BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Onar ni Pemandu Teksi

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
AMPANG: Manusia berhati iblis. Itu gelaran yang layak diberikan kepada pemandu teksi apabila menjadikan penumpang terdiri daripada remaja sebagai mangsa rogol termasuk anak rakannya sendiri.
Difahamkan, setakat ini, perogol bersiri terbabit menjadikan lima remaja sebagai mangsa kerakusan nafsunya dengan menggunakan taktik membawa mereka bersiar-siar terlebih dulu sebelum diajak ke rumahnya di Taman Muda, di sini dan merogol mereka. Untuk menutup perbuatan kejinya itu, lelaki durjana terbabit merakam setiap aksi dia merogol mangsa dan mengugut mengedarkan aksi lucah itu kepada orang ramai jika mangsa membuat laporan polis.


Bagaimanapun, kelakuan jelik lelaki itu berakhir apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjejaki pemandu teksi berkenaan dan menahannya kira-kira jam 9 malam semalam berhampiran Jalan Imbi.


Menurut sumber polis, ketika ditahan, lelaki terbabit cuba melawan dengan meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun dia diberkas.


“Lelaki terbabit dibawa ke balai polis dan hasil siasatan mendapati dia merogol lima remaja sejak beberapa tahun lalu.


“Dua daripada mangsanya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, manakala tiga lagi takut melaporkan kejadian itu kerana diugut,” katanya.


Menurut sumber itu, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit menyimpan setiap aksi seks dilakukannya dengan semua mangsa dalam telefon bimbit dan menggunakannya untuk mengugut mereka.


“Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah itu.


“Taktik itu digunakan untuk mengaburi mata mangsa dan orang ramai selain mengelak dijejaki pihak berkuasa,” katanya.


Katanya, lelaki berkenaan dikatakan aktif menjalankan kerja jahatnya itu sejak beberapa tahun lalu dan mensasarkan mangsa yang masih berusia belasan tahun.


“Malah, dia menjadikan anak kepada rakannya sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya sejak 2009 lalu dan dikatakan kerap mengganggu remaja berusia 15 tahun itu.



Sambil menyelam minum air... sambil memandu, kluar air...
 
dah banyak juga kes, drebar teksi merogol....naik teksi pun dah tak selamat.
 
sepandai-pandai tupai melompat akirnya jatuh ke tanah juga
 
amboi...ha, tuu la kan da kene tgkp...pegi la langgan pelacur..ssh2 rogol org wtpe.
 
mosti pemandu mudo ni....
 
mesti dah byk dia rakam kan..agak2 ada 3gp x..
 
jahat ni ,moh kita terajang beramai - ramai.
 
Back
Top
Log in Register