BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NordFX - nordfx.com

NordFX: Broker Terbaik Untuk Bekerja Dengan Matawang Kripto

Dalam permulaan tahun baru, pemenang-pemenang Anugerah IAFT 2017 telah diumumkan. NordFX telah diumumkan sebagai 'Broker Terbaik Untuk Bekerja Dengan Matawang Kripto'.

Penganjur Anugerah IAFT adalah International Association of Forex Traders (IAFT), yang mana terdapat lebih daripada 200,000 para pedagang dari seluruh dunia mengambil bahagian. Setiap daripada mereka mempunyai peluang untuk menyatakan penghargaan dan keyakinan mereka bagi mana-mana broker, dengan mengundi di dalam laman web anugerah ini.

Kami amat berterima kasih kepada semua yang telah mengundi syarikat kami. Perlu dinyatakan bahawa penamaan ''Broker Terbaik Untuk Bekerja Dengan Matawang Kripto'' adalah baru bagi anugerah ini. Kemenangan dalam tahun pertama ini membuktikan perkhidmatan NordFX yang ditawarkan kepada pedagang kripto bukan sahaja mempunyai permintaan tetapi adalah sangat unik.

Walaupun dengan modal permulaan yang rendah, dengan leveraj sehingga 1: 1000 bagi transaksi dengan Bitcoin, Litecoin dan Ethereum, digabung dengan sebaran minimum, pedagang diberi peluang untuk menjana keuntungan besar atas kenaikkan dan kejatuhan matawang kripto. Bukan sahaja para pedagang aktif tetapi pelabur-pelabur pasif juga, yang sebelum ini hanya berpeluang untuk berkerja dengan pertukaran kripto, pasti akan berminat untuk memiliki satu akaun dalam Bitcoin.
Tambahan lagi, pembukaan akaun ini hanya mengambil masa beberapa minit dan hanya boleh didapati dalam talian: ini pastinya adalah kelebihan NordFX.

DEPOSIT DAN MENDAPATKAN BONUS ISTIMEWA @ NORDFX!

HUBUNGI NORDFX MY UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT!
 
Attachments

  • 215.2 KB Views: 29
Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 18-22, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

- EUR/USD. Jutawan George Soros yakin dolar yang semakin kuat akan menyebabkan suatu krisis kewangan yang baru. Pada masa yang sama, 10 daripada 60 penganalisis yang diwawancara oleh Reuters berpendapat pertumbuhan matawang AS akan berakhir dalam sebulan, 35 yakin pertumbuhan dolar akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga musim luruh, dan 15 menyatakan pertumbuhan USD akan berterusan sehingga penghujung tahun. Pakar-pakar dari ABN Amro berpendapat euro akan jatuh ke paras 1.1000, dan hanya mampu pulih kembali dalam 2019.

Adalah menarik apabila keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah ke 2%, yang diumumkan pada minggu lepas, tidak mengejutkan sesiapa. Maklumat yang menyatakan dua kali kenaikkan yang serupa adalah dijangka dalam tahun ini dan tiga kali di masa hadapan juga tidak menghasilkan sebarang kejutan. Euro pilih dengan pantas dan tambahan lagi menunjukkan pertumbuhan melawan acara-acara ini, ke paras 1.1850.

Walau bagaimanapun, keputusan ECB untuk melanjutkan rejim pelonggaran kuantitatif menyebabkan euro jatuh sebanyak 300 mata. Pakar kami menamakan paras 1.1570 sebagai zon sokongan utama, yang telah dicapai oleh EUR/USD. Dengan inertia trend bear yang kuat, malah pasangan ini jatuh 30 mata lebih rendah. Sungguhpun begitu, pasangan ini pulih dan mengakhiri sesi perdagangan di 1.1610;

- 65% daripada penganalisis menjangka pembetulan yang berlarutan bagi pasangan GBP/USD ke 1.3615 dan kemudian meneruskan pergerakannya ke arah selatan. Pasangan ini tidak mampu naik melintasi paras 1.3445 dan jatuh semula. Seperti apa yang berlaku pada 29 Mei, pasangan ini cuba melintasi paras sokongan dalam zon 1.3200 dan sama seperti dalam Mei, percubaan ini gagal dan pasangan ini kembali ke zon 1.3280;

- USD/JPY. 50% daripada penganalisis menyokong pertumbuhan pasangan ini, merujuk kepada zon 110.25 dan 111.40 sebagai rintangan. Pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari di antara zon ini, di 110.60;

- Matawang kripto. Kebelakangan ini, mengikut pemimpin mereka bitcoin, hampi semua matawang kripto telah melintasi paras-paras sokongan utama dan bergerak selatan. BTC mampu melintasi sokongan $7,125 dand $7,000 dan mencapai paras terendah mingguan $6,110 pada 14 Jun, selepas itu ia berjaya menawan kembali kira-kira 7% dan naik ke $6,575. Dinamik yang sama boleh diperhatikan bagi matawang-matawang kripto lain yang tersenarai di dalam permodalan pasaran TOP-10.

