BTC USD 55,360.0 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NVIDIA Akan Bangunkan Komponen Khas Melombong Kriptowang

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
NVIDIA Akan Membangunkan Komponen Khas Untuk Melombong Kriptowang Jika Permintaan Meningkat;

Siri kad grafik NVIDIA terbaru, iaitu GeForce RTX 3000 dilihat hadir dengan permintaan yang sangat tinggi khususnya kerana kad grafik tersebut hadir dengan prestasi yang cukup berkuasa sekali. Selain daripada mengolah grafik berkualiti tinggi, permintaan untuk kad-kad grafik ini juga dilihat melambung tinggi kerana kebolehannya untuk melombong kriptowang pada kadar yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan pasaran kad grafik mengalami kekurangan dari segi stok untuk gamer, khususnya kerana banyak kad grafik yang akan diperlukan untuk melombong dengan banyak. Menurut Ketua Pegawai Kewangan NVIDIA, Collette Kress, penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk tujuan melombong tidak begitu tinggi, tetapi ia masih lagi menyebabkan kekurangan stok untuk mereka yang benar-benar ingin memilikinya untuk tujuan gaming.

NVIDIA sebelum ini telahpun melancarkan sejumlah “kad grafik” khusus untuk kriptowang yang dinamakan CMP. Perbezaan paling ketara diantara kad grafik untuk gaming dan juga CMP ialah kad grafik CMP tidak mempunyai port video output yang tidak diperlukan oleh pelombong kerana ia tidak diperlukan untuk proses melombong kriptowang ini.

Menurut beliau, NVIDIA akan memantau keadaan pasaran, dan jika permintaan kad grafik terbaru mereka untuk tujuan melombong kriptowang semakin meningkat, syarikat tersebut akan mula membangunkan semula CMP untuk tujuan tersebut. Buat masa ini, NVIDIA masih lagi mengatakan bahawa bekalan untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 mereka dijangka masih lagi ketat sehingga penghujung suku pertama tahun ini.

Screenshot-3751.jpg

Sumber asal https://www.coindesk.com/nvidia-may-restart-production-of-crypto-mining-gpus-if-demand-sufficient
 

CG Sponsors




Top
Log in Register