BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa sebenarnya fixed deposit? haram ke tapi interest ringgit kan 3%+?

#1 Zahidi 2007-10-25 02:51
Isu keharaman 'fixed-deposit' bukanlah terletak kepada sama ada 'fixed' (tetap) atau tidak. Tetapi kita perlu lihat kepada kontrak yang digunakan.

Saya setuju bank konvensional menganggap simpanan para penyimpan adalah sebagai hutang dan imbuhannya diberikan sebagai faedah (interest). Dan ini jelas sejelasnya riba'..

Dalam Islam, kontrak yang digunakan adalah Al-Mudharabah di mana pendeposit dikatakan sebagai pelabur atau 'Rabbul Mal' manakala pihak bank dikatakan sebagai pengusaha atau 'Mudharib'. Wang tersebut digunakan sebagai pelaburan dan keuntungannya dibahagikan di antara pelabur dan pengusaha dengan kadar yang dipersetujui. Jadi, di sini kadar keuntungan (atau kerugian) adalah tidak tetap.

Di dalam isu akaun simpanan di mana bank konvensional menggunakan wang simpanan tersebut untuk tujuan perniagaan dan memberikan manafaat kepada pendeposit sebagai faedah (interest) dan ini adalah haram.

Manakala di dalam Islam, pendeposit boleh meletakkan wang mereka di dalam akaun Wadiah Yad Dhamanah di mana bank dikatakan sebagai pemegang amanah bagi wang tersebut. Sekiranya bank mendapat manafaat daripada wang tersebut, pihak bank boleh memberikan lebihan daripada simpanan sebagai hibah.

Konsep ini perlu difahami oleh semua orang Islam dan yang nak jadi Islam. Saya setuju bahawa Hukum Shari'ah tidak boleh berubah dengan apa cara sekalipun. Dan fatwa yang dikeluarkan atas desakan kuasa politik adalah sangat mengecewakan.

http://www.zaharuddin.net/senarai-l...xed-deposit-is-not-fixed-so-it-is-halal-.html

cuba TT tengok yg kaler merah tu. ramai ingat maksud tetap tu, interestnya yg tak berubah ikut tempoh kontrak. tapi ramai yg tak tahu, maksud tetap tu termasuk jugak kaler biru.

persoalannya, ada ke FD islamik yang nilainya berkurang? cuba TT tgk rekod thn 97-99. ada tak FD kat bank islam time tu yang diletak, contoh, RM10k, cukup setahun ikut kontrak, jadi RM5k. hehehehe. tabung haji pun tak berkurang. bertambah adalah. tapi sikit je kot. ekekekeke.
 
Salam,

Bank rakyat terbaik..

Qiradh - General Investment Account-i

return up to 4.6%:D


:)cgrock
 
tuk setahun le tu.ko bahagile ngan berapa bulan bro letak

Rasanya dah habis kot promotion ni (rate 4.6%) tapi kalau ngan bank rakyat, kene ikat kontrak 5 tahun (60 bulan). Hehehe.
 
Rasanya dah habis kot promotion ni (rate 4.6%) tapi kalau ngan bank rakyat, kene ikat kontrak 5 tahun (60 bulan). Hehehe.

betul. Kalo rate 4.6% setahun mmg terbaik. Kalo nak dpat 60 bulan logik :D
 
Back
Top
Log in Register