Sejak permulaan tahun ini, permodalan pasaran kripto telah jatuh sebanyak 44.3% (dari $611 billion ke $340 billion). Hanya dalam malam 10 ke 11 Jun, pasaran mengecut sebanyak $25 billion lagi. Ramai pedagang dan penganalisis cuba menjelaskan keruntuhan ini sebagai hari bursa Coinrail dalam Korea Selatan digodam. Tetapi secara realiti, ia hanya kehilangan $40 juta, maka kemungkinan kecurian ini digunakan sebagai alasan bagi menurunkan harga koin kripto.

***

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

Secara tambahan kepada program QE yang telah dinyatakan di atas, keputusan ECB untuk mengekalkan kadar faedah rujukan pada paras terendah dalam rekod 0%, dan kadar deposit pada -0.4%, juga mengenakan tekanan kuat ke atas euro. Ia telah dinyatakan juga, kadar-kadar ini tidak akaun dinaikkan "sekurang-kurangnya sehingga musim panas 2019". Pada masa yang sama, Mario Draghi mengaku bahawa ekonomi dalam Eurozone dalam 2018 tidak akan kembali ke paras pertumbuhan yang telah diramalkan.

Semua ini, ditambah dengan kejayaan polisi ekonomi Presiden Donald Trump, menghasilkan syarat-syarat bagi dolar menjadi semakin kuat. Ini adalah sebab mengapa 65% daripada pakat menjangka EUR/USD akan cuba mencapai paras 1.1500 dalam beberapa minggu yang akan datang. Jika berjaya, pasangan ini mungkin akan jatuh 100 mata lagi. 90% daripada pengayun pada H4 dan D1 juga menyokong perkembangan ini.

35% daripada pakar-pakar yang lain, berpendapat pasangan ini masih berpeluang untuk kembali ke zon 1.1825, dan kemungkinan berlakunya pergerakan sebegini akan bergantung kepada kandungan kenyataan Ketua ECB Mario Draghi dan the Fed, J. Powell, awal minggu ini.

- Carta GBP/USD jelas menunjukan pasangan ini sedang bergerak di dalam saluran sisi 1.3200-1.3470 untuk minggu ke-empat yang berturut-turut. Pada masa yang sama, 60% daripada penganalisis berpendapat, berikutan kelemahan euro, paun British juga akan terus jatuh. Mereka berpendapat pasangan GBP/USD mungkin melintasi batasan bawah saluran ini dan bergerak ke paras 1.3050-1.3200. Senario ini disokong oleh analisis graf pada D1 dan majoriti penunjuk. 40% daripada pakar mempunyai pandangan yang berbeza, berpendapat pasangan ini akan bergerak dalam koridor sisi 1.3200-1.3345. Rintangan yang seterusnya

The next resistance is in the zone is 1.3400. Mesyuarat yang seterusnya bagi Bank England dijangka berlangsung pada hari Khamis 21 Jun. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar tiada apa kejutan akan berlaku, maka kenaikkan kadar pertukaran yang serius tidak dijangka;

- Jawatankuasa bagi Polisi Kewangan Bank Jepun akan mengadakan mesyuarat satu hari lebih awal daripada rakan sejawat British mereka. Dua pertiga daripada pakar-pakar menyokong pertumbuhan kecil pasangan USD/JPY ke kawasan 111.00-111.50. Rintangan seterusnya adalah 112.00. Satu pertiga daripada penganalisis, analisis graf pada H4 dan D1, bersama juga 20% daripada pengayun, menyokong trend bear, memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Jika ramalan mereka menjadi, pasangan ini dijangka jatuh ke sokongan 109.40 terlebih dahulu, dan kemudian lebih rendah ke paras 109.00 dan 108.50;

- Kebanyakan ramalan-ramalan matawang kripto asas boleh dirumuskan kepada dua ayat: 1) mereka akan terus jatuh dalam masa depan terdekat, dan 2) mereka sepatutnya bertumbuh dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, menurut ramalan penganalisis Fundstrat Global Advisors, bitcoin boleh jatuh ke $ 3,250. Sungguhpun begitu, dalam pendapat mereka, ini masih "tidak akan mematahkan trend menaik jangka masa panjang matawang kripto pertama".

