BTC USD 85,516.9 Gold USD 4,130.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Norman menangis bubar KRU

Norman KRU masuk Bersatu

image.jpg

NORMAN KRU menyerahkan borang keahlian seumur hidup Bersatu kepada Setiausah Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya. - UTUSAN ONLINE/ Facebook Abu Bakar Yahya Aby

KUALA LUMPUR 9 Julai - Selepas pelakon, Ridzuan Hashim dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Sabtu lalu, seorang lagi selebriti terkenal, Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU turut membuat keputusan menyertai parti berkenaan sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

“Setelah Tun (Dr. Mahathir Mohamad) mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Datuk Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kepada saya hari ini,” katanya hari ini.

Borang permohonan Norman yang juga Presiden Eksekutif KRU Studios diserahkan kepada Abu Bakar dalam satu majlis, tengah hari tadi.

Sabtu lalu, Ridzuan yang terkenal dengan watak ‘King’ dalam filem KL Gangster menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Bersatu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Kemasukan kedua-dua selebriti tanah air ke dalam Bersatu itu hadir susulan pelawaan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu supaya semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Dr. Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor, Jumaat lalu turut menegaskan perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/norman-kru-sertai-bersatu-1.933538
 
ya memang betul. melayu ada sokong PKR, AMANAH, PAS, UMNO, BERSATU dll. yang saya tak faham, apakah perbezaan perjuangan mereka? kenapa Melayu tak berpaksikan 1 halatuju saja? Macam PAS tu jelaslah iaitu menjadikan Islam sbg way of life. Lain2 tu? :-?
 
pada pendapat aku, tun tngh nk kuatkan bersatu.. sbb tun tau, pengaruh muhyiddin x cukup kuat..
sbb tu dia ajak orang melayu join bersatu, yg sbnr nya pelawaan tu lebih ditujukan pd org2 kuat umno (kawan2 lama dia).. Tun nk bersatu paling kuat dlm pakatan.. mcm umno yg dominan dlm BN dl..

** ni pandangan peribadi aku, kalau salah, mohon maaf..
 
ya memang betul. melayu ada sokong PKR, AMANAH, PAS, UMNO, BERSATU dll. yang saya tak faham, apakah perbezaan perjuangan mereka? kenapa Melayu tak berpaksikan 1 halatuju saja? Macam PAS tu jelaslah iaitu menjadikan Islam sbg way of life. Lain2 tu? :-?

amanah sah2 anjing DAP. pas dan umno dah pun berkahwin. parti bersatu? parti dendam atok terhadap jibby (misi berjaya)

PKR? = semb0rit...

yang menang? = DAP
 
dl ahli umno seumur hidup... skrg ahli bersatu seumur hidup... maka dgn ini sy tubuhkan parti SEUMUR HIDUP (SH)..... sape nak join sila PM tengah..
 
Back
Top
Log in Register