BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paderi cabul lima lelaki OKU

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Paderi cabul lima lelaki OKU

Kuala Lumpur: Menggunakan status sebagai pemimpin gereja dan mangsa perlu menuruti setiap arahannya menyebabkan seorang paderi warga Korea bertindak mencabul lima lelaki tempatan yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, lima mangsa berusia 27 hingga 40 tahun itu dicabul dengan cara menyentuh, memeluk, mencium bibir dan menggeselkan kemaluan dalam beberapa kejadian di gereja, kereta dan rumah sewa suspek pada 2011 hingga 2016.

"Semua mangsa dan suspek adalah penganut agama Kristian dan memulakan perkenalan ketika menghadiri kelas keagamaan serta menjalankan aktiviti di gereja.

"Bagaimanapun, semua mangsa lewat tampil membuat laporan polis kerana sebelum ini suspek sering mempengaruhi mangsa dengan mengatakan dia seorang pemimpin dan mereka perlu menuruti setiap arahannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memperincikan kejadian itu, Huzir berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 12 November lalu oleh seorang mangsa menyebabkan lima mangsa lagi tampil membuat laporan selepas itu.

"Mangsa yang juga penganut agama Kristian dan ahli Persatuan Orang Pekak kerap menghadiri kelas keagamaan dan aktiviti gereja di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

"Suspek warga Korea berusia 54 tahun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, keluarganya kini berada di Korea.

"Lelaki itu datang ke Malaysia atas pelawaan pengasas Persatuan Orang Pekak untuk menjadi paderi dan mengajar kitab Bible di gereja berkenaan sejak 1998," katanya.

Katanya, terdapat enam cawangan persatuan itu di Malaysia iaitu empat di Semenanjung meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Perak manakala dua di Sarawak.

"Pengasas persatuan ini adalah seorang lelaki tempatan yang juga pengurus dan membiayai segala kos pengurusan gereja berkenaan.

"Bertindak atas enam laporan polis diterima, kita menahan suspek pada 23 November lalu dan direman selama seminggu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun suspek dikuarantin sehingga 8 Disember lalu kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan di lokap yang disahkan positif Covid-19.

"Suspek ditangkap semula bersabit laporan polis dibuat di Kepala Batas dan direman empat hari bagi siasatan dua kes di Pulau Pinang.

"Kemudian, suspek ditahan reman selama enam hari mulai 13 hingga 18 Disember bersabit laporan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk siasatan lanjut," katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Disember ini.
 
lelaki pun tak selamat dah sekarang ni.....
 
spesis bangnon amat berbahaya kepada tamadun manusia
 
#butterworth Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan juru bahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membacakan pertuduhan.
https://www.hmetro.com.my/.../paderi-korea-didakwa-cabul...

Paderi Korea didakwa cabul 2 lelaki OKU


JEE Jon Hoon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth. FOTO DANIAL SAAD

JEE Jon Hoon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth. FOTO DANIAL SAAD



Butterworth: Seorang paderi warga Korea dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki orang kurang upaya (OKU) pada 2013 dan 2017.
Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan juru bahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membacakan pertuduhan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Jee Jong Hoon, 54, yang juga seorang OKU berikutan mengalami masalah pertuturan dan pendengaran didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada dua lelaki dengan niat mencabul kehormatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas mangsa yang kini berusia 28 dan 27 tahun, kira-kira jam 12.20 tengah malam pada Oktober 2013 dan 11 malam hingga 1 pagi pada Julai 2017 di dalam bilik di tingkat 11, Apartmen Seri Cemerlang, Kampung Paya, Butterworth, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam G Shanmugam dan Adlin Farhana.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua orang penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Januari hadapan bagi tarikh sebutan semula kes untuk membolehkan jurubahasa isyarat antarabangsa dari Istana Kehakiman, Putrajaya dipanggil.
Terdahulu, Jee ditahan polis pada 23 November lalu bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa mangsa yang kesemuanya lelaki OKU di Pulau Pinang

Penahanan dibuat di sebuah gereja di Pulau Pinang susulan polis menerima laporan daripada beberapa mangsa termasuk dua di daerah Seberang Perai Utara.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 12:20 PM


 
die pun oku pekak bisu

xde jurubahasa isyarat dh ada point nk lengah kes
 
Kenapa thread nie tak panas? Sebab takde orang mau bakor thread nie.
Kalau yang beserban/bertudung baru dia muncul kasi bakor contoh yang kes guru tahfiz tu :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register