BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OD facility menggunakan public mutual acc.

camna la aku boleh tak sedar kewujudan thread nie...:D
 
makaiii.., tunggu dekat 2 tahun baru ada PM UTC masok mai jawab..anyway thanks for the info, tlg citer lebih sikit, brape minimun investment dlm PM and klu ada syarat2 lain lg..

Maksud Mormantai.. jumlah minimum untuk memulakan akaun Pelaburan Unit Trust atau minimum investment yang perlu ada dalam Public Mutual untuk apply kemudahan OD? Untuk memulakan pelaburan, amaun minimum adalah RM1000. Untuk kemudahan OD, saya tak pasti tapi saya akan cuba dapatkan maklumat ni dan maklumkan segera.

Kalau tak silap saya, kemudahan OD menggunakan pelaburan Unit Trust Public Mutual ni dipanggil Uniflex. Harap otai2 kat sini boleh tolong confirmkan benda ni. Berikut adalah maklumat tentang Uniflex yang saya copy paste dari http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=gswk-intorduction

Pledging of Units as Collateral

Units held by you may be pledged as collateral for securing loans with Public Bank under the Unit Trust Flexi-Loan Express (UNIFLEX) Plan. The UNIFLEX Plan has many advantages. For details on the UNIFLEX Plan, you may call Public Bank Hotline : 1800-883323.

Actually saya dah cuba call hotline number tu, tapi mungkin disebabkan hari ni hari Ahad, panggilan tu tidak dijawab pulak.

Insya'Allah saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dan maklumkan kat sini.
 
Maksud Mormantai.. jumlah minimum untuk memulakan akaun Pelaburan Unit Trust atau minimum investment yang perlu ada dalam Public Mutual untuk apply kemudahan OD? Untuk memulakan pelaburan, amaun minimum adalah RM1000. Untuk kemudahan OD, saya tak pasti tapi saya akan cuba dapatkan maklumat ni dan maklumkan segera.

Kalau tak silap saya, kemudahan OD menggunakan pelaburan Unit Trust Public Mutual ni dipanggil Uniflex. Harap otai2 kat sini boleh tolong confirmkan benda ni. Berikut adalah maklumat tentang Uniflex yang saya copy paste dari http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=gswk-intorduction

Actually saya dah cuba call hotline number tu, tapi mungkin disebabkan hari ni hari Ahad, panggilan tu tidak dijawab pulak.

Insya'Allah saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dan maklumkan kat sini.



berapa interestny nnti tolong check..nie ala2 OD gak..
 
klu dah di OD kan, fund kite tak boleh di switchkan ke low loaded fund/money market? switching sgt penting dalam pelaburan unit trust utk lock profit
 
klu dah di OD kan, fund kite tak boleh di switchkan ke low loaded fund/money market? switching sgt penting dalam pelaburan unit trust utk lock profit

yup..sbb dia dah jd colletoral utk OD facility tue
 
Salam semua..

Saya dah hubungi hotline number tu dan berikut adalah maklumat yang saya terima berhubung kemudahan OD daripada Public Bank menggunakan Pelaburan Unit Trust Public Mutual.

Pelaburan Minimum : RM10000
Jumlah OD : 80-85% daripada nilai pelaburan semasa
Rate OD : BLR + 1.75%
Dokumen Yang Diperlukan : Salinan IC, slip gaji untuk 6 bulan, EA Form dan statement terkini Public Mutual
Processing Time : 2-4 minggu

Berkenaan switching ke dana low load, menurut upline saya ia boleh dilakukan. Tetapi masa call hotline tu, saya lupa pulak nak tanya pasal ni. Insya'Allah esok saya akan bagi update pasal ni.

Bukan apa, saya tahu ramai yang tengah berminat dengan kemudahan OD ni.. :)
 
Latest update:

Pagi ni dengan penuh semangatnya saya telah hubungi Uniflex Hotline No. (1-800-88-3323) untuk dapatkan maklumat samada switching between fund boleh dilakukan atau tidak.

Jawapannya? Boleh. Lagi satu, kemudahan ni boleh dimohon untuk mana-mana pelabur Public Mutual yang melabur di dalam apa jua jenis dana (bond, balance or equity fund).

Namun begitu, terdapat sedikit percanggahan antara maklumat yang saya terima semalam dengan maklumat hari ni. Antaranya :

Minimum Investment : Tak kisah asalkan nilai pelaburan semasa = RM13,000
Jumlah yang boleh buat OD : 80% daripada nilai pelaburan semasa
Rate OD : BLR-1%

Confuse saya dibuatnya. Bila saya tanya kenapa maklumat yang saya terima semalam berbeza, staf tu kata maklumat yang saya dapat semalam tu adalah maklumat lama. Boleh gitu?

So, staf tadi advise saya untuk pergi ke cawangan Public Bank terdekat untuk maklumat lanjut.

Memandangkan esok saya ada beberapa urusan di Public Bank, saya akan dapatkan maklumat lanjut tentang perkara ni.

For those who are interested to know more about this, stay tune for my latest update.. :) :)
 
ada kawan cina dah pakai bende ni..die kata boleh switching tapi kena isi form process sehari je..PBB service sangat efficent.

BLR -1
Margin of Finance 80% of UT value
PBB process 1 week only.
 
Back
Top
Log in Register