eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KAMPUNG TANJUNG – Kira-kira 20 keluarga di sini berada dalam keadaan bimbang berikutan keadaan ombak kuat yang menyebabkan kawasan perkampungan mereka dinaiki air setinggi 0.6 meter.
Penduduk, Muhammad, 60, berkata, rumah mereka kini berada dalam keadaan tidak selamat dan air yang menaiki rumah terutamanya pada waktu malam menyebabkan mereka kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Menurutnya, penduduk kini berjaga malam ekoran bimbang dengan keadaan ombak kuat yang menyebabkan air laut memenuhi kawasan rumah mereka yang agak hampir dengan persisiran pantai.
“Kami bimbang dengan keadaan ini tambahan lagi musim tengkujuh yang hampir tiba menyebabkan air pasang dan memasuki kawasan perkampungan kami yang kebanyakannya dinaiki air.
“Keadaan ombak laut yang terlalu kuat juga amat luar biasa bagi kami kerana setelah lama tinggal di kawasan berhampiran laut namun tidak pernah dilanda ombak kuat seperti ini,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian kira-kira pada jam 12 tengah malam mendapati ombak kuat yang membawa air laut menyebabkan penduduk di sini mengalami banjir dan rumah serta kedai makan dan bengkel perusahaan makanan berasaskan ikan yang hampir dengan pantai musnah sama sekali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu, Ibrahim Awang Ismail yang berada di tempat kejadian berkata, keadaan banjir di kawasan ini agak membimbangkan kerana ia bergantung kepada keadaan semasa ombak laut.
“Kita mengambil langkah perbincangan bersama syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan mereka akan melakukan pekerjaan menambak batu di sepanjang kawasan pantai di perkampungan ini bagi mengelak ombak kuat membawa masuk air laut seterusnya menyumbang kepada masalah banjir dan kerosakan rumah serta kedai penduduk.
“Saya berharap semua penduduk bersabar dan sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan keadaan persekitaran mereka sementara usaha untuk memberi bantuan dilakukan pada kadar segera,” katanya.