BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai ringgit Malaysia masih rendah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Kedudukan nilai ringgit kini masih rendah jika dibandingkan dengan nilai Dollar Amerika Syarikat (AS$) semenjak tambatan ringgit dimansuhkan pada Julai 2005.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walau bagaimanapun situasi semasa tidak memungkinkan nilai ringgit kembali ke nilai asalnya dalam jangka masa terdekat berikutan banyak ketidakpastian yang berlaku di dalam ekonomi global semasa.

“Peningkatan nilai ringgit kepada RM4.14 pada minggu lalu adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Cuma adakah peningkatan ini akan berterusan tatkala ekonomi global masih berdepan dengan risiko kelembapan terutamanya di China serta faktor harga minyak dan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS)?

“Oleh itu, nilai ringgit dijangka akan kekal meruap untuk tempoh terdekat ini,” katanya.

Beliau mengulas mengenai nilai ringgit meningkat RM4.14 berbanding AS$1 daripada RM4.30 pada bulan lalu.

Mohd Afzanizam berkata, faktor yang mempengaruhi kekukuhan nilai ringgit adalah disebabkan perkembangan ekonomi China.

“Perkembangan ekonomi China adalah salah satu daripadanya memandangkan negara ini adalah kedua terbesar di dunia selepas AS. Sebarang bentuk kelembapan akan memberi kesan kepada ekonomi dunia memandangkan terdapat dagangan langsung dengan negara tersebut.

“Mutakhir ini, petunjuk ekonomi di negara China masih lagi dilihat bercampur-campur. Pengurangan kadar faedah di negara, menggalakkan peningkatan kecairan di dalam ekonomi mereka,” katanya.

Jelasnya, aktiviti ekonomi masih lagi lembap dan sentimen para peniaga terutamanya di sektor perkilangan masih lagi lemah.

“Oleh itu, Kerajaan China dijangka akan mengurangkan lagi kadar faedah serta sokongan fiskal bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi mereka,” katanya.

Ditanya mengenai faktor yang menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit, Afzanizam berkata, terdapat pelbagai faktor antaranya ialah di dalam kawalan kerajaan dan ada yang tidak.

“Harga minyak dunia serta pertumbuhan ekonomi dunia sememangnya adalah faktor yang di luar kawalan. Namun, merangka dasar yang akan menjana pertumbuhan ekonomi adalah sesuatu yang akan memberi nilai tambah kepada keyakinan para pelabur dan ini adalah faktor yang akan membezakan negara kita dengan yang lain.

“Contohnya, meskipun nilai ringgit berbanding AS dilihat kekal meruap, namun pegangan pelabur asing di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) semakin meningkat.

“Setakat bulan Disember 2015, pegangan pelabur asing di dalam MGS adalah 47.7 peratus daripada nilai tertunggak. Angka ini adalah jauh lebih tinggi berbanding 44.1 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun 2014,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/nilai-ringgit-malaysia-masih-rendah-1.483862
 
hari tu kenapa masa nilai ringgi 3.85 xnk tambat
 
tambat org tu, nak tambat bini dia (RM) buat apa.
 
kalau super baik sampai 1 usd=rm 2.5 sekalipun.kita tetap kena bayar lebih jugak.:-?
 
Back
Top
Log in Register