BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

kenyataan ringkas dan mudah paham repott 1mdb..." tidak bole disahkan dan dibuktikan dengan dokumen yang berkaitan "...ko bagi la ayat ni dekat mana2 pegawai audit dalaman agensi kerajaan...sure diorang bole jawab apa maksud ayat tu..
 
Dr M janji dapatkan dana 1MDB di Switzerland, Singapura

Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui negara semula, percaya boleh mendapatkan kembali dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

“Kita percaya kita boleh mendapat balik kebanyakan wang 1MDB, kita ada ramai pakar yang akan menangani isu ini.

“Kita percaya wang itu disembunyikan di Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland, juga ‘dengan Jho Low dan Rosmah’,” katanya merujuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho dan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada masa sama, ahli Parlimen Langkawi itu juga berjanji akan memfokuskan pengurusan kewangan dan pengukuhan ekonomi negara, termasuk menstabilkan nilai ringgit.

“Kami akan hapuskan istilah ‘cash is king’. Kita perlukan duit, tetapi ia bukanlah raja. Kita ingin beritahu pelabur-pelabur bahawa mereka boleh naikkan saham di ‘stock market’.

“Kita juga di peringkat kerajaan akan menjaga nilai ringgit. Kita akan pastikan nilai ringgit tidak terlalu rendah,” katanya dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7, malam tadi.

Beliau juga berjanji kerajaan pimpinannya akan menstabilkan harga minyak bagi mengelakkan ia turun naik setiap minggu.

“Kita harap rakyat akan menghargainya kerana kita sama-sama sayangkan negara ini dan kita bukan berjuang untuk wang.

“Selain itu, dari segi dasar, saya sudah memperkenalkan idea kerajaan yang mesra perniagaan dahulu dan konsep Malaysia Inc. Jadi kita akan meneruskannya.”

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga sedia bekerjasama dengan negara lain untuk memastikan perdagangan asing di negara ini terus berkembang.

“Saya boleh cuba sebab saya ada pengalaman selama 22 tahun sebagai perdana menteri sejak 1981, ketika kita alami krisis.

“Kita ada pemikiran dalam kerajaan ini, yang mana kita yakin mampu selesaikan masalah ekonomi yang dilakukan perdana menteri sebelum ini.”

Beliau juga akan menyemak semula jumlah hutang ditanggung negara yang menurut Barisan Nasional mencecah RM800 bilion.

“Ini tidak termasuk jumlah tersembunyi. Tidak mustahil jika hutang yang kita ada mencecah RM1 trilion,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan pimpinannya akan mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-dapatkan-dana-1mdb-di-switzerland-singapura/
 
Open up 1MDB audit report, PH government urged

The incoming Pakatan Harapan-led federal government has been urged to declassify the Auditor-General’s report into 1MDB, and set up inquiry commissions to investigate major scandals in organisations such as Felda.

The activist group Lawyers for Liberty said the incoming government should instruct the Attorney-General to stop prosecution of all politically-motivated cases and withdraw appeals against similar cases.

LFL executive director Eric Paulsen said the new federal government should keep to promises on reforms and human rights made by Pakatan Harapan in its election manifesto.

“It is inconceivable that oppressive laws should continue to be misused to persecute dissidents, activists and (former) opposition leaders, and we trust that the law will not be abused in the same manner as it was by the previous government,” Paulsen said.

Pakatan Harapan and its Sabah ally, Warisan won a simple parliamentary majority in Wednesday’s general election, ousting the Barisan Nasional after 45 years in power.

Other measures that the incoming government should take include:

* separating the powers of the politically-appointed Attorney-General as the government’s chief lawyer from that of the Public Prosecutor so that prosecutions may be brought without fear of political interference.

* judges to be appointed on seniority, merit and experience, without political interference or influence;

* depoliticise the police force so that the force is not misused as a tool to crack down on political opponents and dissidents;

* end politically-motivated monitoring and arrests must be stopped immediately;

* establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission and the police be made to answer for deaths in custody;

* abolish “oppressive laws” such as the Sedition Act, Prevention of Crime Act, Prevention of Terrorism Act, Security Offences (Special Measures) Act, Communications and Multimedia Act, Official Secrets Act, Peaceful Assembly Act, National Security Council Act, Anti-Fake News Act, Printing Presses and Publications Act, and Universities and University Colleges Act.

* abolish the death penalty;

* set up a Law Commission to review all these legislation and others and make appropriate recommendations; and

* review all cases of Malaysian residents who are stateless.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/ca...pen-up-1mdb-audit-report-ph-government-urged/

p.s. Nanti saya update kalau ada versi bahasa melayu
 
Bon 1MDB terjejas selepas PRU-14

KUALA LUMPUR: Bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima tekanan pada minggu ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini berikutan kegusaran pelabur mengenai masa depan dana pelaburan milik kerajaan itu.


Kemarahan awam susulan dakwaan skandal pengubahan wang haram membabitkan 1MDB menyaksikan kekalahan parti Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bahawa beliau mungkin boleh mendapatkan semula dana daripada 1MDB dan menyatakan Najib akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya terbukti melakukan kesalahan.

Walaupun bon berasaskan dolar Amerika Syarikat (AS) dana berkenaan yang tamat pada 2023 meningkat 2.3 cents pada Jumaat kepada 84.1 cents, ia masih berada pada paras menyusut minggu ini selepas menurun 11.7 cents pada Khamis berikutan PRU-14, penurunan terbesar sejak 2016.

1MDB mengumumkan rancangan untuk memecahkan asetnya dan menutup operasi pada 2015, namun kemenangan Mahathir meningkatkan spekulasi mengenai langkah menamatkan operasi 1MDB.

