BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

12974508_1272632442761791_3855184373575052653_n.jpg

Lawak betul gambar ni..
 
laporan PAC tidak boleh diterima ramai kerana tidak lengkap, lagipun sudah beberapa kali laporan lewat kerana kita tahu setiap perkataan dan baris ayat disusun elok2 supaya tak nampak sebarang salah laku PM
 
laporan PAC tidak boleh diterima ramai kerana tidak lengkap, lagipun sudah beberapa kali laporan lewat kerana kita tahu setiap perkataan dan baris ayat disusun elok2 supaya tak nampak sebarang salah laku PM

Tetapi dengan segala kekurangan dan sekatan kerana ahli pembangkang dalam PAC minoriti, masih beberapa fakta menarik dapat masuk dalam laporan PAC tersebut secara halus.

Boleh rujuk forum sini:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=629383

Ahli panel PAC, Tony Pua ada jelaskan beberapa fakta menarik yang media perdana tidak berani sentuh.
 
Ahli PAC diarah keluar dari bangunan Parlimen

Sidang media ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada pembangkang terganggu, selepas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang mengarahkan mereka keluar dari bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Abu Zahar ketika berhujah di Dewan Negara menegaskan, mana-mana anggota Dewan Rakyat tidak dibenarkan mengganggu perjalanan sidang Dewan Negara yang sedang berjalan pada masa ini.

"Sekarang ini Dewan Negara sedang bersidang, bukan Dewan Rakyat. Jika anda ingin membuat sidang media, sila keluar.

"Saya amat serius dengan perkara ini. Saya mempunyai tanggungjawab penuh dalam Dewan Negara. Tolong jangan ganggu apabila Dewan Negara sedang bersidang,"
katanya di bangunan Parlimen, di sini, har ini.

Terdahulu, sidang media itu yang diketuai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terpaksa berpindah tempat di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen selepas larangan itu dikeluarkan.

Mengulas mengenai kejadian itu, Tony menegaskan, semua anggota Parlimen mempunyai hak untuk menggunakan setiap kemudahan yang disediakan di Parlimen.

"Kita hanya tidak dibenarkan untuk pergi ke rumah Senat (Dewan Negara) apabila bersidang.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu berhujah dan membuat keputusan untuk keluar dari bangunan (Parlimen),"
katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/ahli-pac-diarah-keluar-dari-bangunan-parlimen-1.511230
 
Laporan PAC: Hasan jawab kenyataan Tony Pua

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.

"Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas. Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.

Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP, Tony Pua hari ini yang mengatakan beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu
, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pua yang juga anggota PAC berkata, maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada BN dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-pac-hasan-jawab-kenyataan-tony-pua-1.511323
 
Hasan PAC mahu cabar Bank Negara? - DAP

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang memadamkan 'dua ayat' yang terkandung dalam laporan jawatankuasa itu, yang kononnya tidak penting tanpa merujuk kembali kepada semua anggota PAC.

Lebih dari itu, anggota PAC tidak pernah memberi kuasa kepada Hasan untuk berbuat demikian sedangkan draf akhir telah diluluskan, katanya.

"Hasan sepatutnya memaklumkan kepada Parlimen dan semua yang terlibat, apa sebenarnya yang tidak jelas mengenai penemuan Bank Negara yang menyebut “penerima faedah utama Good Star Limited adalah individu tidak berkaitan dengan Petrosaudi International Ltd”?

"Penemuan itu penting kepada seluruh siasatan 1MDB kerana syarikat dan para eksekutifnya telah memberi keterangan kepada PAC bahawa Good Star adalah anak syarikat Petrosaudi," katanya dalam kenyataan.

Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menyediakan bukti kukuh, seperti carian syarikat atau sijil penubuhan dari pihak berkuasa berkaitan, walaupun selepas diminta berkali-kali, untuk menyokong dakwaan Peguam Negara dan PAC, ujarnya.

Apa yang 1MDB dapat sediakan ialah surat tahun 2015 dari Petrosaudi kepada 1MDB mengatakan Good Star Limited adalah sebahagian daripada kumpulan Petrosaudi
, jelasnya lagi sambil menekankan PAC tidak boleh mengiktiraf dokumen seperti itu.

"Oleh itu, apakah Pengerusi PAC mahu mempersoal dan mencabar penemuan dan siasatan Bank Negara Malaysia," tanya Pua.

Semalam, Pua menuduh Hasan menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan dengan memadamkan ayat laporan itu mengenai keterlibatan Jho Low dalam firma Good Star Ltd.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/338490
 
Back
Top
Log in Register