Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
Find X8 akan menjadi siri peranti mercu baharu untuk Oppo. Spesifikasi dan rekaan untuk model standard kini dilaporkan tertiris sekaligus mendedahkan ciri yang akan digunakan. Bagaimanapun ia hanyalah sebahagian rekaan sahaja iaitu bonggol kamera kamera berbentuk bulat di belakang dan skrin rata dengan bezel nipis di hadapan.
Spesifikasinya pula boleh terdiri dengan panel OLED 1.5K buatan BOE sebesar 6.5″ dan dijana dengan cip Dimensity 9400 yang masih belum namudiumumkan setakat ini. Ia juga boleh dilengkapi tri-sensor 50MP untuk utama, ultralebar dan telefoto periskop. Oppo juga dipercayai menggunakan kamera telefoto periskop dengan sensor Sony LYT-600 yang menyokong zum optikal sehingga 3X pada peranti. Dalam masa sama memuatkan bateri 5700mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 80W dan nirwayar magnetik 50W.
Perkara yang paling menarik perhatian ialah butang pengawal notifikasi fizikal (alert slider), di samping butang khas yang boleh disesuaikan untuk fungsi tertentu yang juga mungkin jawapan Oppo kepada ciri Action Button pada peranti Apple. Lain-lain spesifikasi ialah kalis air IP68/IP69, menjalakan perisian terkini ColorOS 15 dan mempunyai berat kira-kira 190 gram. Tiada maklumat berkaitan pelancaran rasmi namun apa yang pasti Oppo berpotensi membawa masuk peranimercu ini ke pasaran global memandang sudah mula tersenarai di beberapa laman pensijilan.
Sumber asal https://www.gsmarena.com/massive_op...s_all_specs_live_images_in_tow-news-64810.php