Olahraga

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226

He's already taken one of Usain Bolt's records - and now he's gunning for the big one.

Meet the man setting his sights on the 200m world record next month
👉 https://bbc.in/2HwyuXn
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226


JUARA dunia acara 400 meter, Wayde van Niekerk. - Foto Reuters

Van Niekerk tarik diri Kejohanan Dunia Qatar


JOHANNESBURG: Juara dunia acara 400 meter, Wayde van Niekerk tidak dapat mempertahankan gelarannya di Kejohanan Dunia di Qatar hujung bulan ini selepas kecederaan lututnya ketika bermain ragbi sentuh belum pulih sepenuhnya.

Van Niekerk muncul juara dunia acara itu pada 2015 dan berjaya mengekalkan gelaran berkenaan dua taun lalu sebelum lututnya cedera ketika bermain ragbi sentuh dalam acara pertunjukkan di Cape Town membabitkan Afrika Selatan dan New Zealand.

Atlet berusia 27 tahun itu kembali ke trek Februari lalu sebagai persiapan ke Kejohanan Olahraga Kebangsaan Bloemfontein, tetapi terpaksa menarik diri dari kejohanan berkenaan selepas bimbang cuaca sejuk ketika itu menjejaskan proses pemulihannya.

Mengulas mengenai keputusannya menarik diri dari Kejohanan Dunia di Doha pada 27 September hingga 6 Oktober itu, Van Niekerk berkata dia enggan terlalu memaksa dirinya.

"Saya gembira dengan kehidupan yang saya kecapi ini. Saya menghormati arahan doktor dan juga diri sendiri. Saya sentiasa menjaga diri dan tidak memaksa diri sendiri.”

Meskipun tidak bertanding sejak kecederaan itu, Van Niekerk selaku penyandang juara layak mengambil bahagian di Kejohanan Dunia di Qatar.

Selain dua pingat emas Kejohanan Dunia, Van Niekerk muncul juara acara 400 meter di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro dengan merakam rekod dunia 43.03 saat. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226


Ratu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce menang pingat emas keempatnya selepas menjuarai acara 100 meter Kejohanan Olahraga Dunia. - Foto Reuters



Allyson Felix memecahkan rekod pungutan pingat emas milik Usain Bolt. - Foto Reuters



Jaguh jarak jauh China, Liu Hong. - Foto EPA
Fraser-Pryce, Felix dan Liu Hong tambah emas di Doha


DOHA: Ratu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce menang pingat emas keempatnya selepas menjuarai acara 100 meter Kejohanan Olahraga Dunia di sini pagi tadi manakala legenda Amerika Syarikat (AS), Allyson Felix memecahkan rekod pungutan pingat emas milik Usain Bolt.

Fraser-Pryce dan Felix, masing-masing kembali ke gelanggang selepas berehat susulan melahirkan anak, memukau pada hari ketiga kejohanan yang berlangsung di Stadium Khalifa itu.

Fraser-Pryce, 32, yang tidak mengambil bahagian dalam kejohanan sama pada 2017 susulan melahirkan anak sulungnya, merakam 10.71 saat untuk menang emas.

Atlet Britain, Dina Asher-Smith menang perak dengan catatan 10.83 saat manakala bintang Ivory Coast, Marie-Josee Ta Lou menang gangsa dengan catatan 10.90 saat.

"Saya benar-benar gembira dapat berdiri sekali lagi di sini sebagai pemenang selepas melahrikan anak," kata Fraser-Pryce.

"Atlet bergelar ibu terus menyerlah. Kami bangga masih mampu mengekalkan prestasi dan saya amat gembira dengan kemenangan ini.”

Fraser-Pryce menjuarai Kejohanan Dunia pada 2009, 2013 dan 2015 sebelum berehat untuk membesarkan anak lelakinya, Zyon yang kini berusia dua tahun.

Felix pula kembali ke gelanggang selepas 13 bulan berehat susulan melahirkan bayi perempunan (Camryn) menerusi pembedahan November lalu.

Felix , 33, yang gagal melayakkan diri dalam acara 400 meter individu, meraih pingat emas dalam acara 4x400m campuran dengan membantu AS mencipta rekod dunia menerusi catatan masa 3 minit 09.34 saat.

Pingat emas ke-12 Felix itu memadamkan jumlah pungutan legenda Jamaica, Bolt yang memenangi 11 emas di Kejohanan Dunia.

Secara keseluruhan, Felix kini sudah mengumpul 26 pingat termasuk enam pingat emas Sukan Olimpik.

