BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Prosiding PAC harus terbuka kepada umum, kata DAP

Sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) harus diadakan secara terbuka kepada umum, kata DAP hari ini, mengatakan ia selaras dengan amalan tiga perempat negara Komanwel.

Ketua Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata pengecualian mungkin boleh dibuat ketika membincangkan hal keselamatan negara yang sensitif, tetapi prosiding mengenai isu yang memberi kesan kepada orang ramai, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), 1BestariNet, National Feedlot Corporation dan klia2 harus terbuka kepada umum.

Katanya, penelitian awam terhadap prosiding itu akan memastikan ahli PAC yang dilantik menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh.

Pua juga mencadangkan PAC dipengerusikan ahli Parlimen pembangkang, menyatakan ia juga diamalkan di 67% daripada negara Komanwel.

Katanya, beberapa daripada negara itu mengamalkan kaedah tersebut sebagai satu konvensyen manakala yang lain menyatakannya dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen atau undang-undang.

Beliau berkata, bagi Parlimen Malaysia bagaimanapun, konvensyennya mengikut sejarah ialah Barisan Nasional (BN) memilih seorang daripada ahlinya mempengerusikan jawatankuasa itu walaupun pihak pembangkang sering menggesa mereka menerima pakai amalan terbaik global itu.

"Nampaknya, walaupun kerajaan BN suka memetik amalan global sebagai alasan menerima pakai dasar seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi apabila mengenai isu berkaitan norma demokratik, ia memilih untuk menutup sebelah mata," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebab utama amalan global itu harus diterima pakai ialah bagi memastikan wujud lebih penelitian terhadap perbelanjaan kerajaan, sambil menambah tidak ada sebab pendengaran PAC diadakan secara tertutup apabila prosiding Parlimen terbuka kepada orang ramai.

"Secara semula jadinya, dan tidak dapat tidak, seorang wakil rakyat daripada parti pemerintah akan dibebani konflik kepentingan kerana tidak mahu memburukkan imej parti pemerintah.

"Sebaliknya, PAC dipengerusikan seorang ahli pembangkang akan memberikan 'check and balance' yang diperlukan jawatankuasa itu di mana majoriti ahlinya daripada parti pemerintah,"
katanya.

Pua berkata, perubahan ini sejajar dengan usaha pembaharuan Parlimen yang dicadangkan Speaker Dewan Rakyat, sambil menggesa jawatankuasa Dewan itu menggunakannya ketika sidang bermula kembali esok.

"Ini bagi memastikan kita menjadi sebuah Parlimen bertaraf antarabangsa yang sebenar, dan bukan 'rubber stamp', di mana hak demokrasi rakyat Malaysia ditindas oleh eksekutif yang merosakkan kesucian dan peranan Parlimen," katanya. – 7 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...uka-kepada-umum-kata-dap#sthash.IV0a1Ny5.dpuf
 
Perkasa pula nak masuk campur. Semak je
 
Manakala bekas PM Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blog beliau bahawa jika 1MDB mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dananya tidak hilang, ia mestilah menunjukkan wang sebenar dan bukan “unit”, yang mana dana itu mendakwa aset dalam bentuk wang mereka disimpan di Singapura.

Sentimen Mahathir diulangi oleh timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen Tan Seng Giaw.

“PAC mahu bukti kukuh, terutamanya dari mana datangnya wang itu, siapa yang meluluskannya dan ke mana wang itu pergi,”
Tan dilaporkan berkata, menambah bahawa jika infografik yang dihantar kepada media dihantar kepada jawatankuasa itu, ianya akan ditolak kerana tidak lengkap.

Sumber: http://bm.theantdaily.com/Terkini/1...semula-plot-siri-TV-Lost#sthash.kD8LVMwN.dpuf
 
Dr M tiada kaitan 1MDB, tidak perlu dipanggil PAC, kata Khairy

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu dipanggil menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana beliau tidak ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mengulas saranan Datuk Saifuddin Abdullah semalam, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno itu berkata, sesiapa yang dipanggil menghadap prosiding tersebut mesti ada kaitan dengan 1MDB.

"Sesiapa yang dipanggil mestilah ada kaitan dengan isu prosiding. Contohnya, cadangan nak panggil Dr Mahathir. Dr Mahathir tak ada kena mengena dengan 1MDB.

"Jadi, dalam PAC, mereka hanya dapat panggil sesiapa yang terlibat dengan 1MDB,"
katanya pada acara 'Art of Speed' di Maeps, Serdang hari ini.

Semalam, Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata, kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir harus tampil pada sesi pendengaran PAC mengenai 1MDB yang boleh disiarkan secara langsung.

Katanya, prosiding PAC jalan terbaik menjawab persoalan yang membelenggu syarikat tersebut dan ia boleh disiarkan secara langsung di kaca televisyen kerana rakyat juga mahu mendengar jawapan kepada perkara yang dibangkitkan.

Khairy berkata, tiada pihak ketiga yang dapat menyelesaikan krisis syarikat yang dibebani hutang itu dan berpendapat, sekiranya melibatkan Dr Mahathir dan Najib, lebih baik ia diadakan antara mereka berdua sahaja.

