BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Peguam Negara nafi sorok bukti siasatan 1MDB

Dc5gM5IWkAILZ5b.jpg


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau menyorokkan bukti berkaitan siasatan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).


Apandi, ketika dihubungi berkata, semua keputusan dibuat sebelum ini adalah berdasarkan fakta yang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang.

"Semua tindakan yang dilakukan saya adalah jelas dan tanpa berselindung akan mendedahkan semuanya.

"Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu.

"Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini, berkata Apandi memperlekehkan kedudukannya dan seakan menyembunyikan perkara yang sebenar.

Malah, dalam sidang media itu, beliau dipetik berkata Apandi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes 1MDB.

Tegas beliau lagi, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.

"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini , " katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/424280/peguam-negara-nafi-sorok-bukti-siasatan-1mdb
 
ak pernah tengok laporan 1mdb sblm di osa kan...memang kaw plan curik duit....apa2 report tak dilampirkan dan tidak bole disahkan..
 
ak pernah tengok laporan 1mdb sblm di osa kan...memang kaw plan curik duit....apa2 report tak dilampirkan dan tidak bole disahkan..

ye ke bro....besar pangkat bro ni.

panggil je tan sri gani patail....dia pun tak de apa yg nak ditakutkan lagi
 
kah kah kah..takyah buat cuak2 la...lambat laun hang akan kena gak
 
ye ke bro....besar pangkat bro ni.

panggil je tan sri gani patail....dia pun tak de apa yg nak ditakutkan lagi

aku rasa madey akan naikkan balik sapa2 yang dipecat/direhatkan jibby
 
Betul Ka ni...apa2 pun... Siasat bbetul.....lantik Hadi awang sbg permahati... Kasi Telus
Rafizi pembantu Hadi awang
 
x panjang hayat jawatan peguam negara,con firm tun dah pk sape yg layak ganti tempat dia,btw rasanya sebelum raya kita akan ada peguam negara baru
 
Harap2 peguam negara, ketua pac dsb diberikan perlindungan.

Takut2 ada kemalangan sebelum mereka sempat menyanyi.
 
Dulu jilat lebih skrg jawab la.. klau salah prosuder kn buang pencen pun xdpt.baik letak jawatan awal2..
 
Back
Top
Log in Register