BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ong saman Tiong RM500 juta

azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Messages
4,789
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
Isu RM10 juta: Ong hanya mampu garang kosong

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Sehingga hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hanya mampu menunjukkan garang kosong yang tidak berisi apabila dibangkitkan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau memberikan RM10 juta kepada Menteri Pengangkutan itu.
Iklan

Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.

Walaupun cabaran yang berbau tuduhan itu sangat berat terhadap Ong yang terkenal dengan kehendaknya supaya dilihat bersih dan telus, namun beliau tidak kelihatan berupaya memberikan jawapan yang mampu mematahkan dakwaan Tiong itu.

Seolah-olah menambahkan lagi calar pada imejnya, Ong hanya mampu mempersoalkan keperibadian Tiong.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA hari ini.

Pertelagahan Ong dan Tiong di dalam media tercetus apabila Tiong mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu.

Tidak diketahui mengapa SPRM enggan menyiasat Ong walaupun pendedahan Tiong itu sudah lama dibuat.

Ong bagaimanapun mengesahkan bahawa Bendahari MCA, Tan Sri Tee Hock Seng telah dipanggil oleh SPRM mengenai perkara itu.

SPRM kini semakin menjadi kebencian dan kecaman umum sepetti yang terbukti dalam kecaman-kecaman terhadapnya dalam blog-blog dan laman-laman web terutama selepas isu terbunuhnya Teoh Bengf Hock ketika masih lagi dalam siasatan suruhanjaya itu.

Kes RM10 juta yang dicetuskan oleh Tiong itu semakin menimbulkan kecurigaan apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya.

Isu itu semakin menarik apabila Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker, mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.

"Ramai tokoh Umno dan MCA dikatakan berada dalam senarai payroll beliau. Dalam kata lain, beliau mempunyai hubungan yang rapat dan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya yang luas," dakwa beliau.

Jika tokoh-tokoh Umno dan MCA yang disebutkan oleh Tee itu tidak menjadi kakitangan mana-mana syarikat Tiong, tidak diketahui mengapa mereka berada di dalam senarai pembayaran Ahli Parlimen Bintulu itu.

Tidak juga diketahui apakah khidmat yang mereka berikan kepada Tiong sehingga melayakkan mereka berada dalam senarai payroll jutawan itu.

Aku just hightlightkan beberapa perkara je untuk menunjukkan betapa Korup dan Kurapnya UMNGOK ni.. Kuat makan rasuah tapi SPRM tak buat apa2 sebab kepala dia si Said tu pun sama.. Comment pleasee..
 
Tidak diketahui mengapa SPRM enggan menyiasat Ong walaupun pendedahan Tiong itu sudah lama dibuat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker, mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.

mesti juak UMNO anggap ni semua fitnah!!!!x percaya tengok lar...
 
buat la pelbagai pendedahan pon..takkan ader tindakannye...SPRM makan gaji buta!!
 
mesti juak UMNO anggap ni semua fitnah!!!!x percaya tengok lar...
apabila laporan sebegini timbul & pihak berwajib tidak mengambil tindakan, maka bantuan dari pihak luar akan digunakan oleh mereka ( Tiong ) .....
dalam perihal sebegini, siapakah yg harus dipersalahkan....? :-?
 
buat la pelbagai pendedahan pon..takkan ader tindakannye...SPRM makan gaji buta!!

depa ni x makan gaji buta la..cuma tindakan aje x leh ambik atas kepentingan sesuatu..maka SPRM tiada intergriti..
 
aku kurang setuju dengan cara dan tindakan yang diambil oleh SPRM ni. Ketidakadilan SPRM ni yang lebih memihak kepada PRO-BN ni keterlaluan dan nampak sangat membela penyokong2 BN yg korup.klu nak adil biarlah adil untuk semua. Aku tak kisah klu memang betul ada pemimpim PR yang rasuah kasi tangkap je. begitu juga dengan BN klu betul mengamalkan rasuah, kita tangkap.

Kata-kata yang meluat aku dengar "SPRM telah membuka fail untuk memulakan siasatan diatas aduan yang telah dibuat". Tapi hasil siasatan langsung takde jika ianya melibatkan UMNO. Adilkah ini????

Apa yang aku tau skrg ni SPRM sentiasa memantau exco2 Pakatan Rakyat. Tetapi kenapa tidak memantau exco2 UMNO. Bukti sudah diberi, aduan telah dibuat di SPRM. Tapi kenapa tidak ada orang UMNO yang kena tangkap???? sedangkan kalau kita lihat korupnya UMNO ni hingga duit peruntukkan tahunan adun sebanyak rm500k boleh di abis kan tak sampai pun 3 bulan. Kenapa tak disiasat ?????? apalagi nak pg tangkap.

Jadi kesimpulan yg aku boleh buat SPRM ni memang ANJING kepada UMNO. Inilah hakikatnya. Selagi SPRM tidak berlaku adil selagi itu aku cop SPRM ni sebagai ANJING.
 
Bukan Anjing lagi dik.......dah jadi serigala....... tu yang makan orang tuh.......sampai mati kena bunuh........................
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat telah menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing.

Tindakan undang-undang itu susulan dakwaan Tiong, yang juga ahli parlimen Bintulu, bahawa Ong menerima RM10 juta daripadanya.

Ia difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memberikan tempoh selama seminggu bagi Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya.

Seorang peguam Ong, juga presiden MCA, Ronnie Tan berkata jumlah tuntutan yang dimenanginya akan diserahkan untuk tujuan pendidikan dan kerja kebajikan.

Tambahnya, Ong memohon perintah injunksi bagi menghalang Tiong membuat dakwaan berkaitan isu itu lagi.
 
kalau berjaya tu, bak la RM1 juta kat den..masih ada balance RM499 juta lagi..huehueue
 
Back
Top
Log in Register