BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicolas Cage Teruja Bergelar Datuk

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
NC.jpg


PELAKON terkenal Nicolas Cage teruja apabila dimaklumkan sudah bergelar datuk oleh anaknya, Weston Cage yang baharu sahaja menyambut kelahiran anak sulung bersama isteri, Danielle.

Daily Mail melaporkan Weston membuat pengumuman itu ketika hadir ke acara amal pada Sabtu lalu dan memberitahu bapanya merupakan insan paling gembira dengan kelahiran berkenaan.

"Danielle melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat dan bapa saya sangat teruja dengan berita berkenaan. Keluarga adalah segala-galanya buat kami," kata Weston.

Hubungan Nicolas dengan keluarganya sangat akrab walaupun dia sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai bintang popular Hollywood.

Weston sendiri memberitahu ingin lebih ramai cahaya mata memandangkan mereka sama-sama tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Nicolas bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Joe menerusi adaptasi daripada sebuah novel karya Larry Brown.

http://www.cari.gold/2014/02/nicolas-cage-teruja-bergelar-datuk.html
 
anak dia vokalis band metal woo..
 
karakter dia nmpak mcm bagus jgk..
 
baca jer tajuk aku terus terbayang ke yb melaka:eek:
 
aku minat betol dgn mamat nie...
tak kira la berlakon citer genre apa pon...
memang menarik lakonan dia....
paling best Face Off la...
:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register