BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Orang Emas' ditahan

Biaq p la org emas ni nak kerja mcm tuh..JKM yg p tangkap tuh apa hal..alang2 duk tangkap di bukit bintang tuh..tangkap la sekali yg duk area KFC tuh..rumah ayam pun sebelah jer Kfc tuh..konon wat keje la tuh..pui pui pui
 
pix_middle


KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.


“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.


“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.


Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.


Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.


“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011081301121220110813011212/Article

masuk lagi dalam majalah3.. kan dah kena .. ciann
 
aku pi dlm 1 bulan lepas ..ada ja orang emas ni..aku rasa bagus ja..ramai tertarik tambah2 pelancong kat kawasan tu..

drpd depa buat ops camni, baik pi tngkap yg orang buta jual tisu duk mai kat kedai mamak tu.. yg ada orang tulun bawak dia dr belakang tu
adess..

adoss
 
kat gurney penang ada sorang mat saleh buat mcm ni gak...tp kaler silver, kesian mat saleh tu kalau dah kena tangkap... kat negara dia ok ja....
 
hok lain2 kt BB tuh xkene lak??pengemis??kutu rayau??pelacur??
 
bengonnnngg.benda ni terang2 satu tarikan.bukan dia mengemis memaksa table to table.macam orang busking dkt kaki lima.yg tak ada mata pencarian,tak dibagi duit.yang berusaha mencari duit,dicabut mata pencariannya.gila2
 
bengonnnngg.benda ni terang2 satu tarikan.bukan dia mengemis memaksa table to table.macam orang busking dkt kaki lima.yg tak ada mata pencarian,tak dibagi duit.yang berusaha mencari duit,dicabut mata pencariannya.gila2

memang mulia keje dia nie..
dri peragut merompak..
nk ikot prosedur bagai..
 
Back
Top
Log in Register