BTC USD 81,038.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakatan tekad hapus PTPTN

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan* miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading.

Menurutnya, oleh itu, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.

“Kita sudah membuat kira-kira, kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi.

“Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana mereka mampu melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, PTPTN bersifat amat menghukum kepada peminjam-peminjam contohnya seperti menyenaraikan hitam nama untuk ke luar negara dan memaksa pembayaran dibuat walaupun iklim ekonomi yang tidak menentu.

“PTPTN amat menghukum dan perlu dibatalkan. Oleh itu, kita akan rancang satu skim yang lebih membantu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail pula menjelaskan permintaan untuk menukar PTPTN kepada biasiswa sebenarnya sudah lama dibuat, namun tiada perkembangan mengenainya.

Katanya, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menyediakan pendidikan* percuma kepada rakyat dengan kekuatan ekonomi sedia ada.

“Sebagai kerajaan, memang mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Pada 14 April ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran menuntut pinjaman PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka yang dijangka dihadiri 5,000 orang.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

Menurutnya, Pas juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapus oleh kerajaan menjelang PRU13.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapus kira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pakatan-tekad-hapus-ptptn-1.36798
sumber:
 
hutang aku bayar je.. tapi kalau nak hapus..Alhamdulillah :D :D
 
nak bayar kita bayar.. nak hapuskan atau gantikan kepada biasiswa.. alhamdulillah :D
 
bagusla kalo nak bagi free...lagi cantek free kan skali sewa umah ak ngan installment keta..baru 100% welfare country...hehe...
 
Menurutnya, PTPTN bersifat amat menghukum kepada peminjam-peminjam contohnya seperti menyenaraikan hitam nama untuk ke luar negara dan memaksa pembayaran dibuat walaupun iklim ekonomi yang tidak menentu.

stuju sangat-sangat..
 
PR bagi kita AMBIK...bila pangkah TETAP PR...kahkahkah

ehh, silap...aku atas pagar je...:D
 
patutnya pr punya manifesto utama ialah HAPUSKAN CUKAI KERETA pasal ia menyumbang kerugian besar pada pendapatan isi rumah malaysia secara majoritinya

rasa aku kalau ini jadi manifesto utama PR dalam pru13 ni , memang goyang bn kali ni , tak caya cuba lah

aku consult ni free je, dont worry
 
Back
Top
Log in Register