Sasaran terdekat bagi BTCUSD, mengikut penubuh Onchain Capital Ran Neuner, adalah paras $5,900. Bahagian optimistik ramalan beliao adalah "jika harga bitcoin mencapai 20, 40, atau 80 ribu dolar dalam beberapa tahun, tiada sesiapa akan bimbang sama ada ia dibeli dengan $6000 atau $6,500. Hanya pedagang yang beroperasi dalam skala kurang daripada satu tahun yang akan bimbang mengenai kejatuhan semasa dalam harga pasaran." Apa yang beliau tidak nyatakan adalah bila kenaikan ke 80,000 akan berlaku

Roman Butko, NordFX

Notis: Bahan-bahan ini tidak patut disifatkan sebagai cadangan untuk pelaburan atau panduan bagi kerja-kerja dalam pasaran kewangan: ia hanya bertujuan sebagai penyebaran maklumat sahaja. Perdagangan dalam pasaran kewangan adalah berisiko dan mungkin menyebabkan kerugian wang yang telah didepositkan.

#eurusd #gbpusd #usdjpy #forex #forex_forecast #signals_forex #cryptocurrencies #bitcoin

DEPOSIT DENGAN BONUS ISTIMEWA @ NORDFX!

HUBUNGI NORDFX MY UNTUK MAKLUMAT LANJUT!
 
Attachments

Ramalan Matawang Kripto Dan Forex Bagi Jun 18-22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 25-29, 2018

- EUR/USD. Kebanyakan pakar-pakar (65%) menjangka pasangan ini akan cuba melintasi sokongan 1.1500. Walau bagaimanapun, percubaan ini gagal dan trend bear melemah, dengan kelegaan sementara dalam perang perdagangan antara US dan China, dolar jatuh 160 mata berbanding euro. Pasangan ini kembali ke zone Titik Pivot dalam enam bulan yang lepas dan mengakhiri tempoh lima hari pada 1.1657;

- 60% daripada penganalisis berpendapat GBP/USD mampu melintasi batasan saluran empat-minggu 1.3200-1.3470 dan jatuh ke zon 1.3050. Ramalan ini adalah tepat: pada hari Selasa 19 Jun, pasangan ini berada di bawah sokongan 1.3200 dan pada hari Khamis 21 Jun, pasangan ini mencapai paras 1.3100. Sungguhpun begitu, Bank England mempersembahkan suatu kejutan kecil. Berbanding dengan 2 undi berbanding 7 yang dijangka, peningkatan kadar faedah menerima 3 undi. Sungguhpun ini tidak menyebabkan apa-apa perubahan secara asasnya, tetapi ini adalah petunjuk bahawa kenaikan kadar dalam Ogos adalah mungkin dan paun mula naik. Keputusannya adalah pasangan ini berjaya naik ke 1.3260;

- USD/JPY. Keputusan minggu lepas sekali lagi membuktikan isyarat-isyarat sebahagian kecil daripada pengayun juga perlu dipertimbangkan. 20% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Mereka disokong oleh satu pertiga daripada penganalisis dan analisis graf pada H4 dan D1, menyatakan sokongan utama dalam zon 109.40. Mengambil kira lantunan biasa, ramalan ini terbukti tepat: pasangan ini mencapai paras bawah pada 109.54 pada Hari Selasa, selepas itu melantun ke 110.75 dan kemudian kembali ke garisan sokongan/rintangan jangka sederhana utama dalam zon 110.00;

- Matawang kripto. Dalam awal Jun, jumlah permodalan pasaran adalah $330 billion, kini ia adalah $283 billion. Ini bererti dalam beberapa minggu pasaran telah kehilangan kira-kira 15% (lebih daripada 50% sejak permulaan tahun ini).

Jika anda memerhatikan carta BTCUSD, gambaran yang serupa boleh dilihat bagi minggu ke-tujuh: trend bull cuba menaikkan pasangan ini, dan berikutan satu keruntuhan besar, semua usaha menjadi sia-sia. Hasilnya, bitcoin jatuh ke paras $5,925, minimum 6 Februari 2018.

Adalah tidak munasabah untuk membincangkan sebab-sebab kejatuhan ini - sama ada ia adalah suatu keputusan negative oleh suatu pengawal selia, atau satu lagi pertukaran digodam. Semua ini adalah sebab-sebab untuk menenggelamkan kadar matawang kripto untuk beberapa ratus dolar. Altcoin yang termasuk dalam TOP-10 mengikut permodalan pasaran - ethereum, ripple, litecoin dan lain-lain, - turut mengikut kejatuhan bitcoin, mempengaruhi suasana pasaran dengan teruk.

