carjunk_boyz
Banned
- Messages
- 5,659
- Joined
- Dec 2, 2008
- Messages
- 5,659
- Reaction score
- 35
- Points
- 70
rm10K x 6.5% = rm650 caj
mana untungnya jika pelabur terdesak untuk tarik pelaburan pada bulan ke2 sedangkan jika melabur dalam asb free dan bila2 masa pelaburan boleh dikeluarkan tanpa menghiraukan caj yang dikenakan.boleh beri penerangan?
owh ok..
saya paham maksud tuan tu..
sebab tu investor kena ada knowledge..
contohnya dalam unit Amanah ni..
klu bleh kite invest tuk middle n long term investment..
set target nak guna tuk ape duit tu..
tuk beli rumah ke..
tuk pendidikan anak2 ke..
beli kete ke..
kawen ke..
mase tu duit pon dah siap bertambah dengan profit lagi..
so untung kan..modal xhilang..profit pon dapat..
sebab kadang2 tak sampai setahun pun dah boleh dapat pulangan yang tinggi melalui Unit Amanah CIMB Wealth Advisors ni..
klu tuan invest bulan ni..
bulan depan keluar..baik tuan letak je duit dalam bank2 simpanan biasa..
dekat ASB pon tuan xdapat ape2 jugak..
for sure tuan kena letak setahun dalam ASB baru tuan boleh dapat dividen penuh kan..
so,samela cam konsep unit amanah ni..
Untuk Unit Amanah ni jugak tuan boleh amik duit tuan tu bile2 pon..xde masalah..
nak tambah pon boleh bile2 jugak..
contoh situasi pon saya dah tunjukkan kat atas tu..
dengan 5 bulan pon dia dah dapatkan 50% profit dr investment yg dibuat..
xcampur lagi dengan dividen..
bonus lagi..
tuk lebih pencerahan saya attach dengan situasi dibawah pulak..
SITUASI
Ahmad,Ali dan Ibrahim membeli unit amanah pada harga RM 1.30. Mereka masing-masing melabur sebanyak RM100,000.00 dan Initial Charge yang dikenakan ke atasnya adalah 6.5%.
Selepas di tolak Initial Charge
RM100,000/1.065=RM93,896.71
unit yang diperolehi oleh mereka setiap seorang
93,896.71/1.30=72,228.24 unit
AHMAD
Apabila harga mula jatuh dari bulan ke bulan sejak beliau memasuki unit amanah tersebut beliau mula hilang kepercayaan. Harga telah jatuh dengan mendadak dari RM1.30 kepada RM 0.93 seunit. Pendiriannya mula goyah lagi-lagi dipengaruhi kawan-kawan yang kurang pengetahuan di dalam unit amanah. Akibat tidak percaya beliau mengeluarkan semua unit amanahnya dan beliau telah rugi. Lihat kesan beliau menjual di bawah harga beli.
Duit yang dilaburkan=RM100,000.00
Dijual pada harga RM 0.93 seunit. Nilai yang diperolehi adalah;
RM0.93 X 72,228.24=RM67,172.26
Jumlah kerugian
RM100,000.00-RM67,172.26
RM32,827.74
*Ahmad telah rugi 32.82%
ALI
Ali seorang yang sangat jimat berbelanja. Beliau hanya tahu unit amanah sememangnya untuk tempoh masa yang panjang sekuang-kurangnya 3 tahun. Apabila unit turun beliau sememangnya tidak kisah dan sudah tahu tentang perkara tersebut. Lagi pula dinasihati oleh agen yang menjaganya. Dari bulan ke bulan akhirnya unit yang jatuh naik kembali ke paras yang melebihi nilai belinya iaitu RM1.50.Berapa yang diperolehi oleh Ali?
Jumlah dilaburkan=RM100,000.00
Dijual pada harga RM1.50 seunit. Nilai diperolehi adalah
RM1.50 X 72,228.24=RM108,342.36
Jumlah keuntungan
RM108,342.36-RM100,000.00
RM8,342.36
*Ali untung 8.34%
IBRAHIM
Ibrahim seorang yang sangat bijak dan sentiasa update tentang pengurusan kewangan. Beliau sentiasa membeli bahan bacaan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Apabila harga mula jatuh beliau menganggap inilah peluangnya menambahkan lagi pelaburan. beliau telah menambah sebanyak RM100,000.00 lagi pelaburannya. lihat kesan ke atas pelaburannya.
Selepas ditolak initial Charge
RM100,000.00/1.065
RM93,986.71
Unit diperolehi pada harga RM0.93
RM93,986.71/RM0.93
101,060.97 unit
Beliau menjual pada harga RM1.50 seunit. Nilai yang diperolehinya adalah
(101,060.97 unit + 72,228.24 unit) x RM1.50
RM259,933.81
Jumlah dilaburkan=RM200,000.00
Keuntungan yang diperolehi
RM259,933.81-RM200,000.00
RM59,933.81
*Ibrahim telah untung 29.97% daripada pelaburannya.
Kesimpulannya, ilmu adalah kunci segala-galanya.Unit amanah bukanlah 100 meters keuntungan tetapi perlukan ilmu untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