Sementara itu, jaguh jarak jauh China, Liu Hong mengetuai malam cemerlang China apabila menjuarai acara 20 kilometer jalan kaki ketika berdepan suhu bahang dan panas melampau di Doha.

Juara Olimpik dan pemegang rekod dunia itu mendahului rakan senegara untuk menang emas ketiga Kejohanan Olahraga Dunia dengan merakam masa satu jam 32 minit dan 53 saat iaitu 17 saat di depan Qieyang Shenjie, manakala Yang Liujing menang gangsa.

Ia juga pertama kali menyaksikan tiga atlet dari negara sama menyapu bersih pingat acara jalan kaki di kejohanan itu.

Atlet jalan kaki meredah suhu panas yang mencecah 32 darjah Celsius dengan tahap kelembapan 75 peratus. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226


GELAGAT Lyles meraikan kejayaan dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Dunia di Doha. FOTO Reuters
'Saya bukan Bolt yang baharu' - Lyles


NOAH Lyles mempamerkan larian bertenaga untuk meraih emas acara 200 meter dalam kejohanan utama pertamanya awal pagi tadi dan berkata dia tidak mahu dipanggil Usain Bolt yang baharu.

Atlet Amerika Syarikat berusia 22 tahun itu yang dikaitkan dengan legenda Jamaica, Bolt memecut pada 50 meter terakhir sebelum menang dengan catatan 19.83 saat.

"Waktu ini tahun lalu saya baru sahaja berlari,” kata Lyles. “Cuba anda fikirkan. Jangan anggap saya Bolt yang baharu. Saya adalah saya. Jika anda suka saya, saya gembira melayan anda. Ini masa saya.”

Pelari Kanada, Andre De Grasse meraih perak dengan catatan 19.95s manakala gangsa milik Alex Quinonez dari Ecuador yang mencatat 19.98s.

Lyles yang berlari lebih pantas daripada Bolt dalam acara 100m dan 200m pada usia sama ketinggalan di belakang atlet Britain, Adam Gemili ketika di laluan lurus tetapi berjaya memintasnya dan pelari lain sebelum menuju garisan penamat.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226


SALWA ceria bersama bendera Bahrain selepas memenangi acara 400m di Doha. - FOTO EPA



SALWA (tiga kiri) bagaikan tergamam ketika melepasi garisan penamat di Stadium Antarabangsa Khalifa. — FOTO EPA
Kejutan Salwa 400m wanita dunia


PELARI Bahrain, Salwa Eid Naser mengejutkan pilihan utama Shaunae Miller-Uibo untuk memenangi acara 400 meter wanita pada Kejohanan Dunia di Doha awal pagi tadi dengan masa ketiga terpantas sepanjang zaman 48.14 saat.

Pelari berusia 21 tahun kelahiran Nigeria itu – pemenang pingat perak pada final 2017 – jauh di depan menuju ke garisan lurus dan sekalipun Shaunae cuba mengejarnya, jurangnya agak besar.

Hanya pemegang rekod dunia dari Jerman Timur, Marita Koch dan Jarmila Kratochvilova dari bekas negara Czechoslovakia pernah berlari lebih pantas dan catatan kedua-duanya dilakukan lebih 30 tahun lalu.

“Saya yang pertama memenangi pingat emas dunia buat Bahrain – ia amat berbaloi jadi saya terlalu gembira,” katanya.

“Saya masih tidak dapat mempercayai masa ini. Catatan masa ini terlalu gila, melepasi garisan penamat dan melihat catatan masa saya benar-benar hampir menjadi gila.

“Ya, saya berlatih dengan gigih tapi saya tidak pernah menjangkakan untuk berlari sepantas ini.”

Salwa, juara Sukan Asia menegaskan bintang Bahamas, Shaunae menjadi pendorong kepada persembahan hebatnya.

“Saya fikir dia (Shaunae) seorang atlet yang mengagumkan,” katanya. “Saya tidak fikir saya boleh melakukannya secara sendirian, sudah tentu.”

Shaunae meraih perak dengan masa 48.37s – catatan keenam terpantas sepanjang zaman – manakala pemenang pingat gangsa Olimpik, Shericka Jackson dari Jamaica di tangga ketiga (49.47s).


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226
A look back to athletics history: can you remember the first sub 10-sec 100m?

Name the athlete and the year!

📰: https://t.co/KxQZSTm8R1
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226
Like mother like daughter 👯‍♀️

Eilish McColgan has broken her mum's Scottish 10-mile record!

Liz McColgan's time has stood since 1997.

Read more ➡ https://t.co/sKjO4p0Z25
 
Sponsored Post
Top
Log in Register