BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nombor telefon RM255,000.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Riyadh: Seorang warga Arab Saudi sanggup membayar SR300,000 (RM255,000) untuk mendapatkan nombor telefon kegemarannya.

Pembelian berkenaan dilakukan di satu lelongan nombor unik bagi telefon bimbit anjuran Syarikat Telekom Saudi (STC) di hotel Ritz Carlton di Riyadh, kelmarin.
Sebanyak 64 nombor khas dikategorikan sebagai ‘berlian,’ ‘emas’ dan ‘perak.’

Seorang pegawai STC berkata, pihaknya tidak dapat menjual semua nombor itu memandangkan ada bidaan yang terlalu rendah daripada yang dijangka.

“Nombor itu akan dilelong pada tarikh yang akan ditetapkan syarikat tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, jualan nombor unik Selasa lalu mencecah SR5 juta (RM4.3 juta).
Lelong itu terbuka kepada mereka yang berusia lebih 15 tahun.

Seorang pembida yang juga ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Muhammed’ berkata, dia tidak kesal membayar harga tinggi untuk mendapatkan nombor telefon yang digemarinya.

Muhamed, 35, berkata, dia membayar SR20,000 (RM17,000) untuk mendapatkan nombor unik itu supaya ia mudah diingat oleh anggota keluarga dan rakannya.

“Yang penting saya puas kerana memperoleh satu nombor unik,” katanya.

Seorang lagi pembida untuk kategori perak menawarkan sehingga SR10,000 (RM8,500) untuk mendapatkan satu nombor tetapi menarik diri kerana tidak mampu membayar lebih daripada itu.

Bidaan bagi kategori perak bermula pada harga SR3,000 (RM2,550).

STC bagaimanapun enggan mendedahkan pembida yang membayar sebanyak SR300,000 mahupun nombor yang dipilihnya. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NombortelefonRM255_000/Article/index_html

ACARA lelongan nombor telefon berkenaan di hotel Ritz Carlton di Riyadh


pix_gal1
 
Betul2 gila orang arab ne..

Duit lebih2 memang ler..
 
Duit terlebih2.. Derma kt palestin lg baguih dok ada..
 
Back
Top
Log in Register