BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Dakwaan laporan audit 1MDB dipinda: Peguam gesa lapor polis

Diterbitkan 30 Okt 2018, 5:45 petang | Dikemaskini 30 Okt 2018, 6:16 petang

89230fec42bd56cd8369a599336e6676.jpeg


Beberapa peguam menggesa Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Wong Kah Woh membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan bahawa laporan Jabatan Ketua Audit ke atas 1MDB dipinda.

Peguam jenayah Baljit Singh Sidhu berkata, sekiranya dakwaan Wong itu betul, bererti terdapat kemungkinan berlaku pemalsuan dokumen, penipuan atau pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Ia merupakan dakwaan yang serius. Langkah pertama adalah melaporkan kepada polis agar siasatan jenayah dapat dimulakan.

"Sekiranya Wong tidak membuat laporan polis, ia memperlekehkan semua dakwaan yang dibuat," kata Baljit yang juga merupakan anggota jawatankuasa Majlis Peguam Jenayah.

Peguam N Surendran pula berkata sekiranya dakwaan Wong itu benar, pihak berkuasa boleh memulakan siasatan di bawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana mereka bukti palsu dan/atau Seksyen 201 akta sama kerana menyebabkan kehilangan bukti untuk menyiasat pesalah.

Kesalahan di bawah Seksyen 192 boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. Sementara hukuman penjara di bawah Seksyen 201 pula menetapkan tempoh tiga hingga enam tahun, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Surendran berkata Seksyen 218 Kanun Keseksaan juga boleh digunakan dalam kes itu. Seksyen berkenaan berkaitan penjawat awam yang ingkar arahan undang-undang dengan niat menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta.

Individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 218 boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Wong yang juga anggota parlimen Ipoh Timur memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda.

Ketika dihampiri Malaysiakini selepas itu, Wong berkata dia tidak boleh memberikan butiran lanjut kerana terikat dengan Peraturan Mesyuarat dewan.

Bagaimanapun, sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa kandungan yang "hilang" itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu.

"Pindaan dibuat sekurang-kurangnya pada dua tahun lalu," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

https://www.malaysiakini.com/news/449659
 
PAC teruskan prosiding siasat 1MDB

Diterbitkan 6 Nov 2018, 1:42 petang | Dikemaskini 6 Nov 2018, 1:52 petang

89230fec42bd56cd8369a599336e6676.jpeg


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan prosidingnya ke atas 1MDB ekoran penjelasan yang diterima daripada Peguam Negara Tommy Thomas Jumaat lalui.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Thomas berpendapat siasatan berkenaan tidak bersifat subjudis terhadap perbicaraan jenayah melibatkan 1MDB.

"Jabatan Peguam Negara bagaimanapun bimbang prosiding PAC mungkin memberi kesan kepada prosidur pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB, justeru ia mungkin menjadi prejudis di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Asalnya PAC bersidang pada 29 Okt lalu namun ia ditunda atas nasihat jabatan terbabit.

Satu sumber mendakwa langkah tersebut diambil bagi mengelakkan berlaku subjudis terhadap kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Ekoran penangguhan tersebut PAC mendapatkan penjelasan daripada Thomas.

Kata Wong disebabkan laporan audit 1MDB tidak tertakluk kepada perbicaraan mahkamah, PAC berpendapat siasatan berkenaan wajar diteruskan.

Nafi laporan dipinda

Wong yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata PAC juga akan menentukan kemudian sama ada wujud isu pertindihan prosiding berkenaan dengan perbicaraan mengenai 1MDB.

Pada Ogos lalu Dewan Rakyat meluluskan usul supaya siasatan berhubung skandal 1MDB dibuka semula.

Minggu lalu Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan penangguhan prosiding badan itu atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun anggota parlimen Beluran itu tidak menyatakan tarikh baru untuk PAC bersidang semula.

Menurut Wong belum ada tarikh baru dipilih dan PAC akan mengadakan mesyuarat dalaman minggu depan untuk membincangkannya.

