BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakai sarung naik tren

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program ‘Kereta Api Sarung’.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.


“Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

“Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. - Bernama
 
haha terselak2 nanti ekeke
 
Klu pakai baju kuning dgn lain pelekat kena tahan x
 
Aku ingat sarung ape, rupanyer pakai kain sarung..

kalo mcm tu ramai la mamak pakai2 kain sarung putih die org tu...:)):)):))
 
tak bahaya ke pakai kain sarung....jika terjadi apa2 mcm mana.. maklumlah pwndtg asing dah lah ramai dan mrka tentu cari peluang
 
Mesti mamat myamar suka ni terasa kat kampung halaman dia orang je nanti.
 
Back
Top
Log in Register