sepalola2008
Active+ Member
- Messages
- 3,212
- Joined
- Feb 8, 2008
- Messages
- 3,212
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Dipetik dari email,kalo dah ada delete lah tuan mod!
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang,kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihaan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,"kata seorang kakak berterus-terang.
"mengapa?"balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu.Saya terseksa bekerja secara ikhlas disini.Tidak pernah dihargai,tidak ada ganjaran yang wajar.Saya bukannya orang yang bermuka-muka.Tidak pandai saya nak ampu-ampu orang atas,fokus saya kepada kerja sahaja."
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior.Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut.Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.Enam bulan lagi dia akan bersara.Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri telah digunakan sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.Sungguh,dia kecewa sekali.Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji.
Sewkatu rehat,sambil minum-minum dan berbual-bual santai saya bertanya kepadanya,"kakak punya berapa orang anak?"Sengaja saya bertanya soal-soal "diluar kotak"agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan."Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"
Wah,saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya.Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing.Ada yang menjadi doktor,jurutera,pensyarah dan sebagainya.Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..."ujar kakak itu sambil tersenyum.Mendung diwajahnya sudah berlalu.Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.Memang,semua anak-anaknya menjadi."Jika kakak diberi pilihan,antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji,mana yang kakak pilih?
Bersambung...."