Katanya PAC juga akan memanggil bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang untuk memberi keterangan sebagai saksi pertama.

Sementara itu sumber yang dekat dengan PAC berkata badan itu akan meneliti dakwaan Wong bahawa laporan audit 1MDB dipinda.

Jika ia berlaku, kata sumber terbabit, PAC akan menyiasat dari mana arahan pindaan laporan tersebut diterima dan apakah kandungan asalnya.

Untuk rekod Ambrin sebelum ini menafikan dakwaan Wong.

https://www.malaysiakini.com/news/450656
 
Peguam Negara benarkan PAC teruskan siasatan 1MDB

6 November 2018

KUALA LUMPUR - Susulan penjelasan yang dikemukakan Peguam Negara, Tommy Thomas, Jumaat lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendirian akan meneruskan prosiding siasatan ke atas syarikat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Tommy berpendapat siasatan berkenaan tidak bersifat subjudis terhadap perbicaraan jenayah melibatkan 1MDB.

"Jabatan Peguam Negara bagaimanapun bimbang prosiding PAC mungkin memberi kesan kepada prosedur pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB, justeru ia mungkin menjadi prejudis di mahkamah," katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mengikut jadual asalnya PAC sepatutnya bersidang 29 Oktober lalu, namun sesi itu ditunda atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Satu sumber mendakwa langkah tersebut diambil bagi mengelakkan berlaku subjudis terhadap kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Ekoran penangguhan tersebut PAC mendapatkan penjelasan daripada Tommy.

Menurut Kah Woh, memandangkan laporan audit 1MDB tidak tertakluk kepada perbicaraan mahkamah, PAC berpendapat siasatan berkenaan wajar diteruskan.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, PAC juga akan menentukan kemudian sama ada, wujud isu pertindihan prosiding berkenaan dengan perbicaraan mengenai 1MDB.

Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul supaya siasatan berhubung skandal 1MDB dibuka semula.

Minggu lepas, Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan penangguhan prosiding badan itu atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Ronald yang juga ahli Parlimen Beluran itu tidak menyatakan tarikh baharu untuk PAC bersidang semula.

Menurut Kah Woh, belum ada tarikh baru dipilih dan PAC akan mengadakan mesyuarat dalaman minggu depan untuk membincangkan perkara tersebut.

Katanya, PAC juga akan memanggil bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk memberi keterangan sebagai saksi pertama.

Sementara itu sumber yang dekat dengan PAC berkata, badan itu akan meneliti dakwaan Kah Woh bahawa laporan audit 1MDB dipinda.

Jika ia berlaku, kata sumber terbabit, PAC akan menyiasat dari mana arahan pindaan laporan tersebut diterima dan apakah kandungan asalnya.

Ambrin sebelum ini juga menafikan dakwaan Kah Woh.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/peguam-negara-benarkan-pac-teruskan-siasatan-1mdb-1.901066
 
Selasa, 6 November 2018 | 5:18pm

RONLAD_KIANDEE_PAC_1541495884.jpg

DR Ronald Kiandee. - NSTP/Asyraf Hamzah

Mesyuarat berkaitan 1MDB 13 November ini - PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuarat pada 13 November ini bagi menentukan perspektif siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata mesyuarat itu adalah susulan pertemuan antara PAC dengan Peguam Negara, Tommy Thomas pada Jumaat lalu.

“PAC mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan mendapatkan penjelasan yang diperlukan berhubung pandangannya supaya prosiding berkaitan 1MDB ditangguhkan.

“Susulan itu, PAC akan bermesyuarat bagi mengkaji dan membincangkan perspektif siasatan yang boleh dilakukan berhubung 1MDB kerana PAC tidak mahu ia mengganggu siasatan dan perbicaraan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Prosiding berkaitan 1MDB membabitkan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya bermula pada 29 Oktober lalu, namun ditangguhkan atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Ronald dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya akan menetapkan semula tarikh dan masa yang sesuai memanggil Ambrin bagi membantu prosiding berkenaan dalam tempoh terdekat.

