BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Sistem Windows 7 & Windows 8/8.1

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
NVIDIA dilaporkan merancang untuk menamatkan sokongan kemas kini pemacu grafik mereka terhadap komputer yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 pada lewat tahun ini. ebaliknya hanya akan memfokuskan kemas kini kepada komputer yang menggunakan sistem operasi terbaru Windows 10 sahaja. Kemas kini tersebut merangkumi ciri baru, pembetulan pepijat, dan peningkatan prestasi.

Ia didedahkan NVIDIA menerusi laman sokongan mereka; “In order to ensure GeForce owners experience the best possible security, support, and functionality, NVIDIA will now focus on Windows 10 operating system.” NVIDIA.

Walaubagaimanapun, kemas kini keselamatan masih akan terus ditawarkan NVIDIA kepada pengguna Windows 7, Windows 8, atau Windows 8.1 sehingga September 2024 nanti.

Untuk pengetahuan anda, walaupun kini semakin ramai menggunakan sistem Windows 10 untuk operasi komputer mereka, tetapi masih terdapat sebahagian kecil pengguna komputer yang setia bergantung kepada sistem Windows 7 dan Windows 8.

Screenshot-2021-06-14-at-22.28.11.jpg

Kemas kini terakhir yang akan ditawarkan NVIDIA kepada Windows 7, Windows 8, atau Windows 8.1 adalah pada 31 Ogos 2021 menerusi final Game Ready Driver dan 4 Oktober 2021 menerusi first Game Ready Driver.

Sumber asal Nvidia
 
Back
Top
Log in Register