"Tidak ada pihak ketiga yang boleh selesaikan kemelut ini. Saya rasa, kalau nak adakan perbincangan antara Dr Mahathir dan Najib, mereka boleh buat secara empat mata, tak perlu ada pihak ketiga."

Mengulas lanjut cadangan Saifuddin supaya prosiding itu disiarkan di televisyen, beliau berkata, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pernah mencadangkan televisyen menyiarkan secara langsung atau rakaman prosiding PAC.

"Pihak kerajaan tidak ada masalah. Daripada dulu pun, Saifuddin ada cadangkan. Shabery pun dah lama cadangkan di TV.

"Tetapi keputusannya ada pada Yang diPertua Dewan Rakyat. Yang diPertua kena setuju. Kalau tak, kita tak boleh buat, sebab ia di bawah Parlimen,"
katanya. – 7 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...dipanggil-pac-kata-khary#sthash.C7TuvzvS.dpuf
 
Key point person ramai yg xde ke... Kalo xcukup eviden camana pula..kot2 org bleh burn down all evidence
 
Siaran Langsung PAC: Jangan berat sebelah - BNBBC

KUALA LUMPUR: “Lihat Parlimen sebagai sebuah institusi dan bukan hanya kepada sesuatu isu sahaja”.

Itu pandangan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berhubung cadangan siaran langsung prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita tidak boleh kata kita pilih isu sebagainya... kita kena melihat Parlimen sebagai institusi, bukan isu yang menjadi minat pada satu-satu masa.

“Sebab itu kalau kita terima hakikat Parlimen sebagai institusi, satu peraturan harus jelas dan diputuskan,”
ujar Shahrir ketika ditemubual Astro Awani.

Bagaimanapun, Shahrir berpandangan keputusan untuk membenarkan atau tidak siaran langsung tersebut adalah terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat.

Katanya, speaker boleh melihat cadangan ini bersekali dengan reformasi atau penambahbaikan Parlimen.

Tambah Shahrir, ada negara-negara luar membenarkan liputan media dan televisyen bagi Jawatankuasa Kerja Parlimen melaporkan tugas mereka yang mengamalkan sistem Parlimen seperti Malaysia.

Bagaimanapun katanya, perbahasan atau soal jawab di dalam dewan berbeza dengan cara kerja sesebuah Jawatankuasa Parlimen termasuk PAC.

“Kita kena ingat perbezaan antara soal jawab, perbahasan dalam Dewan Rakyat yang agak berbeza daripada cara kerja sesebuah jawatankuasa pilihan atau jawatankuasa tetap,” kata Shahrir.

Justeru, Shahrir berpandangan perkara tersebut perlu diserahkan kepada Speaker yang dalam proses melakukan penambahbaikan peranan Parlimen.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siaran-langsung-pac-jangan-berat-sebelah-bnbbc-61926?cp
 
Saya tidak dibayar imbuhan di 1MDB, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai lembaga penasihat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) tidak dibayar apa-apa gaji bagi jawatannya dalam syarikat sarat hutang itu.

Dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), Najib yang juga perdana menteri dan menteri kewangan berkata, lembaga penasihat hanya bertemu 2 kali.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jika ia adalah dalam tempoh 5 tahun atau setiap tahun.

"Pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak dibayar apa-apa ganjaran tahunan atau mengambil apa-apa bayaran, ganjaran atau faedah," katanya.

Dr Ko bertanya berapa kali Najib menghadiri mesyuarat 1MDB setiap tahun dan jumlah imbuhan tahunan yang diterimanya.

Beliau juga bertanya berapa kali lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu bermesyuarat dalam tempoh 5 tahun lalu.

Dalam jawapannya, Najib berkata lembaga 1MDB pengarah bertemu 72 kali dalam tempoh 5 tahun lalu.

Ia bermesyuarat sebanyak 11 kali pada 2009, 16 kali pada 2010, 2011 (13) 2012 (10), 2013 (8) dan 14 kali tahun lepas.

Kritikan menyerang syarikat pelaburan Kementerian Kewangan ditubuhkan pada 2009, yang mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion, yang disokong Putrajaya.

Pemerhatian teliti semakin meningkat berikutan pendedahan baru-baru ini oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report, yang memberi tekanan kepada Najib dan mendorong ahli-ahli politik pembangkang, bekas dan pemimpin Umno semasa termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta badan-badan anti-rasuah untuk menuntut siasatan menyeluruh ke atas dana.

Peguam negara kini sedang meneliti rekod 1MDB, dengan laporan awal dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada Jun, manakala Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan terhadap syarikat itu 2 minggu lalu. – 9 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...buhan-di-1mdb-kata-najib#sthash.wfDHnOZV.dpuf
 
ndak lari ke najib..
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak sebagai penyandang Menteri Kewangan paling bod.oh dalam sejarah Malaysia berikutan kegagalan pengurusan syarikat kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kegagalan Najib menjawab soalan-soalan berkenaan 1MDB juga sebagai seorang Menteri Kewangan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

http://www.youtube.com/watch?v=m6-tS9yLwWQ
 
Back
Top
Log in Register