Susulan itu, PAC mengadakan pertemuan dengan Tommy, bagi membincangkan penangguhan prosiding 1MDB selepas menerima surat daripada Peguam Negara itu pada 25 Oktober lalu.

Peguam Negara memberi pandangan supaya PAC menangguhkan prosiding berkaitan 1MDB secara sine die (tanpa tarikh khusus).

https://www.bharian.com.my/berita/n...t-berkaitan-1mdb-13-november-ini-pac#cxrecs_s
 
PAC teruskan prosiding siasat 1MDB

Diterbitkan 6 Nov 2018, 1:42 petang | Dikemaskini 6 Nov 2018, 1:52 petang

89230fec42bd56cd8369a599336e6676.jpeg


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan prosidingnya ke atas 1MDB ekoran penjelasan yang diterima daripada Peguam Negara Tommy Thomas Jumaat lalui.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Thomas berpendapat siasatan berkenaan tidak bersifat subjudis terhadap perbicaraan jenayah melibatkan 1MDB.

"Jabatan Peguam Negara bagaimanapun bimbang prosiding PAC mungkin memberi kesan kepada prosidur pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB, justeru ia mungkin menjadi prejudis di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Asalnya PAC bersidang pada 29 Okt lalu namun ia ditunda atas nasihat jabatan terbabit.

Satu sumber mendakwa langkah tersebut diambil bagi mengelakkan berlaku subjudis terhadap kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Ekoran penangguhan tersebut PAC mendapatkan penjelasan daripada Thomas.

Kata Wong disebabkan laporan audit 1MDB tidak tertakluk kepada perbicaraan mahkamah, PAC berpendapat siasatan berkenaan wajar diteruskan.

Nafi laporan dipinda

Wong yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata PAC juga akan menentukan kemudian sama ada wujud isu pertindihan prosiding berkenaan dengan perbicaraan mengenai 1MDB.

Pada Ogos lalu Dewan Rakyat meluluskan usul supaya siasatan berhubung skandal 1MDB dibuka semula.

Minggu lalu Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan penangguhan prosiding badan itu atas nasihat Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun anggota parlimen Beluran itu tidak menyatakan tarikh baru untuk PAC bersidang semula.

Menurut Wong belum ada tarikh baru dipilih dan PAC akan mengadakan mesyuarat dalaman minggu depan untuk membincangkannya.

Katanya PAC juga akan memanggil bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang untuk memberi keterangan sebagai saksi pertama.

Sementara itu sumber yang dekat dengan PAC berkata badan itu akan meneliti dakwaan Wong bahawa laporan audit 1MDB dipinda.

Jika ia berlaku, kata sumber terbabit, PAC akan menyiasat dari mana arahan pindaan laporan tersebut diterima dan apakah kandungan asalnya.

Untuk rekod Ambrin sebelum ini menafikan dakwaan Wong.

https://www.malaysiakini.com/news/450656

knp woh ni takut nak buat report polis kalau dia dakwa lsppran tu diubah.. telur dah hilang ke?
 
Ada mp dap yg dr pakar bedah kena buang sbb tidak berbohong dlm siasatan PAC
 
Dakwaan laporan audit 1MDB dipinda tetap disiasat

Diterbitkan 13 Nov 2018, 7:13 petang


89230fec42bd56cd8369a599336e6676.jpeg


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menangguhkan semua prosiding yang berkaitan dengan perbicaraan 1MDB di mahkamah.

Bagaimanapun, prosiding terhadap Laporan Pengauditan 1MDB yang dikatakan telah dipinda akan tetap diteruskan.

Pengerusinya, Dr Ronald Kiandee berkata, penangguhan itu dipersetujui setelah perbincangan dilakukan dengan Peguam Negara Tommy Thomas.

“Prosiding 1MDB tidak akan dibuat, walaupun ada usul di parlimen untuk itu, dan perkara itu telah kita maklumkan kepada speaker.

“Penagguhan itu dilakukan secara sine die,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di Parlimen hari ini.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh bagaimanapun berkata, prosiding terhadap Laporan Pengauditan 1MDB yang dikatakan dipinda akan tetap diteruskan.

