BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Lapangan Terbang Labuan Tergendala Susulan Penemuan Bom Lama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Operasi Lapangan Terbang Labuan Tergendala Susulan Penemuan Bom Lama​

8ea81333d369809e0dab868f5838b5d66a46648dbda93

Ketua Polis Labuan Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki

Operasi di Lapangan Terbang Labuan terjejas hari ini susulan penemuan sebutir bom lama kira-kira 200 meter dari landasan di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhampiran Kerupang.

Bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu ditemukan pada 3.45 petang dan sebelum ini, beberapa bom lama turut ditemukan di lokasi sama pada 26 Jun lepas.

Ketua Polis Labuan Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata kerja-kerja mengalihkan bom berkenaan untuk tujuan pemusnahan sedang dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama anggota TUDM.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan pemusnah bom sedang menjalankan proses mengalihkan bahan letupan itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, penemuan bahan letupan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Miri mengalami kelewatan manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan dilencongkan ke Miri.

Operasi lapangan terbang dijangka pulih selepas 8 malam sebaik sahaja kawasan itu disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register