tyco
Active+ Member

- Messages
- 4,115
- Joined
- Sep 16, 2010
- Messages
- 4,115
- Reaction score
- 1,680
- Points
- 111
saya ada membaca akhbar metro hari ini,dengan pendapat yang diutarakan oleh ulama mesir Yassir al-Burhami mengenai kematian osama bin laden yang dianggap syahid.. Jika benarlah apa yang diperkatakan oleh beliau ini , Innalillah kita ucapkan kepada as-Syahid Osama bin Laden ,sebagaimana yang telah disahkan sendiri oleh wakil jurucakap al-Qaeda mengenai kematian pemimpin teraju utama mereka itu dalam serangan kilat selama 40 minit oleh unit komando Amerika di Pakistan awal pagi Isnin yang jatuh pada 2 may 2011 yang lalu. Ujian asid deosirikbonukleik ( DNA ) mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan.
Sejurus kematian Osama disahkan , pemimpin amerika, Presiden Barack Obama dengan begitu angkuhnya mengumumkan dengan katanya
“Pada malam ini, saya ingin melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia bahawa anggota kami dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa “
“Kematian itu adalah merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha anggota kami menentang jaringan Al-Qaeda. saya juga mahu menegaskan bahawa tentera tentera kami tidak akan berperang menentang Islam, namun dia (osama bin laden) bukanlah seorang pemimpin Muslim yang sejati. beribu ribu nyawa telah terkorban atas kepemimpinannya.”
Jelaslah, kejayaan membunuh Osama adalah suatu agenda kejayaan politik yang cukup bermakna bagi Obama memandangkan pilihanraya Presiden Amerika akan menjelang tidak lama lagi.
Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan. Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS.
Sebelum ini, memang tidak kita nafikan,bagaimana kita telah mendengar banyak cerita dan berita mengenai Osama ini..pelbagai sumber ada mengatakan watak Osama ini hanya suatu rekaan Amerika untuk menggambarkan yang Islam itu sebagai ‘ terrorist ‘ dan sebagainya. Kita juga ada menonton sebuah dokumentari ‘ The Arrivals ‘ yang banyak diupload melalui laman youtube yang memaparkan watak Osama ini tidak wujud pun sebenarnya tetapi hanya ‘ diikonkan ‘ sendiri oleh Amerika.
Kenapa saya berkata demikian ? marilah kita sama sama perhatikan betul-betul watak Osama ini kalau betul hanya rekaan :
- Kalau watak Osama itu hanya rekaan, kenapa Mujahidin-mujahidin Islam seluruh dunia tidak pernah ada yang tampil membenarkan fakta itu
- Pertubuhan-pertubuhan mujahidin Islam ada yang mendakwa pernah duduk makan sekali dengan Osama, selain merancang strategi peperangan, so
- Kenapa Amerika pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat mengenai Osama ?
- Kenapa Amerika dikatakan ingin menguburkan jenazah Osama di laut ? Adakah meraka takut tembelang penipuan tentang watak Osama yang diikonkan mereka selama ini pecah diselongkar media ?
Ok, kalau watak Osama ini dikatakan benar-benar wujud :
- Kenapa begitu payah dan lama untuk Amerika mengesan kesan Osama sedangkan teknologi Amerika adalah antara yang termaju di dunia? Sebab jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.
- Kenapa sampai dua kali Amerika mendakwa telah berjaya membunuh Osama ? Nampak macam rekaan bukan ?
Baiklah, berdasarkan persoalan-persoalan yang saya timbulkan, saya tidak berani mengatakan sumber yang mana betul dan yang mana salah ( mengenai watak Osama ). Tapi bagi saya, merujuk dengan dakwaan Mujahidin tentang kewujudan Osama kerana ia boleh dipercayai ditambah pula dengan kenyataan terbaru jurucakap khas al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan, awal pagi hari ini ( 3 Mei 2011 ) yang menyatakan Osama telah meninggal dunia dalam serangan tersebut. Wallahu’allam.
Namun perjuangannya dalam menjadi Mujahidin Islam tidak berkubur di situ, malah semakin melonjak sehingga beliau dipanggil ALLAH Ahad lalu(jika benar).
setelah pakar pakar sains barat membuat kajian DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga nya yang lain dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati sukar bagi sesebuah negara untuk menerima jenazah Osama. Ada juga spekulasi kebimbangan sekiranya kawasan kubur osama bakal menjadi tumpuan militan.