“Pada perjumpaan kita dengan peguam negara pada 2 Nov lalu, apabila kita memberitahu bahawa siasatan kita yang pertama adalah berkenaan dengan laporan yang dikatakan dipinda tersebut, beliau mengatakan dengan jelas bahawa tidak ada masalah dan tidak ada isu berkenaan dengan subjudis dan juga prejudis.


“Sebagai permulaan, PAC akan mengadakan prosiding pada 4,5, dan 6 Dis ini untuk menyiasat berkenaan dengan isu ini,” katanya.

Pada prosiding itu nanti, dua saksi akan dipanggil iaitu bekas ketua audit negara Ambrin Buang dan ketua audit negara sekarang Dr Madinah Mohamad untuk membantu siasatan.

Berkaitan dengan penyiasatan lain yang sedang dalam perbicaraan mahkamah, beliau berkata ia akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

https://www.malaysiakini.com/news/451728
 
Najib kecewa siasatan PAC ke atas 1MDB tangguh

November 13, 2018 10:09 PM

fmt-sprm-najib_251018_12345.jpg


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kecewa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menangguhkan inkuiri ke atas isu 1MDB sehingga kes-kes mahkamah selesai.

“Sepanjang beberapa bulan yang lalu, saya telah membuat banyak kenyataan, lengkap dengan dokumen dan dijelaskan dalam wawancara mengenai isu 1MDB,” katanya kepada FMT.

“Saya sudah menjelaskan bagaimana 1MDB membantu menyelesaikan masalah penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah, berapa banyak aset 1MDB, seperti Bandar Malaysia, dan bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi melalui projek-projek seperti 8 pangkalan tentera dan Tun Razak Exchange (TRX).”

Najib juga menjelaskan bagaimana kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin beliau menandatangani perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (Ipic) untuk mendapatkan semula wang yang didakwa hilang.

Beliau juga bercakap mengenai mengapa isu 1MDB perlu diselesaikan dengan baik untuk menjaga hubungan diplomatik Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Ipic adalah syarikat milik kerajaan UAE manakala Putra Turki Abdullah dari Arab Saudi, yang mengasaskan PetroSaudi International, didakwa menerima wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

“Saya menantikan siasatan PAC untuk memberi semua maklumat ini dan memberitahu cerita di pihak saya bagi membersihkan nama secepat mungkin,” kata Najib.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, antara lain berdepan tuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

“Oleh itu, saya kecewa PAC menangguhkan siasatan mereka ke atas 1MDB sehingga kes mahkamah terhadap saya selesai memandangkan kes-kes itu mungkin mangambil masa yang lama untuk selesai.”

Awal hari ini, Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee berkata siasatan ke atas skandal 1MDB ditangguhkan sehingga mahkamah membuat keputusan dalam kes berkaitan 1MDB.

Ronald berkata keputusan dibuat atas nasihat peguam negara dan dimaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat.

PAC dan ketua audit negara bersetuju untuk membuka semula siasatan ke atas 1MDB pada Ogos.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...jib-kecewa-siasatan-pac-ke-atas-1mdb-tangguh/
 
RM19b GST 'hilang': PAC selesai siasat, Guan Eng saksi terakhir

Diterbitkan 14 Nov 2018, 6:28 petang | Dikemaskini 14 Nov 2018, 6:39 petang

bb5c9061008ed8a93cc1de31578d9fc2.jpeg


Soal siasat Jawatankuasa Kira-kira Wan Negara (PAC) berkenaan dakwaan kehilangan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai saksi terakhir.

Pengerusi PAC Dr Ronald Kiandee berkata, laporan siasatan akan disiapkan paling lewat pada awal tahun depan.

"Lim merupakan saksi terakhir, selepas ini kita akan bermesyuarat semula dan membuat rumusan untuk dilaporkan kepada parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Ketika ditanya sama ada PAC ada menemui sebarang salah laku, Kiandee enggan mengulasnya sebelum kesimpulan akhir dibuat.

