BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kedai Mercu Terbaru U Mobile Di Buka Di Sunway Pyramid

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
U Mobile melancarkan kedai mercu terbaru di pusat beli belah Sunway Pyramid pada Jumaat. Pelancaran itu memperlihatkan pencapaian menarik U Mobile untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Sekali gus mengukuhkan komitmen mereka terhad komuniti di Malaysia. Ia juga merupakan cawangan kedua selepas kedai mercu pertamanya yang terletak di ibu pejabat U Mobile Berjaya Times Square.

Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-11-950x534.jpeg.webp
Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-12-950x534.jpeg.webp


Pembukaan ini lebih daripada sekadar kedai malahan menjadi pusat pengalaman yang komprehensif. Ia direka untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang imersif menggunakan teknologi 5G dan AI. Selain itu menggunakan ciri peruncitan pintar seperti tanda harga digital dan kamera litar tertutup yang dikuasakan AI.

Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-13-950x713.jpeg.webp
Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-1-950x534.jpeg.webp


Turut menarik perhatian apabila kedai baharu ini mempunyai ‘immersive dome’ iaitu kubah 360 darjah pertama yang pernah ada dalam premis jualan di Malaysia. Ia juga menampilkan gabungan video, sistem audio, VR (Virtual Realiti) dan AR (Argumented Reality) dan MR (Mixed Reality) berkualiti tinggi bagi mencipta pengalaman imersif. Selain itu boleh diakses secara percuma oleh semua pengunjung.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti menarik lain yang disediakan. Antaranya seperti, Zon U Home yang menampilkan konsep rumah pintar bertujuan untuk menyediakan pemahaman lanjut tentang manfaat pelan U Mobile seperti U Family 128 dan pakej U Home 5G. Ruang U Business pula mempamerkan penyelesaian perniagaan menarik yang dikuasai teknologi 5G dan lain-lain.

Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-3-950x534.jpeg.webp
Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-10-950x534.jpeg.webp
Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-2-950x534.jpeg.webp


Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan avatar holografik Stacy Anam iaitu duta U Mobile untuk mendapatkan perkhidmatan. Selain itu mengambil gambar di kioks photobooth dan imej yang dijana AI akan dipaparkan di dalam immersive dome tadi. Pada masa yang sama, pengunjung turut boleh mengambil peluang untuk merasai pengalaman sebesar VR, serta melihat produk dan kerjasama eksklusif U Mobile.

Sempena pembukaan tersebut, U Mobile menawarkan hadiah eksklusif dan promosi bernilai sehingga RM800,000 dari 24 hingga 26 Januari 2025. Antara hadiah yang ditawarkan adalah telefon pintar 5G, penginapan di Sunway Resort dan juga hoodie eksklusif hasil kolaborasi U Mobile dan Pestle & Mortar Clothing.

Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-8-950x534.jpeg.webp


Seramai 88 pengunjung pertama setiap hari juga berpeluang membeli jam tangan Huawei GT Cyber Watch pada hanya RM0.99 berasaskan terma siapa cepat dia dapat. Tawaran bagaimanapun hanya disediakan untuk pelanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98. Sementara itu, pelanggan baru U Family 128 serta semua pengunjung berpeluang untuk sertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi setiap hari.

Kedai-Flagship-Baharu-U-Mobile-Dibuka-Di-Sunway-Pyramid-4-950x534.jpeg.webp


Dengan kedai ini, U Mobile bertujuan untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya. Pembukaan ini juga menjadi pencapaian penting bagi U Mobile di mana ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan mereka dalam komuniti tetapi juga menetapkan piawaian baharu untuk kedai pameran produknya. Kunjungi cawangan Sunway Pyramid untuk melihat apa yang membuatkan pengalaman telekomunikasi di tahap lebih baik.​
 
Back
Top
Log in Register