BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKU rentung dalam kebakaran

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Keadaan rumah yang musnah akibat kebakaran. - Foto Sinar Harian​

PASIR PUTEH - Seorang lelaki orang kelainan upaya rentung selepas terperangkap dalam bilik tidurnya dalam kebakaran di Kampung Lepah, Selising dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian membabitkan tiga rumah kira-kira jam 5.00 petang itu, mangsa, Zulkifli Abdullah, 38, mati dengan keseluruhan anggota badan rentung.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.28 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, mangsa ditemui rentung dalam biliknya sebaik api berjaya dipadamkan jam 5.58 petang.
 
Back
Top
Log in Register