BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Kelewatan penyerahan laporan Ketua Audit mengenai 1MDB kepada PAC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan menerima laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang dijadualkan Khamis ini.

Malaysiakini difahamkan kelewatan itu adalah atas permintaan dari Ketua Audit Negara.

PAC dijadual bermesyuarat pada hari Jumaat (18 Disember) di mana ia mungkin dapat memberi bayangan bila laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diserahkan kepada PAC.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Kami akan keluarkan kenyataan akhbar, mungkin esok atau Khamis," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Hasan telah berkata PAC akan menerima laporan pada 17 Disember

PAC telah menerima laporan awal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pada 9 Julai tetapi ia tidak akan didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan ke Parlimen.

Pendengaran PAC terhadap 1MDB terganggu apabila pengerusi ketika itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota PAC dari BN telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Selepas tiga bulan, Hasan, yang merupakan ahli Parlimen Rompin, telah dilantik sebagai pengerusi baru PAC dan kekosongan anggota jawatankuasa itu turut diisi.

Berikutan itu, PAC menyambung semula siasatan terhadap 1MDB yang bergelut untuk membayar balik hutangnya AS$11 bilion, di tengah-tengah dakwaan berlaku penyelewengan.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/323490
 
buang masa jelah

kena tangkap najib dulu , baru smua trburai
 
boleh percaya ker,ketua dia pun hasan cari makan...nampak sangat keputusan nanti tak memihak pada rakyat
 
_____________Kita minum dulu!
najibb.png
 
Jangan macam kes lembu kondo sudah la.. masuk court akhirnya didapati tidak bersalah. Buang duit, buang masa, buang tenaga. #-o
 
Dua ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibidas kerana mengeluarkan apa yang disifatkan sebagai kenyataan mengelirukan mengenai sesi jawatankuasa itu dengan seorang pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

Ahli PAC Datuk Liang Teck Meng berkata walaupun pengerusi jawatankuasa itu adalah satu-satunya individu yang layak memberikan kenyataan mengenai sesi PAC dan 1MDB, namun 2 ahli yang tidak dinamakan itu mengetepikan persefahaman yang dipersetujui bersama itu.

"Kerana sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan, 2 rakan saya dalam PAC mendapati mereka layak membuat kenyataan selepas sesi PAC semalam, yang mengelirukan dan bertujuan menimbulkan prejudis dalam kalangan orang ramai berhubung prosiding PAC.

"Nampaknya, orang berkenaan lebih berminat untuk mempolitikkan prosiding itu daripada mencari kebenaran tentang perkara yang kami siasat,"
kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dalam kenyataan hari ini.

Liang berkata beliau kecewa dan sedih dengan tingkah laku kedua-dua ahli PAC berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, adalah tidak benar presiden 1MDB Arul Kanda, yang menghadiri sesi itu semalam, tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

"Sepanjang sesi 3 jam semalam dan sesi 5 jam sebelum ini bersama Arul, hanya 1 soalan yang beliau pilih untuk tidak menjawabnya secara penuh kerana ia mempunyai kaitan dengan 1 dakwaan melalui media...mengenai perkara yang berkaitan dengan 1 pihak luar," katanya.

Liang berkata pemberian maklumat secara berpilih dan sebahagian sahaja 2 ahli PAC itu tidak memberi gambaran sebenar dan adil tentang apa yang berlaku semasa prosiding semalam.

"Pada pendapat saya, maklumat yang dikeluarkan secara terpilih itu dilakukan untuk mempolitikkan prosiding ini sekali lagi, dan sekali lagi mengelirukan orang ramai serta mewujudkan prejudis terhadap prosiding kami," katanya.

Sekiranya perbuatan tidak mengendahkan peraturan PAC dan sengaja mewujudkan prejudis terhadap prosiding jawatankuasa itu terus dilakukan dengan sewenang-wenangnya, Liang berkata tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan itu.

"Malah, pertimbangan patut dibuat untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya. – Bernama, 19 Disember, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...kenyataan-prosiding-1mdb#sthash.ZBYY2anV.dpuf
 
Tony Pua nafi dedah maklumat sulit 1MDB PAC

Ahli Parlimen DAP dan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua, pengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengatakan beliau tidak pernah melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dengan mendedahkan maklumat sulit jawatankuasa itu.

Menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng semalam berhubung kenyataan berat sebelahnya terhadap 1MDB, Pua berkata walaupun bekas Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed bersikap terbuka namun beliau masih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan itu berkata, Peraturan Mesyuarat mengatakan maklumat diberikan pihak-pihak yang mengambil bahagian dengan PAC tidak dibenarkan untuk didedahkan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

"Bagaimanapun, tidak ada satu peruntukan, yang menyatakan ahli PAC tidak boleh bercakap mengenai isu itu dengan maklumat yang sudah diketahui umum.

