Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



nagoya ke pakcik
kamdar kat Klang parade pun cantik cantik kain ye



Sembilan Kedai Nilai 3 Terbakar
25.08.2019 - Nilai, Sebanyak sembilan buah rumah kedai di Kawasan Perindustrian Nilai 3 dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, dua daripada kedai terbabit musnah 100 peratus.
Menurut beliau, seorang wanita berusia 29 tahun melecur lengan kiri dan mengalami luka pada kaki kiri serta kepala dalam kejadian itu.
"Kebakaran melibatkan sembilan kedai berukuran 20X70 meter dan dua daripadanya iaitu kedai borong musnah sepenuhnya.
"Kedai lain yang terbakar adalah tiga buah kedai karpet, satu kedai perabot, satu kedai makan dan satu kedai lampu.
"Seorang mangsa yang cedera iaitu anak kepada pemilik salah sebuah premis terbakar diberi rawatan oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bakarya berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Kata beliau, seramai 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Seremban, Mantin dan Seremban 2 dikerahkan memadamkan kebakaran itu.
Jelas beliau, pihak bomba mengambil masa selama satu jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut bagi mengelak daripada merebak ke premis lain.
Dalam pada itu, kata beliau, seorang pekerja kedai runcit berusia 58 tahun mendakwa sebelum kejadian berlaku letupan kecil pada kotak fius di premisnya.
Kata beliau, lelaki itu mendakwa dia dan beberapa rakannya cuba memadamkan api disebabkan letupan itu menggunakan alat pemadam api tetapi tidak berjaya.
Bagaimanapun, jelas beliau, punca sebenar kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Berita asal https://www.kosmo.com.my/negara/sembilan-kedai-di-kawasan-perindustrian-nilai-3-terbakar-1.959384

