BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Arahkan Deloitte audit 1MDB sekarang, PAC beritahu kementerian

Kementerian Kewangan hendaklah segera mengarahkan juruaudit antarabangsa Deloitte menyemak akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dana pelaburan negara yang bermasalah itu perlu diaudit "sesegera mungkin", walaupun Putrajaya semalam berkata ia tidak akan berbuat demikian kerana ketua audit negara ketika ini menjalankan auditnya atas akaun 1MDB.

"Apabila kami tanya Deloitte, mereka kata mereka tidak menerima surat pelantikan. Oleh itu, kami menganggap mereka belum dilantik.

"Jika surat itu masih belum dikeluarkan, sila keluarkan. Malah, 1MDB sepatutnya mengikut piawaian yang lebih ketat daripada syarikat lain yang disenaraikan di Bursa Malaysia,"
kata Nur Jazlan pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata, syarikat lain perlu mengemukakan akaun mereka kira-kira tiga atau empat bulan selepas tahun kewangan berakhir, tetapi audit 1MDB masih belum bermula walaupun tahun kewangannya berakhir tiga bulan yang lalu. – 16 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...pac-beritahu-kementerian#sthash.oqc72aBG.dpuf
 
PAC tegur 1MDB diaudit akhir sekali

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw menyanggah Kementerian Kewangan bahawa audit 1MDB belum dibuat kerana proses sama terhadap anak syarikatnya Edra Global Energy belum selesai.

Tan berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa syarikat induk 1MDB akan diaudit akhir sekali oleh firma Deloitte.

“Proses audit sepatutnya bermula dengan syarikat syarikat pemegangan dahulu.

"Prosedurnya salah,”
katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Husni semalam berkata Deloitte sedang melaksanakan audit akaun 1MDB secara berperingkat bermula dengan aset tenaganya Edra Global Energy.

Husni berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat bawahnya dan memandangkan ia sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

Jelaskany, Edra yang mempunyai 13 syarikat diaudit terlebih dahulu sebelum diikuti syarikat hartanah dan syarikat-syarikat pegangan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kementerian Kewangan sepatutnya mengarahkan audit 1MDB secepat mungkin.

Katanya, syarikat awam tersenarai juga menyiapkan auditnya di penghujung tahun sebelum tarikh akhir tahun kewangan ditetapkan.

Justeru, kata anggota parlimen Pulau itu, syarikat berkaitan kerajaan patut mengikutinya dan malah lebih ketat lagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/302059
 
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw menyanggah Kementerian Kewangan bahawa audit 1MDB belum dibuat kerana proses sama terhadap anak syarikatnya Edra Global Energy belum selesai.

Tan berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa syarikat induk 1MDB akan diaudit akhir sekali oleh firma Deloitte.

“Proses audit sepatutnya bermula dengan syarikat syarikat pemegangan dahulu.

"Prosedurnya salah,”
katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Husni semalam berkata Deloitte sedang melaksanakan audit akaun 1MDB secara berperingkat bermula dengan aset tenaganya Edra Global Energy.

Husni berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat bawahnya dan memandangkan ia sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

Jelaskany, Edra yang mempunyai 13 syarikat diaudit terlebih dahulu sebelum diikuti syarikat hartanah dan syarikat-syarikat pegangan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kementerian Kewangan sepatutnya mengarahkan audit 1MDB secepat mungkin.

Katanya, syarikat awam tersenarai juga menyiapkan auditnya di penghujung tahun sebelum tarikh akhir tahun kewangan ditetapkan.

Justeru, kata anggota parlimen Pulau itu, syarikat berkaitan kerajaan patut mengikutinya dan malah lebih ketat lagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/302059

tq bro, aku suka follow thread ko sbb ko bagi fakta dan update latest info... sorang lagi strom...mana ntah brader tu pergi...
 
tq bro, aku suka follow thread ko sbb ko bagi fakta dan update latest info... sorang lagi strom...mana ntah brader tu pergi...

Terima kasih.

:)cgrock

Bro strom sudah kembali, dia ada update thread MH370 haritu dan buka beberapa thread dengan infografik menarik.
 
PAC temui maklumat baharu, bekas CEO 1MDB akan turut dipanggil

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan akan memanggil seorang lagi bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman ke sesi prosiding siasatan berkaitan syarikat kontroversi tersebut Ogos ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan memanggil bekas bos 1MDB sebelum beliau digantikan Arul Kanda Kandasamy ekoran penemuan maklumat baharu yang didedahkan semasa sesi prosiding melibatkan firma audit, KPMG yang diadakan hari ini.

