BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Notis Peringatan Dari PDRM.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
PERINGATAN: Pihak polis mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta dan menghulurkan sekeping kad sambil bertanyakan arah. Dalam masa yang sama terdapat mata pisau (blade) di belakang kad tersebut digunakan individu tersebut untuk melakukan samun terhadap mangsa.

Hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada kejadian yang berlaku menggunakan modus operandi yang dinyatakan.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan khususnya mereka yang keluar bersendirian supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.


image.php

Sumber wall fb PDRM.
 
rajin btol org sebar infi yg saje direka2 ye...
 
ntah apa la motif orang yang create isu ni
 
Tujuannya untuk menakut-nakutkan rakyat agar wujud dalam pemikiran rakyat, Malaysia sangat tidak selamat ( memang kot...ha ha)
 
Tak aper lah. Polis kata takada, boleh juga kalau kita nak beringat...
 
walaupun mungkin tiada , tetapi bagus dijadikan maklumat supaya kita berwaspada, tak salah kita semua mengambil langkah waspada, jenayah boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, umpama jerat tak pernah lupakan pelanduk.
 
Back
Top
Log in Register