FAUZEY_FX
Passed Away

- Messages
- 20,671
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 20,671
- Reaction score
- 847
- Points
- 171
Entahlah dalam beberapa hari ini aku rasa lain macam sahaja.. aku rasa seolah-olah fikiranku banyak mengingat akan kematian. Aku mula rasa tidak lagi ingin mengejar keduniaan kerana aku rasa seperti jasadku berada di dunia tetapi hati dan fikiranku teringat akan akhirat iaitu alam barzakh yang bakal aku dan kalian hadapi.
Sikap aku mulai berubah beberapa hari ini. Aku lebih suka menolong orang dan mengajar bisnes Forex ( Foreign Exchange ) tanpa meminta upah.
Hari ini aku terserempak 2 sahabat CG yang berada di dalam friendlistku yang telah meninggal dunia. 2 Sahabat CG tersebut adalah syafsp dan Apexi7. Sebak mula terasa bila aku check post terakhir mereka berdua.. arwah syafsp meninggal dunia kerana masalah paru2nya (betulkan kalau aku silap) dan arwah apexi7 meninggal kerana lumpuh akibat eksiden. (Air mata aku berguguran ketika menaip post ini.. tak tahu rasa sebak semacam..seolah-olah aku akan mengikut jejak langkah mereka yang telah meninggalkan dunia yang fana ini.. )
Beberapa hari yang lalu aku bermimpi berjumpa dengan As-syahid Ahmad Ammar. Aku pasti kalian kenal insan hebat ini. Jika tidak kenal, boleh google atau search di youtube ya..
Sudah 3 kali aku bermimpi berjumpa Almarhum As-syahid Ahmad Ammar dan aku anggap itu sebagai ingatanku akan kematian. Aku tidak pernah kenal dan berjumpa dengan Almarhum As-syahid Ahmad Ammar di dunia tetapi Allah datangkan dia dalam mimpi aku sebanyak 3 kali..
Aku beranggapan ini mungkin cuma perubahan perasaan sahaja tetapi aku akan bersiap sedia dari sekarang kerana kematian mungkin menjemputku pada bila-bila masa sahaja..
Anggaplah ini sekadar nota kematian dari aku, sang pendosa tegar.
Aku tidak punya kenalan untuk inform kalau2 aku sudah meninggal nanti. Akan tetapi jika aku sudah tidak aktif lagi di forum terunggul ini, aku harap kalian sedekahkan Al Fatihah untuk aku. Mungkin aku sudah berada di alam barzakh ketika itu.. Wallahua'lam..
Tulus Ikhlas dari Sang Pendosa Tegar,
FAUZEY_FX@CARIGOLD