BTC USD 62,529.3 Gold USD 4,341.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OD vs FD (Overdraft vs Fixed Deposit)

aku dah tanya dengan pegawai CIMB.PNB dah bekukan.untuk enterprise pula,mereka cadangkan OD vs FD.itu pasal aku open thread ini untuk bincang secara berinfo.

baru tahu.... OD enterprise pun dah beku... #:-S

cuba dptkan maklumat dari CIMB:
- int FD berapa %
- loan/OD berapa % dari nilai FD
- int OD berapa %
 
Soalan aku:

1) Apa itu Fixed Deposit?
2) Adakah semua bank di Malaysia menawarkan "OD vs FD"?
3) Jika YA, bank manakah yang terbaik secara terperinci?
4) Berapakah minima FD untuk melayakkan kita membuat OD?
5) Berapakah keuntungan yang ditawarkan untuk FD?
6) Berapakah ratio terkini yang ditawarkan untuk "FD vs OD"
[/I]

salam. den tolong jawab seingat den. dah lama juga tinggal benda2 ni.

1)simpanan tetap. ni risk free investment, lebih tepat lagi saving. kira modal takkan kacau. simpan ikut tempoh yang disetujui. 1,3,6,12,18 bulan.

2)seingat den, semua bank tawarkan FD OD ni, untuk syarikat. untuk individu, local bank dgn few selected foreign banks. syaratnya, FD dgn OD dibank yang sama.:D

3)den tak minat sgt OD vs FD ni, sebab you are at the losing end. FD return dkt setengah dari OD charge. tapi last sekali den pernah tanya kat CIMB. CIMB ada 2 jenis FD yang agak tinggi. tak ingat sgt namanya. Yang satu ikut KLIBOR, satu lagi ikut CPO punya harga. bank akan labur kat 2 2 jenis ni.

4)yang lain tak pasti. CIMB intuk produk no 4, KLIBOR 60k, CPO 100k.

5)keuntungan rendah. konvensional FD biasanya paling tinggi, 1/2 dari BLR. non-konvensional, macam produk no.4 atas, tahun lepas, BLR 6.3%. FD 4.75 - 5.2%

6)kebiasaannya bank akan bagi 1:1. kecuali bro ni somebody, yang dapat special rate dalam 1.5-2:1.

time tu, minat den kat REPO, tapi modal untuk CIMB tinggi. 200k. tak cukup cash.:p
 
nak lagi menarik dan mencabar, kalau tak silap den, public bank punya unit trust boleh gadai kat public bank untuk OD. tapi 80% la kot.
 
wow.... info meletop dari bang putra...

patik masih mengharap OD/GOLD... :eek:
 

Boleh tuan..
xde masalah..
sekadar perbandingan sahaja..
sebab rata2 skunk ramai yang invest duit kt dlm ASB je..
mereka xtahu sedangkan ade tempat yg boleh beri pulangan yang lebih tinggi lagi..

invest RM5,000

ASB ---> Kadar pulangan 7%-8%
Amik kadar minimum keuntungan 7%
jika Rm5,000 x 7% = RM350

sedangkan

Unit Amanah CIMB Wealth Advisors --->10%-15% atau lebih lagi
Amik kadar minimum keuntungan 10%
jika RM5,000 x 10% = RM500

perbezaan disitu yang boleh lihat
RM500-RM350 =RM150
jika diletakkan dalam tempoh yang sama..

Dekat Unit Amanah CIMB juga boleh dapat keuntungan kenaikan harga unit lagi..so mmg berbaloi la..

keuntungan dikira untuk tempoh 1 tahun sama seperi ASB?
 
baru tahu.... OD enterprise pun dah beku... #:-S

cuba dptkan maklumat dari CIMB:
- int FD berapa %
- loan/OD berapa % dari nilai FD
- int OD berapa %

itu soalan aku.aku nak jawapan.kau suruh aku g CIMB untuk dapatkan maklumat plak. :))
 
salam. den tolong jawab seingat den. dah lama juga tinggal benda2 ni.

1)simpanan tetap. ni risk free investment, lebih tepat lagi saving. kira modal takkan kacau. simpan ikut tempoh yang disetujui. 1,3,6,12,18 bulan.

2)seingat den, semua bank tawarkan FD OD ni, untuk syarikat. untuk individu, local bank dgn few selected foreign banks. syaratnya, FD dgn OD dibank yang sama.:D

3)den tak minat sgt OD vs FD ni, sebab you are at the losing end. FD return dkt setengah dari OD charge. tapi last sekali den pernah tanya kat CIMB. CIMB ada 2 jenis FD yang agak tinggi. tak ingat sgt namanya. Yang satu ikut KLIBOR, satu lagi ikut CPO punya harga. bank akan labur kat 2 2 jenis ni.

4)yang lain tak pasti. CIMB intuk produk no 4, KLIBOR 60k, CPO 100k.

5)keuntungan rendah. konvensional FD biasanya paling tinggi, 1/2 dari BLR. non-konvensional, macam produk no.4 atas, tahun lepas, BLR 6.3%. FD 4.75 - 5.2%

6)kebiasaannya bank akan bagi 1:1. kecuali bro ni somebody, yang dapat special rate dalam 1.5-2:1.

time tu, minat den kat REPO, tapi modal untuk CIMB tinggi. 200k. tak cukup cash.:p

jawapan dari otai pertama.aku agak kabur sebab aku baru nak menceburi bidang ni. #:-S

untuk cash seminima Rm20K x boleh buat OD vs FD?
 
wow.... info meletop dari bang putra...

patik masih mengharap OD/GOLD... :eek:

ekekeke. harapan OD/Gold entah bile ntah bang cdan. yang den dengar, ada yang paling atas tak setuju. tak liquid katanya.:)):))
 
mohon ampun maaf TT....

patik dah kena sergah..... :((
 
Back
Top
Log in Register