Ketua Bersama Asian Bank Research di CreditSights, Ismael Pili, berkata, sekiranya Najib kekal berkuasa, operasi 1MDB mungkin akan diteruskan.

"Maklumat mengenai siasatan 1MDB dijangka akan didedahkan lebih terperinci dengan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya.

Pada musim berkempen, Mahathir mendakwa Najib sebagai 'pencuri', namun selepas memenangi PRU-14, beliau menyatakan tidak akan membalas dendam, sebaliknya akan mengembalikan kedaulatan undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda, berkata beliau tidak boleh memberi sebarang komen selepas PRU-14 berhubung dakwaan salah laku.

Kerajaan Malaysia menyediakan surat sokongan untuk bon 2023 1MDB, namun tidak memberi jaminan terhadap hutang berkenaan, dan menambah ketidakpastian di tengah-tengah perubahan pemimpin negara.

Menurut CLSA Securities dalam satu nota pada hari ini, penentuan kredit seperti 1MDB akan menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu atau bulan akan datang. - Bloomberg


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/424450/bon-1mdb-terjejas-selepas-pru-14
 
kenyataan ringkas dan mudah paham repott 1mdb..." tidak bole disahkan dan dibuktikan dengan dokumen yang berkaitan "...ko bagi la ayat ni dekat mana2 pegawai audit dalaman agensi kerajaan...sure diorang bole jawab apa maksud ayat tu..

Kita bunyi mcm maklumat tak lengkap lah gitu..?
 
kenyataan ringkas dan mudah paham repott 1mdb..." tidak bole disahkan dan dibuktikan dengan dokumen yang berkaitan "...ko bagi la ayat ni dekat mana2 pegawai audit dalaman agensi kerajaan...sure diorang bole jawab apa maksud ayat tu..

aku slalu kena benda ni...jawapan dia xbuat la tu..haha
 
jawapan die...bermodalkan 1juta..g pinjam d**t kat bank berbilion atas jaminan kerajaan...beli company tenaga yang dah nk expired mahal2...lepas tu beli tanah sg besi murah jadikan bandar lepas tu jual mahal2..lepas tu masuk dalam acc luar pesisir berjudi untuk dapatkan untung besar..wujudkan ipo antara terbesar dunia..untuk kaut untung besar2an untuk bayar hutang dan expenses lain...

cadangan perniagaan nampak mudah..tapi kan dah ada khazanah nasional..tapi kenapa perlukan satu syarikat lain macam khazanah juga?..

sebab nak tunjukkan ada legasi..up kan nama sendiri..

padahal dekat france tu pon..sesiapa pon yang memerintah..tak ada pon lenyapkan legasi yang adakan eiffel tower semata2 untuk terus berkuasa..hanya di malaysia...klcc bukan lagi dianggap ikon negara..tetapi ikon tun m..apa punya level pemikiran ex PM ni la..
 
Mat Said sedia bantu siasatan kes 1MDB

image.jpg

Mat Said bersama pemimpin sayap Umno Dun Kijal pada perjumpaan pacca PRU14 di kediamannya di Teluk Kalong, Kemaman lewat petang semalam.

KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersedia dipanggil untuk membantu siasatan kes syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan salah laku melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad yang lebih dikenali sebagai Mat Said berkata, beliau bersedia untuk memberi keterangan sekiranya dipanggil sebagai saksi bagi kes itu kerana 1MDB berasal daripada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang ditubuhkan beliau.

"Saya bersedia pada bila-bila masa untuk beri keterangan...saya tak boleh sembunyikan sebab ia syarikat yang ditubuhkan kerajaan negeri Terengganu asalnya.

"Saya tahu perjalanannya (1MDB) macam mana. Dulu saya juga pernah dipanggil oleh Ketua Audit Negara, saya terangkan apa yang berlaku," katanya pada sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Teluk Kalong, lewat petang semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai janji Pakatan Harapan (Harapan) yang mahu menyelesaikan skandal utama negara termasuk 1MDB dan perkara itu termasuk dalam 10 janji yang akan dilakukan dalam masa 100 hari jika Harapan berjaya mentadbir Putrajaya.

Ditanya mengenai peletakan jawatan Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN, Mat Said berkata, pengunduran itu sudah terlewat kerana ketika ini BN dan Umno sudah mengalami kekalahan teruk sehingga hilang tampuk kuasa.

"Sekarang nasi sudah jadi bubur dan bukan mudah untuk (Umno-BN) bangkit kembali dengan keadaan sebegini rupa (kekalahan teruk).

"Sepatutnya bila lihat senario politik sebelum ini, ada penentangan terhadap beliau sepatutnya beliau berjiwa besar dan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri lebih awal iaitu sebelum PRU14.

"Ini sebab Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan jika Datuk Seri Najib tidak mengundurkan diri bermakna BN akan kalah dan sekarang perkara itu benar-benar berlaku," katanya.

Ekoran kekalahan teruk pada PRU14, 9 Mei lalu Harapan berjaya mengambil alih pemerintahan negara dan Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Mengenai kekalahan teruk BN dan Umno di Terengganu hingga Pas sekarang ditadbir Pas, Mat Said berkata, terpulang kepada kepimpinan BN negeri untuk mengambil keputusan seterusnya.

"Terpulang kepada kepimpinan negeri, kalau ada maruah, kalau ada tanggungjawab berundurlah dari jawatan," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mat-said-sedia-bantu-siasatan-kes-1mdb-1.833957
 
Back
Top
Log in Register