Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
Francais ‘Princess Diaries’ merupakan ‘comfort movie’ bagi kebanyakan kanak-kanak perempuan generasi milineal, yang kini sudah pun menjadi wanita dewasa. Jika anda tidak mengingati kisah Princess Diaries ini, ia menceritakan tentang watak Mia yang baru mengetahui dia merupakan pewaris kepada takhta di Genovia. ‘Princess Diaries 2: Royal Engagement’ merupakan sekuel bagi siri pertama apabila watak utamanya menaiki takhta. Kedua-dua filem tersebut adalah berdasarkan novel oleh penulis Amerika, Meg Cabot. Terkini, pelakon utama siri tersebut, Anne Hathaway, mengesahkan menerusi hantaran di Instagram bahawa francais itu akan disambung dengan siri yang ketiga!
Princess Diaries 3 Di Arahkan Oleh Adele Lim Dari Malaysia
Peminat filem di Malaysia pasti lebih meraikan berita gembira ini apabila mengetahui filem terbabit turut diarahkan oleh Adele Lim dari Malaysia. Ini adalah kali kedua Lim sebagai pengarah selepas pertama kali mengarahkan filem komedi ‘Joy Ride’ (2023). Di samping itu, Princess Diaries 3 akan diterbitkan oleh Debra Martin Chase di bawah syarikat penerbitan Somewhere Pictures milik Hatheway. Penerbit Eksekutif ialah Naia Cucukov dan Melissa Stack, manakala skrip pula ditulis oleh Flora Greeson. Princess Diaries yang merupakan francais di bawah Disney telah pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, dengan sekuel ‘The Princess Diaries: Royal Engagement’ pada 2004. Kedua-duanya dibintangi oleh Hathaway selaku Mia Thermopolis, dan Julie Andrews sebagai neneknya dan juga ratu. Diarahkan oleh mendiang Garry Marshall, kedua-dua filem itu mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta. “Sebagai seorang peminat tegar Princess Diaries original, saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang akan menghidupkan siri ketiga ini. Kami tidak sabar untuk meraikan kuasa wanita, kegembiraan dan bimbingan dengan penonton di seluruh dunia,” kata Lim dipetik Deadline. Hathaway memberi isyarat bahawa filem tersebut telah dibangunkan sejak 2022 dan tahun lepas, lapor CNA.