"Saya pernah bercakap sebelum ini mengenai Pusat Fidlot Nasional, klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan skandal 1MDB walaupun PAC menyiasat mereka tanpa sebarang isu.

"Itu sebabnya saya tidak pernah melanggar Peraturan Mesyuarat dengan mendedahkan maklumat sulit PAC.

"Kenyataan terkini saya tidak berbeza apabila mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana mendakwa skandal 1MDB sudah selesai, apabila ia masih belum selesai,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, berkata pengumuman jualan tanah Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium dari China baru-baru ini merupakan satu bailout tidak langsung kerajaan persekutuan.

Katanya, Putrajaya, menjual bekas pangkalan udara Sungai Besi kepada 1MDB hanya dengan RM1.6 bilion pada 2012 dan 1MDB kemudiannya menjual 60% kepentingan Bandar Malaysia pada nilai RM7.4 bilion, mengaut keuntungan yang besar untuk membayar sebahagian daripada hutang besar syarikat itu.

"Oleh itu, 1MDB masih hidup hari ini kerana pembayar cukai dan dana berkaitan kerajaan menyelamatkan syarikat itu.

"Saya ingin bertanya kepada Liang, apa yang salah bagi saya 'mendedahkan dalang di sebalik penipuan berbilion ringgit di belakang 1MDB yang menyebabkan kerugian berpuluh-puluh bilion ringgit wang pembayar cukai?"


Pua juga menanyakan Liang sama ada beliau hanya berminat untuk "menutup keseluruhan skandal" itu. – 4 Januari, 2016.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-maklumat-sulit-1mdb-pac#sthash.EFxOOJzD.dpuf
 
dh la..ending die najib razak hero..huhuhu...smua da tau ending die..ahahahha
 
Jangan macam kes lembu kondo sudah la.. masuk court akhirnya didapati tidak bersalah. Buang duit, buang masa, buang tenaga. #-o

Kita lihat sudut positif. Rakyat yg waras akan sedar & membuka mata & diharapkan tidak lagi memilih penyangak2 pengkhianat bangsa negara sebagai pemimpin.
 
Pua terkejut PAC akhiri prosiding 1MDB selepas 2 saksi minggu depan

Keputusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengakhiri siasatan ke atas syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas memanggil 2 lagi saksi bulan ini mengejutkan ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Beliau yang juga ahli PAC itu berkata hari ini, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini.

"Saya terkejut dengan pengumuman Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin kepada media," katanya merujuk laporan berita yang PAC akan memanggil 2 saksi terakhir pada 11 dan 12 Februari.

Mereka ialah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Pua mengakui, memang dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas untuk memanggil Shahrol dan Bakke pada tarikh itu.

"Bagaimanapun, tidak pernah diputuskan tidak akan ada lagi saksi yang dipanggil sebagai sebahagian daripada siasatan PAC ke dalam skandal 1MDB," kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat beberapa pihak lain yang dianggap "amat relevan dengan siasatan" dan perlu disoal kerana "pengetahuan mendalam" mereka mengenai aktiviti yang dijalankan 1MDB.

"Mereka yang harus dipanggil termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman," katanya.

Beliau berkata, penting bagi PAC mendengar secara langsung daripada Zeti dan pegawai Bank Negara lain kerana bank pusat itu membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

Sementara itu, keterangan Hazem juga penting kerana beliau merupakan CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015.

"Semasa pentadbirannya, bon bernilai AS$3 bilion diterbitkan melalui Goldman Sachs untuk usaha sama dengan Aabar Investment PJS milik Abu Dhabi pada Mac 2013.

"Bagaimanapun, usaha sama itu tidak menjadi, separuh daripada hasil bon yang diterbitkan digunakan dan bakinya dilaburkan dalam dana pelaburan yang tidak didedahkan di luar negara,"
katanya.

Selain itu, beliau berkata Hazem didakwa bertanggungjawab ke atas pembelian tanah bermasalah di Pulau Pinang berharga RM1.2 bilion dan kegagalan tawaran awam permulaan (IPO) cabang tenaga 1MDB.

Pua menambah, di bawah bekas pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini, PAC juga secara rasmi meminta Kementerian Kewangan memastikan kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dan Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. – 7 Februari, 2016.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...pas-2-saksi-minggu-depan#sthash.yRi13zK0.dpuf
 
Back
Top
Log in Register