BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Olahraga

Keputusan bersara muktamad - Usain Bolt

image.jpg

LONDON 2 Ogos – Usain Bolt menegaskan, tiada apa yang mampu merubah fikirannya daripada bersara, sekali pun jika dia kalah dalam Kejohanan Olahraga Dunia di London yang berlangsung dari 5 hingga 13 Ogos ini.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu mengakui, dia bersedia untuk menutup kariernya dengan penuh bergaya dan mempertahankan kejuaraan dunia yang dimiliki.

“Saya sudah bersedia (melihat perlumbaan seterusnya tanpa saya).

“Saya pasti, saya akan me*ngalahkan seseorang (dalam Kejohanan Dunia terakhir). Tiada sebarang tekanan dan pertan*dingan kali ini pasti menyeronokkan,” kata bintang Jamaica itu.

Selepas memilih untuk tidak mempertahankan gelaran 200 meter, jarak yang biasanya menjadi pilihan pelari berusia 30 tahun itu, Bolt kemudian ditanya apakah dia akan memikirkan semula tentang persaraan andai tewas dalam saingan 100m atau 4x100m.

“Anda semua tahu, kalau saya muncul dalam sesuatu kejohanan itu bermakna saya 100 peratus yakin.

“(Kalah) tidak akan berlaku, jadi kami tidak ada masalah.

“Dalam perlumbaan terakhir, saya berlari dengan kepantasan 9.95 saat, jadi itu menunjukkan saya kini berada di landasan yang betul. Selepas bertanding dalam dua perlumbaan akhir 100m, ia banyak membantu saya.

“Saya juga pernah berlari di sini (London) banyak kali, jadi saya tahu saya bersedia,” katanya lagi.

Bolt juga menjelaskan, selepas berbincang dengan Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Lord Coe dia memutuskan fasa berikutnya dalam kariernya adalah mengelilingi dunia dan memberi inspirasi kepada generasi muda mengenai sukan.

Pelari tinggi lampai itu berjaya memecahkan rekod dunia buat kali pertama pada 2008 dengan catatan masa 9.72s.

Dia kemudian memperbaharui catatan kepada 9.58s di Berlin pada 2009 dan masa tersebut kekal sehingga hari ini.

Bolt, 30, turut memegang rekod 200m dunia dengan catatan 19.19s yang juga dilakukan di Berlin pada 2009. – AGENSI

http://www.utusan.com.my/sukan/keputusan-bersara-muktamad-bolt-1.510463

Harap Bolt menang nanti last kejohanan
100m
4 x 100m
 
Bolt bermula buruk, Gatlin diejek penonton

05bolt.transformed_0.jpg

LONDON: Usain Bolt bangkit daripada permulaan 'buruk' manakala pencabarnya dari Amerika, Justin Gatlin, diejek penonton tuan rumah dalam acara saringan 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia, awal pagi tadi.

Bolt, bintang terkemuka dari Jamaica yang memburu gelaran dunia ke-12, ketinggalan di tempat kelima pada pertengahan saingan sebelum bangkit memecut untuk memenangi pusingan kedua saringan keenam acara riben biru itu dengan catatan 10.07 saat (s).

"Ia amat buruk," kata Bolt. "Saya tergelincir keluar dari blok, saya tidak suka blok ini.

"Saya rasa ia paling buruk sepanjang pengalaman saya. Ia goyah. Ketika saya memanaskan badan (blok itu) bergerak ke belakang. Ia bukan apa yang biasa saya lakukan."

Pertembungan Bolt menentang Gatlin pada Sukan Olimpik 2012 di Stadium London, lokasi sama Kejohanan Dunia kali ini, dilabelkan sebagai 'baik menentang jahat' ketika pelari Amerika itu dicemari dengan ujian doping.

Gatlin, pelari terakhir yang menewaskan Bolt dalam acara 100m di Liga Berlian Rome 2013, dihujani ejekan ketika gambarnya ditunjukkan di skrin besar sebelum saringan dan kemudian memenanginya dengan kepantasan 10.05s.

"Ini bukan drama," kata pengumuman menerusi stadium itu yang memuatkan 60,000 tempat duduk di Stadium London ketika Gatlin keluar dari trek.

"Saya tidak risau mengenai sorakan. Saya hanya fokus untuk permulaan dan perlumbaan," katanya.

"Saya berada di sini, bertemu rakan sepasukan dan mempunyai masa yang baik di sini." - AFP

http://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/08/309017/bolt-bermula-buruk-gatlin-dicemuh
 
Bolt bermula buruk dlm saringan
Biasa² je
Semifinal & final baru push
 
Hidup ni jgn sombong walaupun sehabat mana pn kita...
 
peh kalah. nak bsara kalah pulak
 
Gatlin sedih kena ejek

07gatt.transformed.jpg

LONDON: Justin Gatlin berkata dia amat sedih di atas tindakan penonton yang mencemuh kemenangannya pada final acara 100 meter Kejohanan Dunia, awal pagi tadi.

Malah bintang Amerika Syarikat (AS) itu menegaskan dia 'sudah menerima hukuman' kerana kesalahan doping dan Usain Bolt yang gagal mempertahankan mahkota kejuaraan, turut bersetuju dengannya.

Gatlin merampas gelaran dunia daripada Bolt dengan mencatat kepantasan 9.92 saat, namun kemenangan atlet berusia 35 tahun itu tidak diiktiraf penonton.

Sebaliknya, dia mendapat cemuhan sebahagian besar peminat olahraga, kesan daripada hukuman penggantungan dua tahun kerana kesalahan doping di awal kariernya.

"Ia agak menyedihkan apabila cemuhan ke atas saya lebih kuat kedengaran berbanding yang menyorak saya," kata Gatlin kepada pemberita.

"Saya mahu meraikannya dengan penuh bergaya dan sebaik melintasi garisan penamat saya cuba melutut di depan Usain sebagai penghormatan kepadanya.

"Apapun ia tetap malam yang istimewa buat acara trek dan olahraga dan juga untuk Usain; banyak kejayaan yang sudah dilakarnya.

"Saya tidak dicemuh pada 2010, 2011 atau 2012 - atau 13,14 atau 15 - dan kini mula dicemuh.

"Saya sudah kembali. Saya sudah menjalankan khidmat masyarakat. Bercakap kepada kanak-kanak, memberikan inspirasi kepada mereka - itu saja yang mampu saya lakukan," katanya.

Bolt, yang menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang seorang lagi pelari AS, Christian Coleman, turut bersetuju.

"Saya sering berkata sejak beberapa tahun lalu dia sudah menerima hukuman lampaunya," kata pelari pecut Jamaica itu yang menjadi individu pertama memeluk Gatlin sebaik tamat perlumbaan.

"Saya OK walaupun dia menang. Saya sentiasa menghormatinya sebagai pencabar. Dia berhak untuk berada di sini, dia bekerja keras untuknya." - Reuters

http://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/08/309309/gatlin-sedih-kena-cemuh
 
Back
Top
Log in Register