BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nostalgia motor RXZ sudah jadi barang antik..



Harga RM70,000 motosikal RX-Z bukan rekaan

photo6273764471818267229_1591850845.jpg

photo6273764471818267231_1591850852.jpg


DUNGUN: "Harganya bukan rekaan, RM70,000 itu murah jika dibandingkan dengan kesukaran saya hasilkan RX-Z Millenium ikut spesifikasi asal," kata Tuan Putera Amirul Tuan Muda, 27.


Mekanik motosikal itu ditemui di rumahnya di Kampung Paka, hari ini.

Video penerangan mengenai motosikal RX-Z Millenium berharga RM70,000 itu tular di Facebook baru-baru ini sehingga ditonton lebih 1.3 juta dengan 14,000 perkongsian selain 6,800 tanda suka dan 15,000 komen.

Putera Amirul berkata, dia membeli motosikal RX-Z Millenium keluaran tahun 2000 itu pada 2017 daripada kenalanya dengan harga RM10,000.

"Bagaimanapun, saya sudah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih motosikal itu dengan menukarkan pelbagai komponen buruk pada motosikal itu dengan komponen yang asli dan baru.

"Semua komponen pada motosikal itu asli dan baru serta dihasilkan 100 peratus sama seperti motosikal yang baru keluar daripada kilang.

"Walaupun motosikal RX-Z Millenium itu keluaran 2000 tetapi ia tidak dikeluarkan lagi dan model itu antara yang paling diminati dan sukar diperolehi sekarang," katanya.

Tambahnya, komponen asal yang paling mahal pada motosikal RXZ Millenium itu ialah "cover set" iaitu berharga RM10,000 yang dibeli daripada pengumpul motosikal RXZ dari Kelantan.

"Saya menjelajah ke bengkel alat ganti motosikal di seluruh Malaysia untuk mendapatkan pelbagai komponen RX-Z Millenium itu dan sebahagiannya dibeli dari luar negara melalui laman e-Bay.

"Komponen yang dibeli mesti menepati piawaian termasuk mempunyai tag dan mesti masih dalam plastik.

"Atau dengan kata lain, barang baru tetapi stok lama," katanya.

Menurutnya, dia sengaja meletakkan harga tinggi yang bersesuaian dengan nilai motosikalnya dengan harapan tiada sesiapa yang ingin membelinya.

"Namun begitu peminat dan pengumpul RX-Z tetap menawarkan harga tinggi untuk membelinya.

"Sebelum video motosikal itu menjadi tular, ada peminat RXZ dari Johor menawarkan harga RM55,000 tetapi selepas ia tular di media sosial, pengemar RXZ dari Kuala Berang pula ingin membelinya dengan harga RM65,000.

"Pun begitu saya tidak bersedia untuk menjualnya kerana masih sayangkan motosikal itu dan ingin menyertai Pertandingan Restore Original RX-Z Millenium pada Program RX-Z Members tahun hadapan," katanya.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima selepas video penerangan mengenai motosikalnya itu tular di media sosial katanya, dia tidak kisah dan tidak menyalahkan warga net yang mengencamnya kerana menyifatkan harga motosikalnya itu tidak masuk akal.

"Nilai motosikal RX-Z itu hanya diketahui oleh ahli dan peminatnya sahaja, sesiapa yang tidak minat dan bukan daripada kalangan pegemar RX-Z tidak akan memahaminya.

"Motosikal saya itu dihasilkan bukan untuk tujuan berkonvoi tetapi khas untuk menyertai pertandingan 'Restore' yang dianjurkan dalam komuniti peminat dan pengumpul RX-Z di seluruh negara.

"Sesiapa yang membelinya pasti akan menyimpannya sahaja dan jika bernasib baik boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya yang pernah menjadi naib juara Pertandingan Restore Original RXZ Millenium pada Program RX-Z Members 2019.

Katanya, selain RX-Z Millenium itu dia juga mempunyai RX-Z Millenium yang berharga RM50,000 serta sedang menyiapkan motorsikal RX-Z model Boss keluaran 1994.

 
org kita yg pg dajal harga

cha jual pun xyahudi camni. true story
 
sepupu aku beli berbelas ribu gak.. cash only der

kalau aku dah sebat moto baru je.. R25 ke baru berbaloi
 
Alhamdulillah lama x berkomen dlm CG ni..
cerita fasal RXZ ni...zaman 90an dah guna 3 buah dlm ms 5 tahun, jual amik TZM Dec 1994, kena rembat... pakai rxz balik..lepas tu jual..kahwin..beli Kriss 100 1st model color hijau..ye laa..dh kawen kan...kena beli motor ade raga..senang nk ke pasar...hahahaha

so Sekarang..jengjengjeng ...nantikan kemunculan nya..hahaha x save gambo dlm pc ni lagi...

haa, dah siap...
217946508_858288401757032_8514980661955141635_n.jpg
 
Last edited:
x, parking mcm biasa je, bawah porch..tp berselimut lah..hindari mata2 nakal..
haha seram boh,dlm pagar pun org leh cabut pagar tu nk rembat..yg penting slimut jgn kasi nmpak
 
haha seram boh,dlm pagar pun org leh cabut pagar tu nk rembat..yg penting slimut jgn kasi nmpak
ye, bnyk juga kes begitu...kita tumpang parking kt rumah mertua, segan pulak nk bwk masuk kedalam...klu kt rumah sendiri dh lm dok dalam stor tu...haha...
 
Back
Top
Log in Register