***

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

- bagi data ekonomi, yang mampu terus menolak EUR/USD ke atas, kami hanya dapat perhatikan sedikit pertumbuhan bagi indeks PMI komposit Eurozone. Ini nampaknya merupakan

sebab mengapa 55% daripada pakar-pakar memberi ramalan yang berhati-hati, menyatakan zon 1.1725-1.1750 sebagai sasaran. Majoriti penunjuk pada H4 adalah berwarna hijau, tetapi sudah ada 15% daripada pengayun telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli.

45% daripada penganalisis yang lain adalah yakin bahawa pertumbuhan euro adalah fenomena sementara dan pasangan ini akan sekali lagi cuba mencapai paras 1.1500, dan jika berjaya melintasi, pasangan ini akan jatuh 100 mata lebih rendah.

Analisis graf memberi gambaran campuran: pasangan ini jatuh ke zon 1.1450-1.1500 dan kemudian naik ke ketinggian 1.1840;

- trend utama GBP/USD buat masa ini adalah dibentuk oleh ketua ekonomi Bank of England, Andy Haldane, yang mengundi untuk menaikkan kadar faedah pada hari Khamis. Tambahan lagi, pengawal selia ini telah memberi satu penilaian positif kepada ekonomi British secara keseluruhan dan menyatakan kesediaan untuk mengurangkan baki selepas kadar naik ke 1.5% (berbanding 0.5% pada hari ini). Penyata sebegini menyebabkan 65% daripada pakar-pakar meramalkan trend menaik akan berkekalan dan pasangan ini bergerak ke zon 1.3350-1.3450.

35% penganalisis yang lain nampaknya tergolong ke dalam ahli teori konspirasi dan percaya bahawa semua kenyataan pengawal selia hanya merupakan percubaan untuk menyokong kadar paun, yang telah jatuh melebihi 1,000 mata sejak April. Pakar-pakar ini percaya kejatuhan pasangan ini akan berterusan dan akan mencapai paras 1.3100 dalam masa depan terdekat. Sokongan yang seterusnya adalah 100 mata lebih rendah.

- Pendapat penganalisis adalah terbahagi separuh bagi pasangan USD/JPY - separuh menyokong pertumbuhan pasangan ini, separuh lagi meramalkan kejatuhannya, dan kedua-dua meramalkan pengurangan dalam kemeruapan. Paras-paras sokongan adalah 109.85 dan 109.50, rintangan adalah 110.25 dan 110.60. Analisis graf pada H4 bersetuju dengan pakar-pakar, menunjukkan konsolidasi dalam zon 110.10.

Perlu dinyatakan adalah kira-kira 15% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, meramalkan pasangan ini akan mengalami pembetulan dalam masa depan terdekat.

- Matawang kripto. Nampaknya masa kritikal semakin dekat apabila pengerak pasaran akan membuat keputusan sama ada bitcoin patut terus jatuh, atau trend patut naik ke atas.

Jika BTC/USD melintasi sokongan dalam zon $5,900-6,100 dengan penuh keyakinan, kemungkinan tinggi ia akan sampai ke zon $4,300, di mana ia kekal buat satu masa yang panjang dalam Ogos-September lepas.

Jika sokongan ini adalah kebal, penyokong bull akan mencuba sedaya-upaya untuk membawa bitcoin kembali ke ketinggian Mei dan mungkin mencapai paras 10,000. Pergelutan dalam pasaran matawang maya utama dijangka semakin serius dalam masa depan terdekat, dan dalam keadaan yang tidak menentu, pedagang kripto mungkin tidak patut menunggu bagi kemunculan sebarang trend yang kuat tetapi mengfokus pada perdagangan intra harian. Dan ini bukan sahaja berhubung kait dengan bitcoin tetapi semua altcoin asas.

Roman Butko, NordFX

Notis: Bahan-bahan ini tidak patut disifatkan sebagai cadangan untuk pelaburan atau panduan bagi kerja-kerja dalam pasaran kewangan: ia hanya bertujuan sebagai penyebaran maklumat sahaja. Perdagangan dalam pasaran kewangan adalah berisiko dan mungkin menyebabkan kerugian wang yang telah didepositkan.

#eurusd #gbpusd #usdjpy #forex #forex_forecast #signals_forex #cryptocurrencies #bitcoin
 
Attachments

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13689
USD / JPY
158.464
GBP / USD
1.32115
USD / CHF
0.82870
USD / CAD
1.41481
EUR / JPY
180.042
AUD / USD
0.70140
Back
Top
Log in Register