"Kami memutuskan akan memanggil Hazem selepas kami mendapat maklumat baharu dalam prosiding hari ini," kata Nur Jazlan pada sidang media di Parlimen hari ini, selepas prosiding bersama dengan KPMG dan Kementerian Kewangan.

Nur Jazlan, bagaimanapun, tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai penemuan baharu itu, sebaliknya mengatakan Hazem akan dipanggil ke prosiding yang akan diadakan secara berasingan dengan Arul dan bekas CEO, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Hazem merupakan CEO selepas Shahrol sebelum tempatnya digantikan Arul pada Januari lalu.

Nur Jazlan berkata surat sudah dihantar kepada ketiga-tiga individu. Shahrol akan memberi keterangan pada 4 Ogos, disusuli Arul pada 5 Ogos dan Hazem pada 6 Ogos.

Hanya surat kepada Hazem belum dihantar PAC bagi menjemputnya menghadiri prosiding, kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata ketiga-tiga mereka kini tidak lagi mempunyai alasan tidak hadir ke prosiding PAC kerana surat sudah dihantar awal beberapa minggu kepada mereka.

"Mereka tidak ada lagi alasan untuk tidak hadir kerana sudah menghantar surat awal kepada mereka," katanya. - 17 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...mdb-akan-turut-dipanggil#sthash.b7NczsY7.dpuf
 
Khidmat KPMG, EY terhadap 1MDB ditamatkan, pegawai audit beritahu PAC

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah menamatkan khidmat juruaudit KPMG ketika pengauditan terhadap akaun syarikat milik penuh kerajaan itu, demikian menurut Jawatan Kuasa Kira-KiraWang Negara (PAC) hari ini.

Khidmat Juruaudit Ernst & Young juga ditamatkan selepas menjalankan pengauditan pada 2010 ke atas syarikat itu yang mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion.

Pegawai daripada firma audit antarabangsa itu memberitahu jawatankuasa berkenaan yang sedang menjalankan sesi pendengaran terhadap 1MDB hari ini.

Namun, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mereka tidak tahu mengapa juruaudit berkenaan ditamatkan.

"Pada Disember 2013, 1MDB menamatkan khidmat KPMG. Jadi, kita bertanya kepada mereka mengapa khidmat mereka ditamatkan pada 2013," kata pengerusi PAC itu kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini.

Apabila ditanya mengapa KPMG ditamatkan khidmatnya, Nur Jazlan berkata, "ia adalah hak syarikat itu untuk menamatkan perkhidmatan mereka."

"Mereka hanya berkata khidmat mereka ditamatkan. Kami perlu meminta penjelasan daripada pihak pengurusan," kata Nur Jazlan.

"Mereka memberitahu kepada kami bahawa mereka mengambil alih daripada Ernst & Young selepas khidmat Ernst & Young ditamatkan sebagai juruaudit 1MDB pada tahun 2010."

Kekerapan 1MDB menukar juruaudit dilihat sebagai satu kebimbangan. Ketika ini, buku kira-kira syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 masih belum diaudit.

Ini menyebabkan PAC semalam menggesa Putrajaya supaya melantik semula juruaudit Deloitte dengan kadar segera bagi menyemak buku kira-kira syarikat itu.

Kerajaan sebelum ini berkata, pengauditan itu ditangguhkan kerana Ketua Audit Negara sedang meneliti akaun 1MDB.

Jabatan Audit negara akan membentangkan laporan awal kepada Parlimen awal bulan ini, dan siasatan yang dijalankan adalah berasingan daripada apa yang dilakukan PAC. – 17 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...gawai-audit-beritahu-pac#sthash.1sQx2clp.dpuf
 
Aku suke PAC yg dulu...mane2 kementerian yg boros,xde cover line..
 
Tiada gunanya buru 1MDB jika PAC tiada taring

"Sekarang kami ada lebih banyak maklumat dari Deloitte, dari KPMG. Mereka harus lebih bimbang bahawa kami kini mempunyai lebih banyak maklumat, dan disahkan oleh juruaudit mereka sendiri."

Inilah kata-kata yang dilaporkan telah diucapkan oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Nur Jazlan Mohamad yang diarahkan kepada pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua eksekutifnya Shahrol Halmi.

Nur Jazlan berkata sedemikian kepada pemberita mengenai tarikh baru kedua-duanya akan dipanggil pada bulan Ogos, selepas mereka tidak menghadiri pertemuan pertama mereka awal bulan ini.

Beliau juga sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada pasangan 1MDB ini kerana tidak menghadiri pertemuan-pertemuan sebelumnya dengan kata-kata yang sama-sama tidak menyenangkan, mengisyaratkan mengenai kuasa untuk menghukum mereka yang gagal untuk menjawab panggilan itu.

