BTC USD 83,163.1 Gold USD 4,126.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Jawatankuasa pilih ahli PAC perlu dirombak, kata Rahman Dahlan

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdepan satu lagi kesukaran apabila seorang menteri Umno hari ini berkata ahlinya hanya boleh dilantik selepas jawatankuasa pemilihannya dirombak.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, langkah itu perlu dibuat ekoran bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Seri G Palanivel masih menganggotai jawatankuasa memilih ahli PAC baru itu.

"Ahli PAC perlu dicalonkan jawatankuasa pemilihan. Tetapi jawatankuasa itu juga berdepan masalah dengan perkembangan terbaru kini," kata menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu, hari ini.

"Palanivel duduk dalam jawatankuasa pemilihan, jadi bagaimana? Adakah beliau atau Subramaniam? Kita juga ada Muhyiddin, yang dulunya ketua whip Parlimen atas kapasitinya sebagai timbalan perdana menteri.

"Jawatankuasa pemilihan mesti dirombak berdasarkan keadaan dan faktor semasa. Jika tidak, tidak ada cara untuk melantik ahli PAC,"
katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. – 11 Ogos, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...ombak-kata-rahman-dahlan#sthash.GqPMgWYq.dpuf
 
kalau nak..seribu daya
kalau tak nak...mcm2 alasan
peraturan untuk menyenangkan
bukan untuk menyusahkan
sebab kita yang buat peraturan..
 
...makin lambat lah pac nk soal najib . Sepatutnya soal najib dulu barulah soal yg lain2 , baru lah temberang kencing najib terdedah awal dlm 1mdb ni.
 
Ketua audit serahkan laporan akhir 1MDB kepada PAC Disember ini

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan menyerahkan laporan akhir berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 17 Disember depan, kata Datuk Hasan Arifin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas selesai prosiding di Parlimen hari ini, pengerusi PAC itu berkata, mereka menyasarkan untuk melengkapkan siasatan penuh terhadap 1MDB pada Mac 2016.

"PAC dimaklumkan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB akan siap dan diserahkan kepada PAC untuk dibentangkan dijangka pada 17 Disember 2015.

"PAC menegaskan keutamaan jawatankuasa adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh ke atas 1MDB. Laporan lengkap untuk 1MDB disasarkan untuk siap pada Mac 2016,"
kata Hasan, dalam kenyataannya.

Prosiding pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB dijalankan PAC hari ini dengan memanggil mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, sekali lagi.

Shahrol sebelum ini dipanggil pertama kali menghadiri prosiding membabitkan 1MDB menghadap PAC minggu lepas.

"Shahrol memberikan kerjasama yang memuaskan dan menjawab segala soalan yang ditujukan kepadanya.

"Begitu juga semua ahli PAC berkesempatan bertanya soalan yang begitu memuaskan daripada segi semua aspek mengenai pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB,"
kata Hasan yang juga ahli Parlimen Rompin.

"Laporan awal terhadap 1MDB dan penerangan daripada ketua audit negara juga disampaikan."

Hasan dalam kenyataannya turut berkata, prosiding PAC berkenaan 1MDB akan diteruskan esok, dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan dipanggil menghadap jawatankuasa di bawah Parlimen itu.

"Siasatan ke atas 1MDB akan diteruskan esok dengan keterangan daripada Arul Kanda Kandasamy.

"Berikutan ini, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin akan memberikan keterangan kepada PAC selepas PAC mendengar Laporan Akhir Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB,"
katanya. – 30 November, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-kepada-pac-disember-ini#sthash.hP8nkCGV.dpuf
 
Kalau ada bukti sekalipun, boleh buat apa kat najib and the geng? :-?
 
Same mcm lembu sharizat...akhirnya, selamat...
 
Back
Top
Log in Register