Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
OPS KOSSA DAPPA 3 tembus pasaran di India
Sebuah lagi filem tempatan terbaru bakal menaikkan nama industri perfileman negara apabila filem trilogi pertama tempatan, “Ops Kossa Dappa 3” telah mendapat kebenaran untuk ditayangkan di sebanyak 50 buah panggung wayang di Tamil Nadu, India.
Berbeza dari filem pertama dan keduanya yang dikeluarkan dalam bentuk DVD, filem ketiga trilogi ini yang merupakan hasil terbitan bersama ATV Pictures Sdn Bhd dan SSK Resources (M) Sdn Bhd dikeluarkan menerusi pawagam dalam bentuk filem panjang yang berlangsung selama dua jam setengah. Apa yang menarik mengenai filem ketiga ini adalah teknik penggunaan CGI di dalamnya.
“Kami baru sahaja melancarkan filem “Ops Kossa Dappa 3” di India pada 24 Januari lepas, hasil dari sebuah kempan yang dijalankan bersama pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta FINAS,” ujar Sivagami, selaku penerbit eksekutif filem.
“Banyak sokongan dan pertolongan telah kami terima dalam menjayakan filem ini dan dengan bangganya kami boleh katakan bahawa “Ops Kossa Dappa 3” berupaya menembus pasaran antarabangsa.”
“Teknik pemasaran merupakan aspek yang sangat penting buat filem ini. Pelbagai promosi dan peraduan telah kami melakukan menerusi laman Facebook, antaranya peraduan menjawab soalan mudah untuk memenangi wang sebanyak RM15,000 yang telah mendapat sambutan ramai.”
Di samping itu, filem arahan K. Annan Joseph ini juga merupakan filem Tamil pertama yang dibintangi Amber Chia. Barisan pelakon filem tempatan termasuklah Loganathan, Buveni Ann Mayan, Sasikumar, Jasmine Michael, Nilasyah Ravindran dan Afdlin Shauki manakala Priyanka Kothari dan Kadhal Dhandapani adalah pelakon Bollywood yang terlibat sama.
Filem yang berkisarkan sekumpulan polis yang cuba menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi ini bakal diriliskan di pawagam tempatan pada 14 Mac.