Tetapi walaupun dengan adanya amaran-amaran itu, "maklumat lanjut" dari firma audit dan kemungkinan lebih banyak penemuan PAC dalam skandal 1MDB, adakah jawatankuasa itu sebenarnya mempunyai taring atau keberanian untuk menggunakannya?

Bolehkah penemuan PAC benar-benar digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana awam, apatah lagi menghentikan kejadian itu daripada berlaku lagi pada masa akan datang?

Ia kelihatan agak mencabar, jika dilihat dari laporan-laporan PAC mengenai penemuan terhadap penyelewengan dana dan projek awam yang lain.

Sila lihat penemuannya ke atas Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan yang dilaporkan menjadi alat menyembunyikan perbelanjaan yang tidak termasuk dalam bajet.


PAC mendapati yang PFI membenarkan kerajaan untuk membuat pinjaman yang tidak tersenarai dalam bajet yang tidak kelihatan sebagai tanggungan kerajaan, mengubah kadar defisit, kadar hutang dan keluaran dalam negara kasar Malaysia.

"Perbelanjaan luar bajet boleh menimbulkan keraguan terhadap perangkaan yang dikeluarkan dalam bajet dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar kewangan kerajaan, termasuk liabiliti kontingen, defisit dan hutangnya," jelas laporan itu.

Tetapi di sebalik penemuan serius ini, PAC hanya mengsyorkan supaya PFI atau peruntukan dan perbelanjaan yang sama dibentangkan dan diluluskan di Parlimen secara telus.

Walaupun ini adalah baik, tiada apa yang dikatakan mengenai usaha mendakwa pihak-pihak yang bertanggungjawab bermain-main dengan akaun negara kita.

Tindakan menyembunyikan kewangan melalui muslihat perakaunan harus menjadi kesalahan jenayah dan mendapat hukuman yang berat, bukan hanya nasihat.


Begitu juga apabila PAC mendapati bahawa terdapat konflik kepentingan dalam penganugerahan kontrak Express Rail Link (ERL) bernilai RM 100 juta, kerana pemegang saham firma pemberi kontrak dan kontraktornya adalah dari pihak yang sama, tiada apa yang disebut tentang usaha menghukum mereka yang bertanggungjawab.

"Terdapat percanggahan kepentingan dalam pemberian tender yang dilakukan secara rundingan terus dengan kontraktor, kerana pemegang saham kontraktor utama dan pemegang saham utama ERL adalah dari pihak yang sama," menurut PAC.

Tetapi cadangannya hanyalah supaya Jabatan Audit Negara menjalankan audit ke atas kawasan pembangunan KLIA, untuk memastikan konsesi yang diberikan kepada MAHB tidak membebankan kerajaan dan rakyat.

PAC turut menggesa kerajaan untuk mengikuti peraturan-peraturan sendiri mengenai perolehan, serta menjalankan kajian menyeluruh mengenai cara untuk mengelakkan konflik kepentingan dalam perolehan di masa depan.

Respons ini agak lemah, kerana adalah jelas bahawa peraturan kerajaan telah dilanggar, dan juga undang-undang anti-monopoli.

Dalam kedua-dua kes, ia kelihatan seperti apa yang PAC lakukan hanyalah memberikan mereka yang terlibat hukuman yang ringan, jika dilihat dari beratnya kesalahan itu.


Jadi adakah PAC hanyalah akauntan yang tidak ada gunanya selain hanya memeriksa akaun anda dan memberikan nasihat, walaupun Parlimen dan pengundi mempercayainya?

Dengan penemuan ini sebagai penanda arasnya, kita pasti tertanya-tanya jika PAC akan melakukan sesuatu untuk membendung arus penyalahgunaan ini, apatah lagi menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Apa gunanya PAC jika ianya tidak bertaring?

Jika ini adalah caranya PAC beroperasi, maka apa yang kita boleh berharap dalam hal 1MDB ialah ia akan bertindak lebih dari sekadar meminta kerajaan bersikap telus dalam penggunaan wang rakyat dalam 'alat pelaburan', dan menjalankan kajian mengenai ketidakwajaran tindakan menyalahgunakan wang cukai.

Apa yang diperlukan ialah penguatkuasaan tegas terhadap pelakunya, tidak kira siapa mereka atau jawatan kerajaan yang mereka pegang.


Tetapi itu akan bergantung kepada sama ada PAC – dan Parlimen yang memberinya kuasa – mempunyai inisiatif untuk meneruskan reformasi yang amat diperlukan.

Sumber: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Tiada-gunanya-buru-1MDB-jika-PAC-tiada-taring#sthash.zCPxf8Jw.dpuf
 
Back
Top
Log in Register