menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh, Umno menampakkan kejahilannya. Apabila KM P.Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan fakta bahawa hampir 100% tender dan projek Kerajaan Negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera, Umno ternganga kerana ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ketelusan KM P.Pinang itu tidak disenangi oleh Wanita MCA P.Pinang dan parti itu menganggap DAP terlalu membela kaum Melayu di P.Pinang, sedangkan Umno pula mendakwa DAP anti-Melayu dan Islam. Di sini jelas, percanggahan di antara mereka akibat ke*****an mereka sendiri.

Berbalik kepada isu murtad, Umno seharusnya ikhlas untuk mengatasi gejala ini. Berbeza dengan PAS, parti ini terus komited dengan dasar Islam. PAS tidak mudah melatah dengan isu serbuan ke atas Gereja baru-baru ini, justeru itu PAS memohon untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS dan juga pihak Gereja. Malangnya juga, usaha ini disekat atas alasan `merahsiakan maklumat siasatan'. Saya tidak faham, di dalam isu akidah seperti ini mengapa perlu dirahsiakan sedangkan sebelum ini media pencacai saban hari memainkan isu tersebut. Inilah politik namanya, politik yang kotor oleh pihak mereka yang tidak pernah serius dengan hukum Islam./wfauzdin.blogspot.com
 
kalau nak saman tu pegi je lar register kt mahkamah...
 
Bukan susah nak agak UMNO terlibat atau x ... mudah ajer terutamanya dalam CG nih... Jika terdapat sesuatu isu agama dan tetiba UMNO tampil begitu bersungguh2 MEMBELA (terutama dalam CG nih) maka kita tau memang UMNO yang punya angkara melalui politik jahat mereka... :D
 
bukan nak ckp ar kadang2 org yg jahil agama nih lg beria2 nak bela agama..tp malang ilmua agama tidak dipraktikkan dengan betol malah kadang2 bleh sesat..sehinggakan hadith yg dipetik oleh mufti pon bleh disangkal kononnya hadis tuh tak sah...mcm2 puak2 nih..sbb tuh agama Islam selalu dianggap sbg agama yg ekstrim sedangkan Islamlah agama yg paling indah dan memudahkan..cume puak2 nih ajer yg selalu menyusahkan dan konon2nya demi agamalah..agama Islam tuh agama rasmilah...amalkan agama Islam secara berilmu dan gunakan akal fikiran yg dikurniakan Tuhan
 
banyak cakap betul ler..., nak saman, saman je lar. xpayah nak kuar statement....
 
Bukan susah nak agak UMNO terlibat atau x ... mudah ajer terutamanya dalam CG nih... Jika terdapat sesuatu isu agama dan tetiba UMNO tampil begitu bersungguh2 MEMBELA (terutama dalam CG nih) maka kita tau memang UMNO yang punya angkara melalui politik jahat mereka... :D

hang tak mau sertakan bukti ke!!
 
banyak cakap betul ler..., nak saman, saman je lar. xpayah nak kuar statement....

bagi masa dulu bro!! kot2 mustapa nak jilat balik ludah .. mama tau kan!!
 
Back
Top
Log in Register