TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
NEW YORK 5 Okt. – Nokia 1100, telefon asas diperkenalkan akhir 2003 merupakan model telefon paling banyak terjual di dunia dengan rekod mencecah sebanyak 250 juta unit.
Apabila ditanya tentang telefon pintar paling banyak dijual, sudah tentu ramai yang memikirkan iPhone yang berjaya menjual sebanyak 71.5 juta unit bagi iPhone 6 dalam tempoh tiga bulan.
Bagaimanapun, tahukah anda, rekod jualan 250 juta unit Nokia 1100 kira-kira lima tahun itu bukan sahaja sebagai telefon paling laris malah diiktiraf peranti elektronik pengguna paling laku terbaik di dunia.
Menurut laporan PhoneArena, Nokia 1100 adalah telefon ke satu bilion dijual oleh Nokia pada tahun 2005 di Nigeria.
Telefon berkenaan direka dengan menyasarkan pasaran China yang semakin tumbuh di samping rantau lain yang berpotensi dijual pada harga sebanyak AS$100 (RM439.82) seunit.
Nokia 1100 tidak memiliki kamera mahupun skrin melengkung tetapi ia mempunyai lampu suluh dan sarung telefon kalis habuk.
Antara ciri lain peranti itu termasuk 50 kapasiti mesej (25 peti mesej, 25 mesej dihantar), 50 ruangan kenalan dan paling popular ketika itu aplikasi permainan Snake II serta Space Impact.
Meskipun pengeluaran Nokia 1100 telah lama dihentikan, telefon berkenaan dengan perisian telah diubahsuai didapati dijual pada harga mencecah AS$32,000 (RM141,000) pada 2009 yang memberi peluang kepada aktiviti penipuan.
Bagi pengguna yang mengharapkan kemunculan kembali Nokia 1100 dengan sistem operasi Android, anda mungkin boleh terus berharap atau sebaliknya. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...rlaris-di-dunia-1.143333#sthash.dpJhRbI8.dpuf