BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

12923352_932162353568165_7072203673536603909_n.jpg

dia bukan nak meniaga,tapi ini salah satu tektik nak merembat.Secara logiknya waktu beli pun dah rugi dan waktu jual pun bertambah rugi. Ini bukan satu bentuk perniagaan tapi satu bentuk penipuan yang dirancang.
 
dia bukan nak meniaga,tapi ini salah satu tektik nak merembat.Secara logiknya waktu beli pun dah rugi dan waktu jual pun bertambah rugi. Ini bukan satu bentuk perniagaan tapi satu bentuk penipuan yang dirancang.

Itulah sampai boleh edit final draft laporan PAC untuk buang maklumat penting yang sudah disahkan oleh BNM.

Kewujudan syarikat hantu. :))

Memang berhantu betul. :eek:
 
Itulah sampai boleh edit final draft laporan PAC untuk buang maklumat penting yang sudah disahkan oleh BNM.

Kewujudan syarikat hantu. :))

Memang berhantu betul. :eek:

zeti mesti tahu benda yang sebenar
 
dia bukan nak meniaga,tapi ini salah satu tektik nak merembat.Secara logiknya waktu beli pun dah rugi dan waktu jual pun bertambah rugi. Ini bukan satu bentuk perniagaan tapi satu bentuk penipuan yang dirancang.

Skandal Scorpene yang berbillion habis dulupun tak selesai-selesai lagi. Sampai Altantuya dibunuh.
 
Sunting laporan PAC: Hasan patut letak jawatan

Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin menyunting laporan panel PAC berkenaan kes 1MDB adalah satu langkah tidak wajar.

Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah & Salahgunakuasa Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin berkata, tingkah laku menggambarkan beliau tidak menunjukkan sikap jujur dan amanah dalam jawatankuasa tersebut.

“Biro ini memandang perkara ini dengan amat serius dan mempersoalkan integriti Hasan sebagai Pengerusi PAC. Kelakuan sebegini juga tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

“Walaupun, Hasan semalam menyatakan ia telah disunting kerana maklumat itu masih dalam siasatan, ianya adalah tindakan yang tidak wajar kerana ianya telah mendapat persetujuan semua ahli panel untuk dimasukkan ke dalam Laporan PAC dan jika ia perlu dikeluarkan, Pengerusi PAC perlu membincangkannya dengan semua ahli panel,”
katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikutan tindakan tidak wajar Hasan, pihaknya meminta supaya Pengerusi PAC itu meletakkan jawatan.

Pihaknya dalam pada itu turut menyarankan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat kes 1MDB secara menyeluruh.

“Dengan Suruhanjaya DiRaja sahaja, siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan tanpa ada gangguan dan laporan yang disediakan adalah telus dan boleh dipercayai sepenuhnya sekali gus akan membantu membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang terpalit dengan skandal ini jika beliau didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja,” katanya lagi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/sunting-laporan-pac-hasan-patut-letak-jawatan-1.511797
 
Hasan: Anggota PAC yang tak puas hati boleh rujuk pada speaker

Setiap anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seharusnya memahami bahawa mereka boleh mengutarakan isu berbangkit melalui mesyuarat PAC akan datang atau dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, PAC adalah sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen, maka sekiranya mana-mana anggota PAC yang tidak berpuas hati, mereka boleh merujuk isu berbangkit tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat.

"Selaku pengerusi PAC yang dilantik oleh Dewan Rakyat, saya bertanggungjawab kepada jawatankuasa ini, Parlimen dan rakyat secara sepenuhnya.

"Ia juga termasuk untuk bertanggungjawab dalam memastikan integriti PAC sentiasa terpelihara dan tidak berpaksikan kepada kepentingan politik, berkredibiliti dan tidak prejudis.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya dalam menjaga dan mengekalkan integriti PAC serta tidak bersifat prejudis,"
katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Pada hari Selasa, Anggota Parlimen DAP Tony Pua mendakwa beberapa ayat dalam laporan akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB tersebut, kata nggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada BN dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

Mengulas lanjut, Hasan berkata apa jua maklumat diterima pada saat akhir bersifat sulit dan rahsia; serta maklumat berstatus risikan dan bukan untuk laporan awam, ia tidak perlu dimasukkan ke dalam laporan PAC.

Jika maklumat berkenaan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kandungan laporan PAC, ia secara jelas boleh menjejaskan integriti, kewibawaan dan kredibiliti PAC itu sendiri sebagai jawatankuasa di bawah Parlimen, katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata ini adalah reaksi terakhirnya melalui media dan tanggungjawab keanggotaan PAC boleh dilaksanakan sepenuhnya melalui mesyuarat seterusnya dan bukannya melalui media sosial atau media massa.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan yang dibuat sebagaimana dipertanggungjawabkan oleh Parlimen," katanya.

- Bernama
 
Dengan harapan, draf asal sebelum kena edit akan didedahkan kepada umum.

Apa yang mereka takut sangat kalau rakyat tahu.
 
kena tanya balik pengerusi PAC hasan cari makan
 
lpas nie confirm laporan audit imdb dikluarkan dr osa,teringin sgt tahu apa benda yg ada dlm report tu
 
Back
Top
Log in Register