BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah cuba rasuah polis RM50

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH - Gara-gara menawarkan rasuah sebanyak RM50, seorang buruh lelaki warga Bangladesh dihukum penjara enam hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Bagaimanapun, Alamin (seperti yang tertera dalam kertas pertuduhan), 34, terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua bulan selepas gagal membayar denda.

Hakim Rihaida Rafie menjatuhi hukuman berkenaan selepas Alamin mengaku melakukan kesalahan itu di depan sebuah kedai runcit di Jalan Taufil, Pengkalan Hulu pada 4.15 petang 2 Jun lepas.

Beliau memerintahkan Alamin menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap.

Mengikut pertuduhan, Alamin menawarkan RM50 kepada Konstabel Mohamad Faizal Ab Samad yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu sebagai dorongan untuk melepas adiknya, MD Suman, kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 berdasarkan mana lebih tinggi.

Terdahulu, Alamin yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan atas alasan dia terpaksa menyara isterinya yang sedang sakit, seorang anak lelaki berusia dua bulan dan anggota keluarga lain di Bangladesh.

Ketika membentangkan fakta kes, Pegawai Pendakwa SPRM Yang Ah Lay berkata, Mohamad Faizal menahan MD Suman dan mengarahkannya ke Balai Polis Pengkalan Hulu untuk tindakan lanjut selepas mendapati dia tidak memiliki lesen memandu.

Beliau berkata, pada ketika itu, Alamin tiba di lokasi kejadian untuk merayu agar adiknya dilepaskan serta menghulurkan wang berkenaan kepada Mohamad Faizal dan ketika ditanya "Ini duit apa", tertuduh berkata "Ini duit untuk settle."

Mohamad Faizal memberi amaran kepada Alamin bahawa tindakan itu adalah salah namun tertuduh tetap merayu agar adiknya dilepaskan dan sekali lagi menghulurkan RM50 kepada anggota polis berkenaan.

Mohamad Faizal kemudian bertindak menahan tertuduh dan menyerahkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut. - Bernama
 
Melompat seronok Bangla tu dapat makan free selama [STRIKE]6 hari[/STRIKE] 2 bulan.
 
simpan buat ape.. hantar balik laa...
 
50 skrg ni psr mlm pon x cukup...huhuhu

tak pasal2 mkn free
 
Kemungkinan bangla tu sengaja je kasi RM50 sbb nnti dia blh duduk kt dalam lokap dgn mkn free lagi, tempat tinggal free lagi...
Untung2 dpt kawan...:D
 
RM50 dah kena penjara 2 bulan..

Yang rasuah berbilion siap gelak ngakak2 lagi..

Dah itu je kemampuan bangla2 tu nak bayar nak buat cmne lagi..

Korang kalau nak rasuah RM300 tu belum tentu nak kasi..

Tak payah cerita rasuah lah..

Bayar saman rm300 je korang pun bertahun2 nak bayar..

Nama dah blacklist tak leh nak renew roadtax baru lah tergedek2 nak bayar saman tu..

Tu pun bayar saman RM300 menyumpah2.. hihi
 
Last edited:
sikit sangat tu.. rm50 makan kfc boleh beli sebucket je
 
Back
Top
Log in Register