BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai 3 semakin suram, sunyi

Kebanyakkan org pergi pegi cari barang kawin je...kalau yg belah belakang tu kurang org..tapi nampak banyak jugak bangunan baru naik..yg dekat transformer besar tu mcm dah terbiar je...tak lama nnt jadi pekan mati..
 
aku p cari baju raya kat Nilai 3 baru2 ni.
Ramai je org, esp wekend... tp biasa la
klau time2 mcm ni susah nak tawaq harga..
aku cari kurta ja...lgpun harga dah mcm taw
sbb selalu p sini..

aku mmg selalu nilai 3 ni, sbb dekat dng umah
esp weken la, tp kalu p weken ni susah nak tawaq harga,
depa pun layan x layan ja sbb
biasa la ramai org..tp kalu p wekdays mmg senang tawaq harga.
Depa pun layan mcm raja..

tp x dinafikan mmg peniaga monopoli pakistan (jual karpet)
dan bangla (jual kain baju) sama la kat Kenanga pun
puak2 ni yg conquer...

ramai peniaga2 melayu beli kat depa... aku rasa atas
faktor modal dan jugak networking, lg satu depa ni kerja keras jgk..

contoh mcm kat pelangi semenyih la, dr 10 kedai perabut, 7 bangla punya.
melayu 0, ini pengakuan tokey kedai perabut yg aku interview dulu.

depa mai sini mmg mula2 kerja dgn cina. lepas beberapa tahun
dah pandai mula buka kedai sendiri.

bagi aku la, depa mai sini berdagang, susah... dan diorg jd minoriti
sbb tu depa kuat...
yg duk mengutuk puak2 ni dlm ni patutnya sedar... kita yg patut bangkit
untuk majukan diri sendiri bukan kerja duk mengata org ja x abih2...
xkemana pun mcm tu...
#my2cent
 
mmg suram dah nilai 3, buat sentral bazaar pun last2 jd projek gajah putih
 
kosmo ptut tny, kedai tu saper tauke..melayu ke, cina ke, pakistan..
 
lama xjejak kaki kat sana..last g pun 2010 kot masa dok putrajaya
 
Sembilan Kedai Nilai 3 Terbakar

25.08.2019 - Nilai, Sebanyak sembilan buah rumah kedai di Kawasan Perindustrian Nilai 3 dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, dua daripada kedai terbabit musnah 100 peratus.

Menurut beliau, seorang wanita berusia 29 tahun melecur lengan kiri dan mengalami luka pada kaki kiri serta kepala dalam kejadian itu.

"Kebakaran melibatkan sembilan kedai berukuran 20X70 meter dan dua daripadanya iaitu kedai borong musnah sepenuhnya.

"Kedai lain yang terbakar adalah tiga buah kedai karpet, satu kedai perabot, satu kedai makan dan satu kedai lampu.

"Seorang mangsa yang cedera iaitu anak kepada pemilik salah sebuah premis terbakar diberi rawatan oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bakarya berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Kata beliau, seramai 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Seremban, Mantin dan Seremban 2 dikerahkan memadamkan kebakaran itu.

Jelas beliau, pihak bomba mengambil masa selama satu jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut bagi mengelak daripada merebak ke premis lain.

Dalam pada itu, kata beliau, seorang pekerja kedai runcit berusia 58 tahun mendakwa sebelum kejadian berlaku letupan kecil pada kotak fius di premisnya.

Kata beliau, lelaki itu mendakwa dia dan beberapa rakannya cuba memadamkan api disebabkan letupan itu menggunakan alat pemadam api tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, jelas beliau, punca sebenar kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/negara/sembilan-kedai-di-kawasan-perindustrian-nilai-3-terbakar-1.959384
 
kesian pulak, dahlah bisnes idup sogan mati dont want, skang kedai tebakor plak....
 
Back
Top
Log in Register