BTC USD 83,638.9 Gold USD 4,184.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OOKYO - Prepaid terbaru maxis

tok_jogho

Active+ Member
Messages
2,849
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,849
Reaction score
10
Points
25
Maxis sedia menawarkan perkhidmatan prabayar yang dinamakan Hotlink. Kini, selain daripada Hotlink, Maxis juga dilihat menawarkan satu lagi perkhidmatan prabayar baru yang dinamakan sebagai ookyo.

ookyo dilihat memfokuskan kepada generasi digital, dimana laman web utamanya sendiri menggunakan pelbagai meme dalam penerangan. Hanya satu pelan disediakan, dimana pengguna boleh melanggannya pada harga RM30 sebulan – dan memilih Social Pack atau Entertainment Pack.

Untuk Social Pack, ookyo menawarkan akses internet tanpa had untuk Facebook Messenger, WeChat, Instagram, Kakao Talk, LINE, Pinterest, WhatsApp, Twitter, Snapchat dan juga Facebook.

Untuk Entertainment Pack pula ia menawarkan akses tanpa had untuk Spotify, WeChat, Smule, LINE, JOOX, Facebook Messenger, 9GAG, WhatsApp, dan Shazam.

Ookyo turut menawarkan data tambahan sebanyak 3GB untuk pelbagai kegunaan lain – selain membolehkan anda menambah akses internet untuk sesuatu aplikasi secara tanpa had pada harga RM3 sebulan.

Ookyo turut dilihat menawarkan nilai tambahan untuk pengguna Android, dimana setiap tambah-nilai akan memberikan sedikit kredit (10% nilai dibelanjakan) untuk Google Play Store.

Apa pun, untuk makluman, berbeza dengan Hotlink yang perlukan anda untuk membeli tambah-nilai, untuk ookyo, ia berfungsi secara automatik. Ketika mendaftar ookyo, anda akan diminta untuk memasukkan kad debit atau kredit, dan setiap 30 hari, kad anda akan dicaj.

Buat masa ini, penghantaran kad SIM ookyo hanya ditawarkan ke Malaysia Barat sahaja, tetapi ia boleh digunakan di seluruh negara memandangkan menggunakan rangkaian Maxis 4G.

Pada masa yang sama, penawaran internet tanpa had untuk beberapa aplikasi berkenaan juga adalah sedikit berbeza berbanding kebiasaan. Pengguna akan diperlukan untuk memasang aplikasi Ookyo pada peranti mudah-alih mereka, dan mengaktifkan VPN daripada aplikasi berkenaan untuk menggunakan akses tanpa had ke beberapa aplikasi berkenaan. Sekiranya ia tidak diaktifkan, maka penggunaan akan tertakluk kepada 3GB daripada apa yang ditawarkan dan bukannya akses tanpa had kepada beberapa aplikasi terpilih berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak lanjut mengenai penawaran ookyo ini daripada laman rasmi mereka hari ini.

https://www.ookyo.com.my/

Nampak mcm menarik je pakej terbaru dari maxis ni..

sebulan RM30 secara auto debit

pengunaan unlimited utk dua pilihan

1. sosial
2. entertaiment


photo uploading sites
 
Last edited:
dpt unlimited whatsapp, bole laa guna call free puas2..
 
autodebit daripada kat kredit/kad dedit anda setiap bulan.

bukan macam topup prepaid biasa2.
 
sekarang banyak telco yg buat promosi unlimited untuk apps sosial, nampak menarik yg ni
 
Plan postpaid lain boleh kasi dua dua free for same price
Why choose when u can have both?
 
dah dapat sim tapi dah 2 hari kenape masih xde line??
 
Pelan telko yang sangat mengelirukan. Dipromosikan internet tanpa had, tetapi hanya untuk aplikasi sosial sahaja, dan bukannya untuk data semua kegunaan.
 
Back
Top
Log in Register