"Kita akan duduk dan meneliti butiran, bukti dan dokumen yang diberikan. Kita telah memanggil tujuh saksi."

Siasatan itu susulan dakwaan Lim bahawa pentadbiran BN 'merompak' bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga, selepas audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM19.4 bilion hilang daripada tabung bayaran balik GST.

7465dc2c7893e85a0663f07ef6f056fb.jpeg


Najib bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan berkata kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan Kerajaan, bersama-sama pendapatan negara dan hasil cukai lain.

Sementara itu, Lim ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada PAC berkata, beliau terkejut apabila PAC pada mulanya beranggapan wang itu masih ada.

"Saya fikir PAC faham dengan penjelasan yang diberikan. Mereka (PAC) ada tanggapan yang silap bahawa duit RM19.4 bilion itu masih ada, tetapi kita akan ketahuinya juga akhirnya.

"Kami beritahu (duit itu) tak ada...Jika masih ada kendurilah saya. Kita tak perlu ambil dari Petronas," katanya lagi.

Beliau merujuk pembayaran dividen khas RM30 bilion daripada Petronas kepada kerajaan persekutuan, seperti yang diumumnya ketika pembentangan Belanjawan 2019.

https://www.malaysiakini.com/news/451881
 
Rabu, 21 November 2018 | 5:50pm

1mdb-logo_1542793839.jpg


Pengurusan baharu 1MDB siasat keterangan bohong juruaudit

KUALA LUMPUR: Pengurusan baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang menyiasat dakwaan seorang bekas pegawai kanan syarikat audit Deloitte Malaysia berbohong kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pegawai kanan syarikat audit itu, syarikat yang pernah memberi perkhidmatan berkenaan kepada 1MDB, didakwa berbuat demikian ketika memberi keterangan kepada PAC pada prosiding berhubung 1MDB, Jun 2016.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pengurusan baharu 1MDB serta nasihat daripada Jabatan Peguam Negara dalam perkara itu.

“Untuk makluman Dewan Rakyat, pihak pengurusan baharu 1MDB kini sedang menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan hasil siasatan serta nasihat daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Guan Eng menjawab soalan Lim Lip Eng (PH DAP-Kepong) yang bertanya apakah tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap keterangan bohong yang diberikan pegawai kanan Deloitte Malaysia dalam siasatan PAC apabila beliau mempertahankan pengauditan 1MDB yang didakwanya palsu.

Deloitte pada 27 Julai 2016 dilaporkan berkata, maklumat dalam pemfailan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) membabitkan rampasan aset berkaitan 1MDB, menjejaskan audit mereka pada tahun 2013 dan 2014.

Syarikat audit itu berkata, sehubungan itu, kenyataan kewangan 1MDB pada tahun berkenaan yang ditandatangani Deloitte pada 28 Mac 2014 dan 5 November 2014 tidak boleh lagi digunakan.

Deloitte membuat kenyataan berkenaan dua tahun lalu selepas 1MDB pada ketika itu, mengumumkan syarikat audit terbabit menarik diri daripada menjadi juruaudit mereka, iaitu syarikat ketiga berbuat demikian sejak 2009.

Antara 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2012, syarikat juruaudit bagi laporan kewangan 1MDB adalah KPMG Malaysia, namun syarikat itu pada Jun lalu dilaporkan berkata, audit dilakukan mereka dalam tempoh itu adalah tidak tepat selepas meneliti Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang sebelum itu diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Menurut laporan PAC, khidmat KPMG ditamatkan apabila enggan menandatangani akaun tanpa perincian berkaitan pelaburan bernilai AS$2.32 bilion.

The Wall Street Journal pula pernah melaporkan khidmat firma Ernst & Young juga ditamatkan pada 2010 selepas membangkitkan persoalan sama.

DOJ mahu menyita lebih AS$1 bilion aset yang dikatakan berpunca daripada 1MDB.

https://www.bharian.com.my/berita/n...b-siasat-keterangan-bohong-juruaudit#cxrecs_s
 
Back
Top
Log in Register