Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Padah bawa dua pisau
PETALING JAYA: Gara-gara menceroboh kawasan rumah kediaman dan memiliki senjata seminggu lalu, seorang penganggur dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Bob Hardy Baharom, 34, dijatuhkan hukuman apabila mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Mengikut pertuduhan pertama, Bob didakwa menceroboh dengan memasuki kawasan tempat letak kereta Kondominium Riana Green Jalan Tropicana Utara, PJU3, Damansara, dekat sini pada jam 4.30 pagi, 27 Julai lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu satu bilah pisau berhulu plastik dan pisau lipat warna perak di tempat dan waktu sama mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Nor Afidah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara sebulan bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Padahbawaduapisau/Article/index_html