BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Orang Emas' ditahan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.


“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.


“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.


Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.


Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.


“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011081301121220110813011212/Article
 
Last edited:
Adoi... Kat Malaysia salah buat benda macam tu? Kalau kat Las Ramblas Barcelona berpuluh2 orang buat macam tu untuk menarik pelancung.
 
baru mggu lepas aku tengok org tua ni...dah kena tangkap...
budak2 mengemis dkt KFC tu xplak kena tangkap
 
apalah salahnya....sekurang-kurangnya ianya dapat menjadi satu tarikan kepada sektor pelancung.
 
klu leh melacur ko buat je la goldman .. kat msia melacur tu halal ... ba.ngang punyer jkm ~X(
 
ramai lagi pengemis kat luar tue...
 
banyak pengemis2 asing yang bersepah-sepah kat luar sana tu terutamanya dibulan ramadan ni.....kenapa tak gi tangkap aje?
 
peh kalau dia ajak bini dia jadi Silver 'Man' lagi masyukk nihh..hahaha..
 
***** punya jkm..kawan tu guna kreativiti cari duit,.....bangangg tak abis2
 
GOLDMAN NI SALAH...MEMANG SALAH...cuba la berpakaian menjolok mata sikit,baru la xsalah serta x ditangkap....hehehehehehe
 
Back
Top
Log in Register