#1 Zahidi 2007-10-25 02:51
Isu keharaman 'fixed-deposit' bukanlah terletak kepada sama ada 'fixed' (tetap) atau tidak. Tetapi kita perlu lihat kepada kontrak yang digunakan.
Saya setuju bank konvensional menganggap simpanan para penyimpan adalah sebagai hutang dan imbuhannya diberikan sebagai faedah (interest). Dan ini jelas sejelasnya riba'..
Dalam Islam, kontrak yang digunakan adalah Al-Mudharabah di mana pendeposit dikatakan sebagai pelabur atau 'Rabbul Mal' manakala pihak bank dikatakan sebagai pengusaha atau 'Mudharib'. Wang tersebut digunakan sebagai pelaburan dan keuntungannya dibahagikan di antara pelabur dan pengusaha dengan kadar yang dipersetujui. Jadi, di sini kadar keuntungan (atau kerugian) adalah tidak tetap.
Di dalam isu akaun simpanan di mana bank konvensional menggunakan wang simpanan tersebut untuk tujuan perniagaan dan memberikan manafaat kepada pendeposit sebagai faedah (interest) dan ini adalah haram.
Manakala di dalam Islam, pendeposit boleh meletakkan wang mereka di dalam akaun Wadiah Yad Dhamanah di mana bank dikatakan sebagai pemegang amanah bagi wang tersebut. Sekiranya bank mendapat manafaat daripada wang tersebut, pihak bank boleh memberikan lebihan daripada simpanan sebagai hibah.
Konsep ini perlu difahami oleh semua orang Islam dan yang nak jadi Islam. Saya setuju bahawa Hukum Shari'ah tidak boleh berubah dengan apa cara sekalipun. Dan fatwa yang dikeluarkan atas desakan kuasa politik adalah sangat mengecewakan.
http://www.zaharuddin.net/senarai-l...xed-deposit-is-not-fixed-so-it-is-halal-.html