Macamana pula saya boleh silap faham sedangkan memang itu info yg dia bagi saya? Takkan saya sendiri pandai2 nak tukar cerita? Apa yg saya dapat? Saya bukannya ada kepentingan di sini sehingga mahu menimbulkan conflict of interest. Saya hanya melaporkan apa yg saya diberitahu. Kalau anda ada info BETUL sedari awal, sepatutnya anda tampil ke depan dan kongsi info itu dengan semua orang di sini, bukannya anda TUNGGU ada orang kasi info salah, kemudian anda bash orang itu. Dan kalaupun anda YAKIN, bahawa info yg diberikan kpd saya itu adalah salah, tidak bolehkah anda membetulkan maklumat itu dengan cara BAIK & SOPAN? Perlu ke anda menulis sebegitu sehingga menampakkan anda sendiri yg gagal mengawal emosi?
Sama ada Cik Rina itu sendiri yg salah faham atau tidak, itu bukan masalah saya. Saya hanya melaporkan apa yg saya perolehi dari PEKERJA CELCOM ITU SENDIRI. Kalau takut orang pandang serong kpd vendor, maka vendor sepatutnya JANGAN JUAL pek SKMM ini kpd individual seller in the 1st place. Perbuatan itu sendiri sudah SALAH, regardless of whether info yg diberikan kpd saya itu betul atau tidak. Anda sendiri yg TERASA SECARA PERIBADI, kerana syarikat anda pernah memohon menjadi vendor tapi gagal. So jelas bukan, anda sendirilah yg mempunyai conflict of interest di sini, bukan saya.