Namun, cadangan mereka itu ditentang para ulama dan cendikiawan Islam seantero dunia. Ulama menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam kepada Amerika Syarikat.
Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai penghinaan kerana tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat. Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal.
Sejurus selepas itu, bagi mengelakkan ketegangan, Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama akan dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian. Wallahu’allam. Saya berharap agar jenazah Osama akan dikebumikan mengikut cara Islam sebagai seorang syuhada.
Saya juga merasa kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia, dalam salah satu paparan akbar :
” Saya berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini ( Isnin ) dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat “
Apalah jumudnya Menteri ini sehingga membuat kenyataan seperti itu ?
Bagi saya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia itu seolah-olah telah mengiktiraf yang Islam itu ‘ terroris ‘ !!!
Sayang seribu kali sayang, lelaki yang bergelar menteri dan mengaku Islam itu tidak langsung menggambarkan tentang agamanya apabila mengucapkan kata-kata sedemikian rupa. Dia langsung tidak memikirkan tentang perasaan umat Islam dan Mujahidin Islam yang selama ini telah berjuang bermati-matian memartabatkan Islam di dunia bagi menentang musuh utama Islam ( Amerika & Israel ).
Ketika mendengar melihat kenyataannya di sebuah stesenTV swasta pagi tadi, saya seolah-olah tergamam kerana tidak percaya bahawa kenyataan itu keluar dari mulut salah seorang yang mengaku Muslim dan seorang berpangkat menteri di Kabinet Malaysia.
Timbul persoalan saya :
- Adakah menteri ini nak menjaga air muka negara di mata Amerika & Israel ?
- Adakah menteri ini nak jaga hubungan dan periuk nasi negara dengan Amerika dan Israel ?
- bagaimana pula dengan tindakan Amerika dan Yahudi yang berterusan membunuh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Checnya, Bosnia, Lubnan, Kosovo dan sebagainya. Kenapa mereka tidak pula dilabelkan sebagai pengganas oleh menteri ini ?
Dan banyak lagilah persoalan yang timbul sebenarnya.
Jika menteri ini kata yang kematian Osama itu akan membawa kepada kemanan sejagat, bolehkah dia menjamin selepas ini Amerika dan Israel tidak akan mengganggu lagi Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh negara-negara Arab yang lain ?
Jawapannya comfirm tidak….of course not…sebabnya ???
- Sebab pertama dia hanya berjawatan tinggi dan lantang bersuara di sebuah negara kecil( Malaysia ) tetapi menjadi manusia biasa dan lebih pengecut daripada manusia biasa( barangkali ) ketika berada di luar negara. Saya tidak berniat memasukkan unsur politik, tetapi kenyataan menteri ini benar-benar memanaskan darah saya dan mungkin anda !
- Sebab kedua ialah kerana pengganas dunia sebenarnya adalah Amerika dan Yahudi. Buktinya dengan penjajahan demi penjajahan yang dilakukan mereka di sepanjang jazirah Arab sejak berkurun lamanya selain pembunuhan berjuta-juta umat Islam di seantero dunia.
Kehancuran menanti AS dan Yahudi
Jurucakap al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan dalam satu kenyataannya awal pagi hari ini menyatakan :
“ Kami telah kehilangan Osama. Namun semangat perjuangan akan diteruskan sehingga Islam mencapai kemenangan. Tindakan Amerika yang membunuh pemimpin kami akan kami balas dengan segera. Tunggulah balasan dari ALLAH dan umat Islam kerana pemimpin baru akan muncul bagi menggantikan Osama !!! “
Mendengar kenyataan bersemangat Ahsanullah tersebut, saya cukup yakin yang Mujahidin Islam seluruh dunia akan bangkit menuntut bela kematian Osama. Yakinlah pembaca sekalian, kematian Osama tersebut tidak akan mematikan semangat juang mereka, tetapi telah melonjakkan kembali semangat juang fisabilillah !!!
Tuntasnya
Kebangkitan Islam sudah kita lihat cukup membara sejak akhir-akhir ini. Pemimpin-pemimpin berfikiran sekular di negara-negara Islam telah ‘ dijatuhkan ‘ ALLAH satu persatu. Ditambah pula dengan kematian Osama ini, saya sangat yakin yang nasib Amerika dan Yahudi sudah seperti ‘ nyawa-nyawa ikan ‘ Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas para mujahid dan mujahidah Islam. Amin.
Wallahu’allam...